Cara Semak Baki Pinjaman PTPK (Semakan Online di ptpk.gov.my)


Ini adalah panduan yang lengkap buat anda yang tercari-cari cara semak baki pinjaman PTPK secara online atau dalam talian.

Bagi mereka yang tidak tahu, PTPK ialah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran yang menawarkan Pinjaman Latihan Kemahiran.

Sudah bersedia? Jom kita mulakan.

Cara semak baki pinjaman PTPK

  1. Layari laman web rasmi PTPK di sini: www.ptpk.gov.my
  2. Ia biasanya akan dipaparkan pada kedudukan paling atas pada enjin carian Google. Klik Pautan
  3. Anda akan melihat paparan Log Masuk.
  4. Paparan log masuk akan meminta anda memasukkan Kad Pengenalan dan Kata Laluan.
  5. Jangan risau, jika ini kali pertama anda menggunakannya, anda harus emel terlebih dahulu Nombor Kad Pengenalan dan Nama Peminjam ke alamat emel [email protected] dengan subject “Memohon Kata Laluan”.
  6. Anda juga boleh melakukan perkara sama dengan menghantar mesej Messenger terus kepada pihak PTPK di Facebook mereka iaitu di Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) – Pinjaman Tabung Kemahiran.
  7. Hal ini supaya anda dapat diberikan Kata Laluan untuk membuat log masuk ke dalam laman web ini.
  8. Panduan ini tersedia sebagai informasi di bawah ruangan Log Masuk Anda boleh rujuk pada bila-bila masa.
  9. Sekiranya anda masih belum mendapat sebarang respon daripada PTPK mengenai kata laluan, anda boleh cuba masukkan nombor akaun pinjaman anda seperti contoh 04/05326.
  10. Sekiranya anda terlupa Kata Laluan, anda boleh hantar emel atau mesej kepada pihak PTPK melalui alamat emel dan Facebook yang sama.
  11. Anda tidak boleh membuat permohonan kata laluan melalui SMS ke 15888 kerana perkhidmatan berkenaan telah ditamatkan.
  12. Apabila password telah diberikan, anda boleh teruskan cara ini.
  13. Masukkan dahulu Nombor Kad Pengenalan di ruangan yang betul tanpa sebarang space.
  14. Kemudian, masukkan kata laluan.
  15. Seterusnya, tekan butang MASUK.
  16. Apabila berjaya, anda akan mendapat paparan Maklumat Peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran di skrin anda.
  17. Pada bahagian Maklumat Lejar berwarna kuning, sila cari dan lihat column Akaun. Ia adalah sebaris dengan ID Pemohon, Tempoh Bayaran Balik, dan Status Lejar.
  18. Anda akan dapati nombor akaun pinjaman anda tertera di situ bersama-sama Baki Terkini di sebelahnya.
  19. Anda kini telah mengetahui baki terkini pinjaman PTPK anda.
  20. Untuk melihat dengan lebih lanjut maklumat baki pinjaman PTPK, anda boleh tekan No Akaun Pinjaman
  21. Anda kini akan dipaparkan dengan Penyata Peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran. Anda boleh menyemak baki terkini, baki tertunggak, jumlah pinjaman diluluskan dan amaun bayaran balik sebulan.
  22. Tahniah! Anda telah selesai membuat semakan.
  23. Anda boleh Log Keluar dan keluar daripada laman web setelah selesai meneliti semakan.

 

Maklumat tambahan semakan baki PTPK

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Talian Khidmat Pelanggan PTPK di talian 03 40476000 atau di talian 03 404762000.

Anda juga boleh layari www.ptpk.gov.my atau emel kepada [email protected]

Bagi sebarang urusan surat-menyurat, alamatnya ialah :

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia
Tingkat 15,16,17,18,19 dan 27
Menara Dato’ Onn
Putra World Trade Centre
No 45, Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur.

 

Akhir kalam

Sekadar mengingatkan, hutang tetap hutang. Ia tetap perlu dilangsaikan. Jangan sampai tidak membayar pinjaman PTPK pula. Bimbang apa yang kita gunakan untuk belajar nanti tidak berkat pula.

Diharapkan agar perkongsian cara semak baki pinjaman PTPK ini dapat memudahkan lagi urusan pembayaran balik.

Jemput juga baca cara buat semakan baki akaun BSN.

Semoga bermanfaat.

23 thoughts on “Cara Semak Baki Pinjaman PTPK (Semakan Online di ptpk.gov.my)”

  1. Tajuk : Mendapatkan kata laluan PTPK

    Saya 021205070049 Nama chong wei pin saya hendak mendapatkan kata laluan untuk saya buat pembayaran pinjaman PTPK saya
    Telegon.number 01126334524
    Terima Kasih

  2. Saya 011124020841 Nama Muhammad Irfan saya hendak mendapatkan kata laluan untuk saya membuat pembayaran pinjaman PTPK saya telegon.nombor 0175160376
    Terima Kasih

  3. Saya suhaila tolong email details Saya punya ac ptpk.saya dah bayar habis tapi sampai sekarang Surat tutup ac x dapat lagi dah hampir setahun Saya tunggu.
    018-2895276

  4. saya Alexson boy anak jaming macam mana kita nak mendapatkan no acc pinjaman ptpk : saya 990319135763: saya hendak mendapatkan no acc pinjaman ptpk saya .untuk buat saya bayar pinjaman ptpk saya : 0132352055

  5. Saya 021205070049 Nama chong wei pin saya hendak mendapatkan kata laluan untuk saya buat pembayaran pinjaman PTPK saya
    Telegon.number 01126334524
    Terima Kasih

  6. Saya 021205070049 Nama chong wei pin saya hendak mendapatkan kata laluan untuk saya buat pembayaran pinjaman PTPK saya
    Telegon.number 01126334524
    Terima Kasih

  7. Saya shanker a/l kumar ingin bantuan untuk semakan baki ptpk dalam online …tidak dapat login

  8. Saya ASFARINA BINTI ARJINA.Saya hendak mendapatkan kata laluan untuk saya buat pembayaran pinjaman PTPK saya.
    Nombor telifon 0137150819
    Terima Kasih.

  9. saya Nor Syazwani hendak mendapatkan kta laluan.. 0174664750..sudah email tetapi tiada respon..

  10. Saya Ramadass , nak tahu ada diskaun di beri kan ,kerana Covid kerana gaji saya di potong 50% (6608009106541)

  11. Untuk makluman kepada Pelanggan PTPK, Sistem semakan penyata PTPK telah dinaik taraf kepada Portal My Perkasa TVET. Bagi pengguna yang ingin menggunakan Portal My Perkasa TVET buat kali pertama, pengguna perlu mendaftar akaun pengguna bagi membolehkan mereka mengakses kedalam sistem tersebut. Untuk mengaskes ke dalam My Perkasa TVET. Sila gunakan pautan di bawah untuk akses ke dalam Portal My Perkasa TVET.

    https://myperkasatvet.ptpk.gov.my/portal/

    http://www.ptpk.gov.my (Menu peminjam > Sistem semakan Penyata)

  12. Saya 940531146114
    Nama LIM HUI LING
    saya hendak mendapatkan kod pengesahan untuk saya login buat pembayaran pinjaman PTPK saya
    Telefon number 0172651376
    Terima Kasih

  13. Sya tidak dapat periksa baki pinjaman sya , walaupon sudah masukkan password

  14. I’m Punithah A/P Ramsamy
    i want to check ptpk balance by onlin but can’t login
    please help me

  15. Saya saranyah/ subrahmanian ingin bantuan untuk semakan baki ptpk dalam online …tidak dapat login

Leave a Comment