Cara Screenshot Huawei (Yang Mudah, Cepat & Simple)

Setiap telefon Android, lain cara untuk buat screenshot. Kali ini, kami akan kongsikan cara screenshot Huawei yang mudah. Boleh digunakan untuk kebanyakan model Huawei seperti Nova 3i, Nova 2i, Y7 Pro, Y9S, P9, P9 Plus, P19, Mate 20, Mate 30 dan lain-lain lagi.

Langkau artikel ini untuk baca cara lajukan Internet, tidak kiralah anda gunakan iPhone atau Android seperti Samsung.

Sedikit mengenai fungsi screenshot

Sebagai pengguna telefon pintar, anda semestinya wajib tahu salah satu fungsi penting yang anda boleh dapat dan gunakan dalam urusan harian anda, iaitu fungsi screenshot.

Kadangkala, anda ingin screenshot maklumat penting yang anda terjumpa di telefon anda. Anda mungkin memerlukan kamera di telefon lain untuk menangkap gambar maklumat tersebut, atau anda perlu menghafal dan menyalin maklumat tersebut di kertas, dua perkara yang membazir tenaga.

Sedikit mengenai Huawei

Telefon pintar Huawei yang dibangunkan oleh Huawei Technologies Co., Ltd. telah menjadi salah satu jenama telefon pintar yang sangat berpotensi, malah setanding dengan Apple dan Samsung.

Huawei juga telah menyediakan fungsi untuk anda screenshot sahaja maklumat/video/gambar, dan gambar maklumat ini akan tersimpan secara automatik dalam telefon anda.

Macam mana untuk gunakan fungsi screenshot ini? Di bawah akan dikongsikan cara-cara yang anda boleh gunakan.

 

Cara screenshot Huawei guna butang Power dan Volume Down (-)

Cara screenshot Huawei ini adalah yang paling popular dan paling mudah.

  1. Pastikan bahawa telefon anda dalam keadaan aktif (bukan power off) dan bukan berkunci.
  2. Tekan butang Volume Down (-) dan butang Power secara serentak. Butang Volume Down biasanya berpasang dengan butang Volume Up (+), dimana butang Volume Up terletak di atas kepada butang Volume Down.
  3. Tekan dengan lama sehingga di skrin terpapar aktiviti seperti telefon anda sedang menangkap gambar, serta terdengar bunyi menangkap gambar seperti ketika menggunakan kamera (hanya boleh didengar jika telefon anda bukan dalam mod Silent)
  4. Setelah itu, anda pergi ke Gallery. Anda akan jumpa screenshot anda di file dalam Gallery.
  5. Anda juga akan mendapat gambar screenshot ini pada ruangan di notification

 

Cara screenshot Huawei guna pergerakan tiga jari (three finger screenshot)

Cara screenshot Huawei yang seterusnya ialah dengan menggunakan tiga jari. Walau bagaimanapun, anda perlu pastikan dahulu sama ada telefon Huawei anda menyokong feature Three Finger Screenshot.

  1. Pastikan bahawa telefon anda dalam keadaan aktif (bukan power off) dan bukan berkunci.
  2. Buka menu dan pergi ke Settings.
  3. Pilih Smart Assistance, kemudian pilih Motion Control.
  4. Pada laman Motion Control, akses masuk ke menu Three Finger Screenshot, kemudian aktifkannya.
  5. Kemudian, keluar daripada Settings dan cari gambar/maklumat/video yang anda ingin screenshot.
  6. Kemudian, letakkan tiga jari anda di bahagian atas skrin telefon anda, dan tarik (swipe) 3 jari anda sehingga ke bawah skrin telefon anda.
  7. Pastikan ada kerdipan atau flash di skrin telefon anda, dan kedengaran bunyi kamera (hanya didengar jika telefon anda bukan dalam mod Silent).
  8. Screenshot anda berjaya.
  9. Setelah itu, anda pergi ke Gallery. Anda akan jumpa screenshot anda di file dalam Gallery.
  10. Anda juga akan mendapat gambar screenshot ini pada ruangan di notification

 

Screenshot menggunakan Quick Menu

Cara screenshot Huawei yang seterusnya ialah dengan menggunakan Quick Menu.

  1. Pastikan bahawa telefon anda dalam keadaan aktif (bukan power off) dan bukan berkunci.
  2. Mula-mula sekali, pergi ke gambar/video/maklumat yang anda ingin screenshot.
  3. Kemudian, tarik (swipe) pada skrin anda dari atas ke bawah untuk buka Quick Menu.
  4. Setelah akses Quick Menu, tekan ikon Screenshot.
  5. Pastikan ada kerdipan atau flash di skrin telefon anda, dan kedengaran bunyi kamera (hanya didengar jika telefon anda bukan dalam mod Silent).
  6. Screenshot anda berjaya.
  7. Setelah itu, anda pergi ke Gallery. Anda akan jumpa screenshot anda di file dalam Gallery.
  8. Anda juga akan mendapat gambar screenshot ini pada ruangan di notification

 

Screenshot menggunakan Knuckle Gesture

Sebelum menggunakan cara screenshot Huawei ini, anda perlu pastikan dahulu sama ada telefon Huawei anda menyokong feature Knuckle Gesture.

  1. Pastikan bahawa telefon anda dalam keadaan aktif (bukan power off) dan bukan berkunci.
  2. Pergi ke Settings. Kemudian, pilih Smart Assistance.
  3. Seterusnya, akses masuk ke menu Motion Control.
  4. Selepas itu, masuk ke Smart Screenshot dan aktifkan Knuckle Gesture.
  5. Kemudian, keluar semula dari Settings dan cari gambar/video/maklumat yang anda ingin screenshot.
  6. Setelah dapat kenal pasti, ketuk di skrin sebanyak dua kali menggunakan tulang jari.
  7. Pastikan ada kerdipan atau flash di skrin telefon anda, dan kedengaran bunyi kamera (hanya didengar jika telefon anda bukan dalam mod Silent).
  8. Screenshot anda berjaya.
  9. Setelah itu, anda pergi ke Gallery. Anda akan jumpa screenshot anda di file dalam Gallery.
  10. Anda juga akan mendapat gambar screenshot ini pada ruangan di notification
  11. Panduan rasmi ada di sini

 

Screenshot menggunakan Scrollshot

Feature scroll screenshot ini membolehkan anda membuat satu screenshot untuk keseluruhan maklumat atau isi yang terdapat dalam sesebuah page.

Maksudnya, dengan menggunakan cara screenshot Huawei secara scrollshot, anda tidak perlu lagi membuat satu screenshot untuk mendapatkan sebahagian maklumat, dan scroll ke bawah untuk screenshot maklumat lain yang tidak masuk pada screenshot yang pertama. Hanya dengan satu scroll screenshot, semua maklumat dapat dihimpuan dalam satu gambar sahaja.

Anda perlu pastikan dahulu sama ada telefon Huawei anda menyokong feature scrollshot.

  1. Pastikan bahawa telefon anda dalam keadaan aktif (bukan power off) dan bukan berkunci.
  2. Pergi ke maklumat/video/gambar yang anda ingin scrollshot.
  3. Buat screenshot secara biasa menggunakan salah satu cara screenshot seperti yang di atas.
  4. Kemudian, ada menu kecil akan tertera. Tekan Scrollshot.
  5. Kemudian, swipe sebanyak mana maklumat yang anda ingin ambil, dan gambar scrollshot itu akan terhasil dan disimpan dalam Gallery.

 

Akhir kalam

Kesimpulannya, feature screenshot ini terdapat pada semua telefon Huawei dan amatlah mudah untuk anda menggunakannya.

Mungkin telefon anda tidak menyediakan sesetengah feature seperti di atas, tetapi ia bukanlah satu masalah yang besar, kerana fungsinya adalah tetap sama, untuk menghasilkan screenshot.

Pastikan anda ambil tahu tentang fungsi-fungsi ini dan manfaatkan apa yang terbaik yang dapat ditawarkan oleh telefon pintar anda.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment