Cara Reset Password Affin Bank Online Banking (Melalui AffinOnline)

Bagi anda yang mempunyai masalah untuk login Affin Bank disebabkan lupa kata laluan, izinkan kami berkongsi cara reset password Affin Bank melalui affinonline.com

Sedikit mengenai Affin Bank 

Affin Bank merupakan syarikat kewangan yang beroperasi di Malaysia lebih dari tiga dekad. Affin Bank menyediakan rangkaian perkhidmatan kewangan dan produk perbankan yang komprehensif kepada ahli perniagaan dan kedai runcit. Ini termasuk perkhidmatan perbankan internet yang merupakan salah satu kemudahan yang lazim digunakan di kalangan pelanggan.

 

Kenapa guna perbankan Internet?

Adakah anda pernah terfikir mengapa orang ramai memilih perkhidmatan perbankan Internet?

Jawapannya mudah; ia akan membantu anda menjimatkan wang dan masa. Anda boleh memeriksa baki wang dan melakukan transaksi di mana-mana dan bila-bila masa, termasuk waktu malam dan hujung minggu.

Dengan adanya Perbankan Affin dalam talian, anda dapat menguruskan penghutang dan hutang anda dengan cara yang lebih berkesan. Walaubagaimanapun, perbankan internet akan terdedah kepada risiko kecurian data. Untuk mengelakkan risiko daripada berlaku, anda disyorkan untuk mengemaskini kata laluan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.

Anda juga perlu mengemaskini kata laluan Perbankan Affin Bank dalam talian sekiranya ada terlupa kata laluan anda. Sila ikuti cara-cara di bawah jika anda tidak tahu cara-cara untuk menukar kata laluan anda melalui laman web.

Terdapat beberapa cara untuk menetapkan semula kata laluan perbankan dalam talian.

1. Cara reset password Affin Bank online banking melalui AffinOnline

Berikut adalah langkah- langkah untuk menetapkan semula kata laluan melalui kad dengan fungsi PIN

Anda boleh menggunakan telefon bimbit atau pelayar internet anda untuk panduan ini. Sila pastikan anda mempunyai akses internet yang boleh dipercayai.

  1. Layari laman web rasmi perkhidmatan perbankan internet Affin Bank atau AffinOnline di sini: https://www.affinonline.com
  2. Klik butang biru Personal di terdapat di sudut atas halaman untuk mengakses ke platform perbankan peribadi anda.
  3. Di halaman baru, klik Forgot Password di kotak yang disediakan.
  4. Pilih Card With Pin dan klik Continue.
  5. Isikan nama pengguna perbankan dalam talian anda, jenis kad, nombor kad, dan PIN nombor kad anda.
  6. Klik Request TAC dan tunggu beberapa saat sehingga anda menerima TAC yang dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan.
  7. Masukkan TAC enam digit dan pilih Continue.
  8. Bina kata laluan baru anda dan pastikan kata kunci itu memenuhi kriteria yang ditetapkan.
  9. Sahkan kata laluan baru anda dan klik Login.

 

2. Cara reset password Affin Bank melalui Challenge Questions

Berikut adalah cara untuk menetapkan semula kata laluan Affin Bank dalam talian melalui Challenge Questions.

  1. Pergi ke halaman log masuk AffinOnline melalui peranti mudah alih atau pelayar internet anda
  2. di sini: https://www.affinonline.com
  3. Klik Personal di sudut kanan atas halaman.
  4. Setelah anda diarahkan ke halaman perbankan dalam talian peribadi, pilih Forgot Password di bawah kotak masuk.
  5. Klik Challenge Questions dan pilih Continue.
  6. Masukkan nama pengguna perbankan dalam talian anda dan pilih Continue.
  7. Sila berikan jawapan yang betul untuk Challenge Questions.
  8. Pilih Request TAC, masukkan enam digit TAC yang dihantar ke nombor telefon yang telah didaftarkan dan klik Continue.
  9. Bina kata laluan baru dan pastikan kata kunci itu memenuhi kriteria yang ditetapkan.
  10. Sahkan kata laluan baru anda dan klik Login.

Sudah selesai!  Anda boleh log masuk untuk menggunakan Perbankan Internet anda.

 

3. Masih ada masalah untuk tukar kata laluan & tak boleh log masuk?

Sekiranya anda masih lagi mempunyai masalah untuk reset password, sila hubungi Affin Bank Customer Careline seperti di bawah:

  • 1800 88 3883

 

Akhir kalam

Jangan sampai terlupa kata laluan perbankan online Affin Bank lagi kerana proses untuk menukarnya semula kadang-kadang mengambil masa.

Apa-apa pun, diharapkan agar perkongsian berkenaan cara reset password Affin Bank ini akan memudahkan lagi urusan perbankan anda.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment