Cara Mohon BKSS 7.0 2021 (Bantuan Khas Sarawakku Sayang)
Sebelum ini, kami ada kongsikan cara mohon BKSS 6.0 melalui https://bkss.sarawak.gov.my . Untuk BKSS 7.0 pula, ia khusus untuk perusahaan dan perniagaa. Bukan untuk orang awam.
Walau bagaimanapun, berdasarkan penelitian kami di laman web di atas, tidak ada butang untuk memohon atau membuat semakan BKSS, dan tiada maklumat lanjut berkenaan permohonan BKSS 7.0 ini.
Izinkan kami berkongsi apa yang kami tahu.
1. Apa itu BKSS?
BKSS 6.0 adalah inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak bagi membantu dan meringankan beban rakyat yang terjejas akibat COVID-19. Sejak COVID-19 merebak di negeri ini mulai Mac 2020, kerajaan negeri Sarawak melaksanakan pelbagai bantuan menerusi beberapa siri BKSS sebelum ini (iaitu BKSS 1.0, BKSS 2.0, BKSS 3.0, BKSS 4.0 dan BKSS 5.0).Walau bagaimanapun, BKSS 7.0 hanya untuk perusahaan dan perniagaan sahaja.
2. Berapa banyak bantuan untuk BKSS 7.0?
Kerajaan negeri Sarawak bakal memberikan bantuan kewangan one off sebanyak RM10,000. Bantuan ini adalah untuk perniagaan dan perusahaan yang aktif di Sarawak yang berdaftar dengan PERKESO setakat Disember 2020.Ini bermakna, perniagaan-perniagaan baru yang berdaftar pada tahun 2021 adalah tidak layak.
3. Bila tarikh bayaran BKSS 7.0?
Bantuan BKSS 7.0 ini dijangka akan dibayar secara berperingkat iaitu dengan 2 fasa.Fasa pertama:
- Akan dibayar pada bulan September 2021
- Jumlah bayaran adalah sebanyak RM5,000
- Akan dibayar pada bulan Disember 2021
- Jumlah bayaran adalah sebanyak RM5,000
4. Cara mohon BKSS 7.0 secara online
Setakat pengetahuan kami, tidak ada permohonan BKSS secara online. Ini bermakna anda tidak perlu buat apa-apa permohonan untuk BKSS 6.0.Kenapa?
Sekiranya anda layak menerima Bantuan Prihatin Nasional dan Bantuan Prihatin Rakyat, anda tidak perlu memohon lagi bantuan ini kerana anda mendapat kelulusan secara automatik.
Walau bagaimanapun, kami masih tidak pasti dengan prosedur untuk permohonan baru.
Kami akan kemaskini semula.
5. Cara buat permohonan rayuan BKSS 6.0 dengan isi borang
Ini adalah borang rayuan BKSS tahun sebelumnya, untuk pemohon individu.- Download dan print borang permohonan BKSS di sini
- Isikan Maklumat Pemohon
- Isikan Butiran Akaun Bank
- Isikan Butiran Pasangan (hanya jika pemohon sudah berkahwin)
- Isikan Maklumat Anak / Tanggungan (sekiranya ada)
- Isikan Perakuan Pemohon
- Sila semak semua butiran yang diisi.
- Kesilapan mengisi atau borang yang tidak lengkap tidak akan dilayan
- Sila fahami terma berikut: "Saya mengaku bahawa segala maklumat yang diberikan dan dinyatakan adalan BENAR dan SAH. Saya juga memperakui telah memahami syarat permohonan dan bersetuju sekiranya butiran permohonan ini tidak lengkap dan tidak sah maka permohonan ini berhak untuk ditolak secara automatik tanpa memberi sebarang alasan atau notifikasi."
6. BKSS 6.0 untuk individu bujang
Berbeza dengan golongan isi rumah, individu bujang hanya akan terima sekali sahaja duit bantuan BKSS 6.0 iaitu secara one-off.Pembayaran kepada golongan bujang dijangka akan dilakukan bermula pada tarikh berikut:
- Bayaran BKSS 6.0 bujang: 31 Ogos 2021
7. BKSS 6.0 untuk Isi Rumah B40
Insentif untuk Ketua Isi Rumah B40 ialah sebanyak RM250 sebulan, selama 6 bulan.Tarikh pembayaran dijangka seperti berikut:
- Bayaran pertama: 31 Julai 2021
- Bayaran kedua: 31 Ogos 2021
- Bayaran ketiga: 30 September 2021
- Bayaran keempat: 31 Oktober 2021
- Bayaran kelima: 30 November 2021
- Bayaran keenam: 31 Disember 2021
8. Siapa lagi yang layak dapat bantuan BKSS 6.0?
Bantuan ini boleh dikategorikan sebagai elaun bulanan dan one-off.a. Penerima elaun bulanan
- Anggota Kesihatan (RM300)
- Kakitangan Imigresen Yang Bertugas Di Pos-Pos Kawalan Sempadan (RM200)
- Kakitangan PDRM dan Bilik Gerakan Negeri (RM200)
- Angkatan Tentera Malaysia yang menjaga sempadan (RM200)
- Anggota RELA (RM200)
- Anggota Kastam diRaja Malaysia yang bertugas di semua pintu masuk sempadan/pelabuhan/lapangan terbang (RM200)
- Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan yang bertugas dalam perkhidmatan kecemasan/kerja-kerja pemeriksaan/sanitasi (RM200)
- Anggota Bomba dan Penyelamat (RM200)
- Anggota Angkatan Pertahanan Awam (RM200)
- Penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (RM1,500)
- Dengan dua kali bayaran
- Pembayaran pertama RM750 pada bulan Julai 2021
- Pembayaran kedua RM750 pada bulan Disember 2021
- Pembayaran ini akan dibuat melalui Sarawak Pay
b. Penerima one-off
- Pengamal media barisan hadapan di Sarawak (RM1,500 secara one-off)
- Pemilik dan pengendali penambang yang berdaftar dengan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (RM500 secara one-off)
- Pengendali Van Penumpang, Pemandu Teksi, Pengendali Bas dan Van Sekolah yang berdaftar di Sarawak (RM600)
- Pemandu e-Hailing dan Tenaga Pengajar Memandu (RM500 secara one-off melalui Sarawak Pay)
- Agensi Pelancongan berlesen (RM3,000)
- Operator Homestay berlesen (RM600)
- Pemandu Kenderaan Pelancongan berlesen (RM500)
- Pemandu Pelancong dan Pemandu Pelancong Taman Negara yang berlesen (RM1,500)
9. Maklumat lanjut berkenaan BKSS
Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan mengenai Bantuan Khas Sarawakku Sayang seperti kelayakan, kriteria, permohona, kemaskini, rayuan dan semakan, sila hubungi nombor berikut:- 082-555999
Akhir kalam
Kami menyambut baik inisiatif Kerajaan Sarawak yang meneruskan lagi BKSS 7.0 2021 ini.
Walaupun Sarawak tidak berada dalam PKP, ada baiknya pihak kerajaan terus membendung agar Covid-19 tidak menular di sana.
Diharapkan agar perkongsian cara mohon BKSS ini akan memudahkan lagi urusan dan kehidupan harian anda.
Semoga bermanfaat.