Jika anda salah seorang Orang Kurang Upaya (OKU) ataupun penjaga kepada individu OKU, berikut kami senaraikan beberapa bantuan OKU yang ada di Malaysia. Selain bantuan ibu tunggal, kami juga akan kongsikan sekali cara mohon bantuan OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Persediaan / Pra-Syarat
Bagi mana-mana individu yang ingin memohon bantuan ini, kami nasihatkan agar mendaftar dahulu dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk pengesahan status dan mendapatkan kad OKU.
Senarai bantuan OKU
Menurut pembacaan kami, ada 5 bantuan OKU yang tersenarai di laman web rasmi JKM:
-
Elaun Pekerja Cacat
- RM450 sebulan seorang
- https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=akVMUTlrSU5mT0dCZys3bzFCendNdz09
-
Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja
- RM300 sebulan seorang
- https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=T2FDeHJMei9nZVN4UWxRdlRLNytrUT09
-
Bantuan Penjagaan OKU terlantar/Pesakit Kronik Terlantar
- RM500 sebulan seorang
- https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=UzhQSWdqWnJSZ2xIUUNFT2Z0WG9tQT09
-
Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan
- Mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan
- https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=TXNWWG1iRXhLUmFrb2c5UDJaSVdBQT09
-
Geran Pelancaran (GP)
- Maksimum RM2700 sekaligus
- https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=NWxtc1E1eCs4VDI2SFA4bkg3M0FaQT09
Cara mohon bantuan OKU
Sekiranya tersenarai dalam kategori seperti di atas, boleh rujuk panduan untuk memohon bantuan OKU seperti di bawah:
#1 Permohonan bantuan OKU secara manual
- Layari laman web https://www.jkm.gov.my/.
- Klik Perkhidmatan.
- Klik Skim Bantuan Kebajikan.
- Pada bahagian cara Permohonan di bawah sekali, borang JKM18 (Borang Permohonan Bantuan) dipaparkan.
- Tekan link (Klik disini untuk muat turun).
- Berikut merupakan link untuk mendapatkan borang permohonan bantuan JKM https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/Bahagian%20PW/BORANG_PERMOHONAN_JKM_18.pdf
- Isikan permohonan dengan maklumat yang diperlukan seperti berikut:
- Negeri
- Daerah/Jajahan
- Mukim
- Parlimen
- DUN
- Perujuk
- Maklumat asas
- Maklumat kediaman
- Maklumat pekerjaan
- Maklumat ahli keluarga
- Maklumat kesihatan & ketidakupayaan
- Maklumat harta
- Maklumat pendapatan dan perbelanjaan bulanan pemohon/isi rumah
- Maklumat waris
- Perakuaan pemohon
- Bawa senarai semak bersama borang permohonan
- Hadiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian.
- Tekan link di bawah bagi mendapatkan carian Pejabat Kebajikan yang berdekatan dengan anda
https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/map&map_type=05&id=VDV6WnF6OVBRbWNNOGJYY1Rnd0pvdz09
#2 Permohonan bantuan OKU melalui online
- Layari laman web https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Klik Daftar Permohonan Atas Talian.
- Laman yang terpapar tertera dokumen-dokumen berikut diperlukan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut daerah.
- Dokumen-dokumen tersebut perlu dihantar dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat online.
- Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
- Antara dokumen yang diperlukan:
- Salinan MyKad/ Kad Pengenalan pemohon
- Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga pemohon yang tinggal bersama
- Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
- Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
- Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU
- Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta
- Klik Daftar Permohonan untuk memulakan pendaftaran bantuan anda.
- Pilih Negeri.
- Masukkan MyKad anda pada ruangan No. Kad Pengenalan Baru.
- Klik Daftar.
- Isikan permohonan dengan maklumat yang diperlukan seperti berikut:
- Negeri
- Daerah/Jajahan
- Mukim
- Parlimen
- DUN
- Perujuk
- Maklumat asas
- Maklumat kediaman
- Maklumat pekerjaan
- Maklumat ahli keluarga
- Maklumat kesihatan & ketidakupayaan
- Maklumat harta
- Maklumat pendapatan dan perbelanjaan bulanan pemohon/isi rumah
- Maklumat waris
- Perakuaan pemohon
- Bawa senarai semak bersama borang permohonan
- Hadiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian.
- Tekan link di bawah bagi mendapatkan carian Pejabat Kebajikan yang berdekatan dengan anda: https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/map&map_type=05&id=VDV6WnF6OVBRbWNNOGJYY1Rnd0pvdz09
- Selesai.
Akhir kalam
Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara mohon bantuan OKU ini akan memudahkan lagi urusan anda. Jemput untuk lihat senarai bantuan kerajaan yang penuh bagi tahun 2021.
Semoga bermanfaat.