Cara Mohon Bantuan OKU PEMULIH 2021 (Link Google Form JKM)

Jika anda salah seorang ibu / bapa / penjaga kepada Orang Kurang Upaya (OKU) ataupun OKU itu sendiri, anda boleh mohon bantuan OKU PEMULIH.

Izinkan kami berkongsi.

1. Cara mohon bantuan OKU PEMULIH

Berikut ialah langkah-langkah untuk memohon bantuan OKU di bawah pakej PEMULIH:

  1. Layari laman web rasmi JKM di jkm.gov.my
  2. Anda akan lihat beberapa pautan di sini, antaranya:
    • FAQ Bantuan Kewangan Khas OKU (Pakej Pemulihan)
    • Borang Permohonan
    • Permohonan Secara Atas Talian
      • Pilih Negeri
  3. Jangan klik Borang Permohonan. Ini kerana anda perlu mengisi borang secara manual dan menghantar semula
  4. Pilih Permohonan Secara Atas Talian > Pilih Negeri
  5. Sekarang, pilih negeri yang anda tinggal sekarang
  6. Hanya selepas pilih negeri, anda akan dapat lihat pautan Borang Permohonan Bantuan Kewangan Khas OKU (PAKEJ PEMULIH) dalam bentuk Google Form yang berwarna hijau
  7. Untuk memudahkan anda mencari link yang sepatutnya mengikut negeri, sila rujuk senarai pautan mengikut negeri
  8. Isikan borang permohonan bantuan OKU sehingga selesai

 

2. Senarai permohonan bantuan OKU PEMULIH mengikut negeri

Berikut ialah link ke Google Form untuk buat permohonan bantuan OKU:

Negeri Link Google Form
Putrajaya https://forms.gle/CAsq5WrJs452F1T36
Johor https://forms.gle/fnugZmW3TYqK7m4s7
Kedah https://forms.gle/j34ZDZPJbyfWdzvN7
Kelantan https://forms.gle/TucRxW71ugEqtbvK8
Melaka https://forms.gle/nbnN6Km1Bv3YwfpK8
Negeri Sembilan https://forms.gle/Fj74UrovSrPDAKBo9
Pulau Pinang https://forms.gle/XkgmEgTHUCN93G5d8
Pahang https://forms.gle/fFYjCLzs4fVzvYtk6
Perak https://forms.gle/v3UeLH8pjNWY17Tz8
Perlis https://forms.gle/gcLNChpabJJ3KtJ76
Sabah https://forms.gle/PYY45mFQNcVgb7wJA
Sarawak https://forms.gle/Eb5Hexy71KQWE1cw9
Selangor https://forms.gle/bZY6hKeqJPtQncrz8
Terengganu https://forms.gle/8pERCL6hiSDuFx2R8
Kuala Lumpur https://forms.gle/CAsq5WrJs452F1T36
Labuan https://forms.gle/FDAzsfp42jKdgQbz7

 

3. Syarat kelayakan untuk mohon bantuan OKU PEMULIH

Berikut pula kriteria yang melayakkan anda memohon bantuan OKU ini:

  1. Anda mestilah OKU yang berdaftar dengan JKM
  2. Anda mestilah OKU yang berusia 16 tahun ke atas
  3. Anda mestilah OKU yang bekerja
  4. Anda bukan OKU yag bukan menajdi penerima Bantuan Bulanan JKM
  5. Anda adalah pekerja OKU yang terkesan kerana diberhentikan kerja, dibayar gaji separuh pendapatan bulanan berkurangan atau diarakahkan bercuti tanpa gaji oleh majikan
  6. Anda bukan OKU kakitangan kerajaan

 

4. Senarai bantuan OKU yang lain

Menurut pembacaan kami, ada 5 bantuan OKU yang tersenarai di laman web rasmi JKM:

  1. Elaun Pekerja Cacat

  2. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja

  3. Bantuan Penjagaan OKU terlantar/Pesakit Kronik Terlantar

  4. Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan

  5. Geran Pelancaran (GP)

 

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara mohon bantuan OKU ini akan memudahkan lagi urusan anda. Jemput untuk lihat senarai bantuan kerajaan yang penuh bagi tahun 2021.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment