Bertuah para OKU di Selangor. Kerajaan negeri bakal membantu mereka-mereka ini yang terkesan akibat pandemik. Jadi, bagi mereka yang layak, sila ikuti cara mohon bantuan OKU KITA Selangor seperti di bawah ini.
Makluman:
Sila ambil perhatian, mana-mana permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses. Ini bermakna, permohonan untuk mendapatkan bantuan OKU yang tidak lengkap dan tidak disertakan dengan dokumen sokongan akan gagal secara automatik.
Alternatif, boleh cuba mohon bantuan OKU JKM.
1. Bila permohonan bantuan OKU KITA Selangor 2.0 akan dibuka?
Permohonan bantuan OKU KITA Selangor ini akan dibuka bermula pada hari Khamis, 1 Julai 2021
Matlamat utama bantuan ini adalah untuk membantu golongan OKU berumur 18 tahun dan ke atas yang terjejas sumber pendapatan akibat pandemik Covid-19. Antaranya, yang kena buang kerja (bagi yang bekerja dengan majikan) dan juga yang hilang punca pendapatan (bagi yang berniaga).
2. Berapa jumlah bantuan OKU KITA Selangor 2.0 ini?
Bantuan khas di bawah Pakej KITA Selangor 2.0 ini adalah berjumlah RM500 sahaja. Amaun ini akan diberikan sekali sahaja iaitu secara one-off.
3. Macam mana cara mohon bantuan OKU KITA Selangor 2.0 ini?
Berikut ialah cara untuk memohon bantuan OKU ini:
- Layari laman web rasmi ANIS Selangor di sini: https://www.anisselangor.com/bantuanOKU
- Download dokumen berikut:
- Borang permohonan
- Senarai semak dokumen
- Surat pengesahan pendapatan
- Lengkapkan semua maklumat seperti yang dipinta
- Setelah hantar permohonan secara online, sertakan dokumen tambahan dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh permohonan dihantar
- Memandangkan masih lagi dalam PKP, sila hantar permohohan dan dokumen sokongan tersebut ke alamat email [email protected]
- Sekiranya sudah dibenarkan ke pejabat, sila hantar borang permohonan berserta dokumen sokongan ke alamat berikut:
Yayasan Warisan Anak Selangor
Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000, Shah Alam, Selangor
Nombor telefon: 03-5481 8800
4. Apa senarai dokumen sokongan yang diperlukan untuk mohon bantuan ini?
Berikut ialah dokumen yang dikehendaki:
- Salinan Kad Pengenalan pemohon
- Salinan Kad OKU JKM yang berdaftar di Selangor
- Salinan pengesahan majikan (jika diberhentikan, dipotong gaji atau semisal dengannya)
- Salinan slip gaji terakhir.
- Atau surat pengesahan pendapatan bagi yang tidak mempunyai pendapatan tetap (*Pengesahan boleh dibuat melalui ADUN / Ahli Parlimen / Ketua Kampung / Penghulu / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat)
- Salinan penyata akaun bank (tertera Bank, nama penuh dan nombor akaun sahaja)
5. Macam mana cara pembayaran bantuan OKU KITA Selangor ini?
Seperti sebelum-sebelum ini, semua bayaran akan dimasukkan secara terus ke dalam akaun bank penerima. Jadi, semua penerima OKU digalakkan mempunyai akaun bank sendiri.
Sila ambil maklum, pihak kerajaan negeri tidak akan memasukkan ke dalam akaun ibu, bapa atau penjaga.
6. Bagaimana mahu tahu saya lulus bantuan OKU KITA Selangor?
Pertama sekali, proses kelulusan akan ditapis dan dilakukan oleh pihak YAWAS. Seterusnya, maklumat berkenaan status lulus akan dihantar melalui SMS kepada yang berjaya sahaja.
7. Boleh saya copy-paste maklumat berkenaan Bantuan OKU KITA Selangor ini?
Jika anda adalah antara pemilik laman web atau blog yang suka copy-paste maklumat dari kami, hentikanlah. Allah melihat apa yang anda semua lakukan. Soal rezeki dan keberkatan, biarlah Allah yang uruskan.
Bukannya copy semua pun, cuma tajuk sahaja!
Benar.
Anda tulis semula. Namun, tajuk atau headline itu adalah hasil buah fikiran kami, yakni dengan izin Allah juga.
Penat-penat research, dicuri sebegitu sahaja.
Saya bukan pemilik laman web itu!
Jika anda adalah ibu, bapa, penjaga atau OKU itu sendiri, dipersilakan untuk war-warkan lagi bantuan ini. Tidak ada apa yang lebih memuaskan hati kami selain dapat membantu para penerima yang layak untuk membuat permohonan mengikut panduan yang kami kongsikan.
8. Kalau ada lebih dari satu anak OKU, boleh mohon untuk dua-dua?
Tidak boleh. Bantuan ini terhad kepada 1 keluarga untuk 1 pemohon.
9. Kalau tak ada kad OKU sebab tak pernah daftar, boleh mohon?
Tidak boleh. Pemohon mestilah mempunyai Kad OKU dari JKM.
10. IC saya bukan 10, iaitu bukan lahir di Selangor. Boleh buat permohonan tak?
Tidak boleh.
Walau bagaimanapun, jika sudah tinggal di Selangor lebih 10 tahun, anda boleh mohon.
11. Saya lahir di Selangor, tapi sekarang tinggal di Johor. Boleh mohon tak?
Tidak boleh.
Anda mesti menetap atau bermastautin di Selangor.
12. Kalau ada pertanyaan tentang OKU, nak hubungi siapa?
Anda boleh hubungi nombor hotline ini:
- 018-2567093
- 018-2356213
Akhir kalam
Diharapkan agar perkongsian berkenaan bantuan khas OKU KITA Selangor 2.0 bagi tahun 2021 ini akan meringakan lagi beban anda.
Semoga bermanfaat.
Saya mohon bantuan makana bantu saya