5 Cara Pandangan Lelaki Terhadap Perempuan Yang Disukai

Bila perempuan suka akan seseorang, mesti senang saja nak nampak yang dia sedang dilamun cinta. Tetapi, macam mana pula cara pandangan lelaki terhadap perempuan yang disukai? Siapa saja yang tidak tahu bahawa lelaki ini memang pandai sorok perasaan dia. Walaupun hati dia kata suka, tetapi luaran dia tidak nampak pun mcam dia ada suka seseorang.

Kalau difikirkan balik, sebenarnya lelaki ini lagi rumit dari perempuan. Mana taknya, bila lapar diam, bila sedih diam, bila rindu diam dan sampaikan bila dia suka pun dia diam. Payah betul nak tunjuk perasaan dia yang sebenar itu. Mungkin ego tinggi sangat agaknya.

Tetapi tidak mengapa. Buat anda perempuan-perempuan yang sedang buntu dan tidak tahu lelaki itu ada perasaan suka dekat anda atau tidak. Kami akan bongkarkannya melalui artikel ini.

Izinkan kami berkongsi.

 

Cara pandangan lelaki terhadap perempuan yang disukai

Berikut merupakan beberapa cara untuk tahu sama ada lelaki itu suka pada anda atau tidak.

 

1. Lelaki akan pandang perempuan yang disukai dengan muka cool

Ada lelaki yang kalau suka dekat perempuan, dia akan selalu control macho bila depan perempuan itu. Memanglah tak semua lelaki macam itu tetapi kebanyakannya memang akan jadi behave sangat perangainya. Dia boleh diibaratkan umpama lelaki melayu terakhirlah masa itu.

Sampaikan bila dia rasa nak marah sekalipun dia boleh jadi sejuk saja bila nampak anda. Iyalah, nak nampak cool kan.

Cara pandangan lelaki terhadap perempuan yang disukai ini adalah sangat ketara bila dia lepak dengan kawan-kawan dia. Perangai dia yang cool itu dah hilang dan dia mulalah tunjuk lagat dia yang sebenar. Kalau mungkin orangnya jenis yang kelam-kabut depan kawan-kawan, tetapi bila dengan anda dia tiba-tiba jadi lelaki yang firm dan boleh diharap.

 

2. Selalu guna eye contact atau main-main mata dengan perempuan yang disukai

Ini cara untuk tahu yang paling accurate sebenarnya. Iyalah, mana-mana orang pun kalau tidak suka seseorang mesti akan elak untuk bertemu mata dengan orang itu. Tetapi, bila dengan orang yang kita suka, automatik mata kita akan pandang dia saja. Macam itu juga bila lelaki dengan perempuan yang disukai.

Lelaki ini akan lebih suka menggunakan eye contact dengan perempuan yang dia suka. Even nak cakap pasal benda tidak penting pun dia akan tatap saja mata anda. Pandangan mata yang dia berikan pula bukan yang biasa-biasa. Anda sendiri pun akan dapat rasa sesuatu yang berbeza dari pandangan mata lelaki lain.

Tambahan pula, apa jua yang anda buat dan dekat mana pun anda berada. Lelaki yang menyukai anda akan memandang tepat ke mata anda seolah-olah ingin meluahkan isi hatinya waktu itu.

Dah macam ada setting pula dekat mata itu untuk tengok anda sorang saja.

 

3. Lelaki akan sentiasa curi-curi pandang perempuan yang disukai

Jika anda rasa ada lelaki yang selalu curi-curi pandang anda waktu anda buat kerja, belajar dan seumpamanya. Mungkin lelaki itu telah menaruh hati pada anda. Anda pula jangan mudah salah faham kerana tidak semua lelaki yang sentiasa curi-curi pandang perempuan itu ada niat jahat.

Anda kena pandai bezakan tujuan setiap pandangan itu sebab apa. Ini kerana, ada lelaki yang jenis pemalu nak tunjuk yang dia sukakan anda. Jadi, dia hanya berani untuk pandang anda dari jauh. Walaupun anda berada betul-betul di hadapannya sekalipun, dia tetap akan cuba curi-curi pandang anda tanpa anda perasan.

 

4. Pandangan lelaki terhadap perempuan yang disukai adalah pandangan yang ceria dan mesra

Ada juga lelaki yang bila dia suka akan seseorang perempuan itu. Dia akan selalu kelihatan ceria umpama macam tiada apa yang sedih berlaku dalam hidup dia. Dia akan sentiasa buat perempuan itu ketawa dan rasa bahagia dengan kehadiran dia.

Walaupun mungkin dia tidak meluahkan rasa sukanya kepada perempuan itu dengan kata-kata. Tetapi, dia menunjukkan perasaan suka itu melalui perbuatannya. Apa yang menarik lagi adalah dia hanya bersikap mesra dengan perempuan yang dia suka sahaja.

 

5. Memberikan sepenuh perhatian kepada perempuan yang disukainya

Lelaki akan memberikan sepenuh perhatian kepada perempuan yang dia suka. Sebagai contoh, bila dengan anda dia tidak akan main telefon. Dia akan fokus mendengar apa yang anda katakan dan memberikan anda nasihat, pendapat atau kata-kata semangat jika anda memerlukannya.

Dia akan menikmati masa-masa yang ada bersama perempuan yang dia suka tanpa mensia-siakannya. Selain itu, dia akan cuba tunaikan apa sahaja permintaan anda bila anda bersama dengannya. Jika pada waktu itu anda bersedih, dia akan membuat anda gembira.

Senang cerita, apa sahaja keadaan yang anda lalui. Dia akan sentiasa ada memberikan perhatiannya terhadap anda sama ada susah atau pun senang.

 

Akhir kalam

Kesimpulannya, jika ada lelaki yang sedang dekat dengan anda pada waktu ini dan mempunyai cara pandangan lelaki terhadap perempuan yang disukai seperti yang telah kami senaraikan. Berkemungkinan besar dia memang suka kepada anda. Kalau anda memang nak pastikan, lebih baik minta sahaja dia berterus-terang.

Kan lebih mudah.

Di samping itu, lelaki juga harus tahu tanda perempuan suka anda atau tidak supaya nanti tidak menjadi salah faham dengan kebaikan yang dilakukan. Manalah tahu dia memang perempuan yang penuh dengan perhatian kepada kesusahan orang lain. Jangan pula sampai jaga jodoh orang lain.

Semoga bermanfaat.

2 thoughts on “5 Cara Pandangan Lelaki Terhadap Perempuan Yang Disukai”

  1. saya ada kawan laki sama keja,setiap kali company keluar jalan or company dinner memang dia akan minta saya pegang beg or botol air dia sedangkan ada banyak lagi kawan satu keja yg keluar sama

    Reply
  2. Saya ada seorang kawan office yang kesemua lima2 faktor tu ada pada dia bila dengan saya. Sampai orang sekeliling mula syak yang dia suka saya. Tak sah sehari tak jumpa or tak tengok saya. Kadang2 saya yang rimas 🤣
    Saya tak mahu kata dia suka saya risau salah faham. Sebab dia ni boleh diketegorikan Lelaki hensem ramai peminat ngan secret admirer dia ya. So saya rasa tak mungkin la dia suka org takde rupa ni 🤣🤣

    Reply

Leave a Comment