Cara Memandu Kereta Auto Dengan Betul

Ingin mengambil lesen, tetapi masih lagi belum berani lagi? Tak mengapa. Boleh baca-baca dahulu, cara memandu kereta auto kerana ia tidak sama dengan kereta manual.

Jika anda mencari maklumat untuk pembaharuan lesen dan cukai jalan, langkau artikel ini untuk baca cara renew lesen memandu dan road tax di Pejabat Pos.

Kereta auto lebih mudah?

Memandu kereta bertransmisi automatik adalah lebih mudah dibandingkan dengan kereta manual. Akan tetapi, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian untuk memastikan kereta auto anda terjaga rapi.

Selain itu, memandu kereta auto amat berbeza dari segi penggunaan tombol gear, fungsi kaki kiri dan kaki kanan. Untuk kereta auto, tiada klac dan hanya kaki kanan sahaja digunakan, untuk pedal brek dan juga pedal minyak.

Tambahan lagi, semasa ujian memandu nanti, kebanyakan kereta auto yang digunakan ialah Axia, Bezza dan Myvi.

Cara memandu kereta auto

Untuk memandu kereta auto, sememangnya lebih mudah daripada kereta manual.

Walau bagaimanapun cara memandu kereta auto ini tidaklah hanya khusus untuk Perodua Axia, Bezza dan Myvi. Pemanduan untuk kereta auto lain juga lebih kurang sama.

1. Sebelum memandu kereta auto

  1. Lakukan Rutin Pemeriksaan Kenderaan seperti pada kereta manual.
  2. Lakukan Rutin Sebelum Memandu. Untuk kereta auto, gear adalah berbeza; gear P untuk parking (meletakkan kereta), gear R untuk reverse (mengundurkan kenderaan) gear D untuk drive (gear untuk memandu), gear N (gear bebas), gear 3 (gear rendah) dan gear 2 (gear rendah).
  3. Sesetengah kereta tidak mempunyai gear 2 & 3 sebagai gear rendah, sebaliknya mempunyai gear L2 & L1 (low gear). Ada juga kereta yang hanya mempunyai gear L sebagai pilihan untuk low gear.
  4. Gear ini berfungsi untuk maintain transmisi supaya tidak berubah daripada gear rendah kepada gear tinggi semasa kenderaan semakin laju.
  5. Hal ini membantu untuk situasi menaiki bukit, atau menuruni bukit.
  6. Pastikan gear pada kedudukan P apabila kenderaan tidak dihidupkan.

 

2. Semasa memandu kereta automatik

  1. Pastikan brek tangan telah ditarik sebelum kenderaan dihidupkan.
  2. Periksa tali pinggang keledar dan tempat duduk telah dilaras.
  3. Periksa cermin sisi dan cermin pandang belakang.
  4. Tangan pada stereng pada kedudukan 10-2 (Tangan kiri pada jam 10 dan tangan kanan pada jam 2, kedudukan mengikut nombor pada jam, jugadiaplikasi untuk kereta manual). Kedudukan 10-2 adalah untuk memandu di jalan yang lurus, manakala kedudukan 3-9 untuk kereta membelok.
  5. Tekan pedal brek dan hidupkan kenderaan.
  6. Periksa komponen dalam kereta, seperti lampu, hon dan sebagainya, seperti pada kereta manual.
  7. Tekan brek.
  8. Tekan tombol pada gear, dan tolak gear kepada D dengan cermat.
  9. Lepaskan gear.
  10. Kereta akan mula berjalan. Tekan pedal minyak perlahan-lahan untuk menambah kelajuan.
  11. Kereta anda akan menambah kelajuan dengan sendiri, jadi pastikan anda tidak menekan pedal minyak cecah ke lantai secara tiba-tiba, untuk mengelakkan risiko kemalangan.

Anda dinasihatkan untuk menghafal susunan gear pada gear box untuk mengelakkan anda daripada tertolak gear ke gear yang tidak sepatutnya, mengakibatkan kerosakan pada gear box anda.

 

3. Bawak kereta auto naik bukit

Dalam ujian memandu, ini adalah antara yang paling menakutkan.

Dalam kes ini, anda mesti lebih berhati-hati. Cara memandu kereta auto semasa naik bukit tidak sama seperti di jalan rata.

  • Pertama sekali, semasa naik bukit, anda akan diminta untuk berhenti.
  • Pada masa ini, anda perlu menekan brek kaki dan dengan pantas menarik brek tangan.
  • Sekarang, kenderaan anda tidak bergerak.
  • Biarkan sahaja gear di posisi D (betulkan ini jika saya salah)
  • Untuk meneruskan naik bukit, anda perlu tekan pedal minyak terlebih dahulu
  • Tidak perlu tukar posisi gear kerana memang sudah berada di posisi D
  • Dengan perlahan-lahan, turunkan brek tangan
  • Sambil turunkan brek tangan, sambil tekan minyak
  • Perlu pandai main minyak supaya kereta tidak mengaum

 

Akhir kalam

Tidak kira kereta manual mahupun auto, kedua-duanya memerlukan kemahiran dan kesabaran yang tinggi demi mengelakkan kemalangan.

Yang paling penting, akur dan patuh pada peraturan jalan raya, dan tiada nyawa yang akan melayang secara sia-sia dia atas jalan raya. Sentiasa ikuti maklumat dari Jabatan Keselamatan Jalan Raya.

Bagi yang tidak biasa, jemput juga baca panduan isi angin dan baca tekanan angin tayar kereta.

Semoga bermanfaat.

3 thoughts on “Cara Memandu Kereta Auto Dengan Betul”

  1. salam cikgu boleh ajar cara memandu kereta manual lepas ni terima kasih atas tunjuk ajar cara memandu kereta auto ini sangat berbagi irmu kepada saya kerana saya baru belaja memandu kereta auto…..

    Reply

Leave a Comment