5 Cara Buat Lelaki Rasa Bersalah (Sebab Abaikan & Sakitkan Hati Kita)

Ada masanya lelaki ini susah sangat nak rasa bersalah dengan kelakuan dia yang buat perempuan rasa annoying. Jadi, pada artikel kali ini mari kita kupas mengenai macam mana cara buat lelaki rasa bersalah, terutama sekali untuk kaum isteri.

Ini kerana para isteri sudah tidak perlu rasa sakit hati yang berpanjangan. Anda boleh cuba cara untuk buat suami menyesal abaikan anda dan didoakan agar dia berubah dan lebih menghargai kita.

Izinkan kami berkongsi.

5 cara buat lelaki rasa bersalah

Berikut merupakan cara-cara untuk buat lelaki rasa bersalah supaya perempuan tidak perlu memendam perasaan lama-lama.

1. Buat-buat sedih

Kalau lelaki itu susah sangat nak faham yang anda terasa dengan dia, cubalah sekali sekala meraih simpati. Meraih simpati itu bukan nak nampak sangat yang anda ini mengemis perhatian dia.

Tetapi, biar dia tahu yang anda ini sebenarnya sedih dan terasa dengan apa dia buat.

Jika anda rasa perlu menangis, menangislah supaya dia lebih cepat sedar. Sebenarnya air mata perempuan ini senjata paling mujarab sekali kalau nak buat lelaki rasa bersalah. Oleh itu, gunakanlah air mata kesedihan anda itu dengan baik.

Kalau anda sedih, tunjuk anda sedih. Jangan sorok daripada dia.

 

2. Mminta maaf even anda tak buat salah

Walaupun anda tidak melakukan apa-apa kesalahan yang boleh menyakiti hati si dia. Cuba anda minta maaf sekali sekala untuk buat dia rasa terkesan. Selalunya kalau ada orang yang minta maaf tiba-tiba tanpa sebab ini akan menjadi tanda tanya.

So, bila anda minta maaf tanpa buat apa-apa kesalahan, mesti si dia akan rasa ada yang serba tidak kena. Dengan sekelip mata anda boleh tengok yang dia tidak boleh duduk diam dan mula rasa bersalah dengan anda.

Silap-silap nanti dia pula yang akan minta maaf dengan anda atas setiap kesalahan yang dia lakukan.

 

3. Cubalah merajuk sekali-sekala

Tidak susah pun sebenarnya kalau nak buat lelaki rasa bersalah. Kalau boleh, cubalah merajuk sekali sekala dengan dia. Lelaki kan ada masa memang ego dia tinggi sangat.

Jadi tabahkan hati anda sedikit dan susun strategi untuk merajuk dengan perangai dia itu.

Jangan pula merajuk lama sangat. Takut nanti dia jadi bosan dan rasa anda ini terlalu sensitif. Cukuplah merajuk sehingga dia tergerak untuk pujuk anda. Bila dia sudah nampak yang anda merajuk dan mula tidak mahu membalas Whatsapp atau jawab panggilan telefon, mesti dia akan risau dan tanya kenapa anda merajuk.

Masa itulah anda kena bagitahu dia yang anda merajuk dengan perangai dia. Lelaki ini kalau orang yang dia sayang merajuk dengan dia, memang dia akan kalah.

 

4. Abaikan dia

Ada masanya anda kena tegas dengan lelaki ini. Jangan tunjuk sangat yang perempuan ini lemah. Bila dia buat seolah-olah macam dia tidak rasa bersalah langsung walaupun memang dia patut rasa bersalah, cuba lawan balik dengan layan dia acuh tidak acuh.

Bukannya nak suruh anda bergaduh, bertumbuk, atau perang mulut. Anda cuma perlu bersikap macam anda langsung tidak ambil kisah apa-apa pasal dia.

Kalau anda selalu Whatsapp dia atau call dia, cuba hentikan dulu berkomunikasi dengan dia buat seketika.

Bila anda mula buat dia macam tidak wujud, mesti dia akan rasa yang anda sudah mula berubah dan dia dah tahu yang anda boleh teruskan kehidupan macam biasa walaupun tanpa dia. Kalau anda sudah buat dia rasa macam ini, confirm dia akan rasa bersalah dan cari anda semula.

 

5. Buat reaksi macam nothing happen

Ini salah satu cara yang boleh buat si dia triggered dengan reaksi anda yang macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Dia akan mula rasa ada sesuatu yang tidak kena sebab kebiasaannya perempuan akan cepat melatah bila lelaki buat perangai atau tidak minta maaf dengan kesalahan yang dia buat.

Tetapi apabila anda bersikap sebaliknya, lelaki memang patut risau. Kalau perlu, anda cuba tunjuk anda happy depan dia walaupun dia ada buat sesuatu yang menyakiti hati anda.

Ada orang kata, bila perempuan bising itu perkara biasa. Bila perempuan mula diam, ada sesuatu yang tidak kena.

Jadi sepatutnya lelaki memang akan risau dengan perubahan perempuan yang macam ini.

Dia akan start overthinking dengan merasakan anda sudah tidak sayang dan tidak ambil berat tentang dia lagi. Kalau anda nak cuba cara ini, pastikan hati anda kental sebab anda kena tunjukkan senyuman yang indah walaupun hati sakit.

 

Akhir kalam

Semoga perkongsian ini dapat memberikan gambaran kepada perempuan yang ingin tahu cara buat lelaki rasa bersalah. Diharapkan cara ini dapat membantu anda yang memerlukannya sebab lelaki ini memang payah sangat nak tunjuk yang dia rasa bersalah.

Ada yang memang dah terang-terang bersalah tetapi sengaja buat-buat tidak faham. Mungkin macam kelakar tetapi ianya hakikat yang sering terjadi.

Kepada mereka yang ingin mencuba cara-cara ini, sila ikutinya dengan baik dan bersederhana.

Jangan over pula ya.

Semoga bermanfaat.

2 thoughts on “5 Cara Buat Lelaki Rasa Bersalah (Sebab Abaikan & Sakitkan Hati Kita)”

  1. Tapiii…makin kita buat seperti yg.ada 5perkara tu.
    Semakn maju sang.suami mntak perhatian mntak.simpati dr sekelian prempuan yg jadi jiran..serta menyerlah lah.disitu sang istri harus di curangi.seba kerja rumh suami yg buatkan.Dan memang patut dan wajib.sang.suami curang bagai dan terlalu cantik untuk istri dpt gelaran istri JAHAT…buat suami macam kuli..kuli dtmpat krja kuli bni d rumah.
    Bila jnis prempuan yg betina yg pandang suami.org buat smua syarat 5tu..disitulah ruang yg terluang.sama²merapatkan diri.alasan sama bermsalah…dan maslah yg sama di hadapi..susah manusia ego angkuh tamak.akn buat pengakuan..memang.tak akn.mengaku salah itu silap.
    Yang brterusterang itu suatu malang..salah dan silap sudh mnjadi makanan pakaian seharian bagi suami ego,angkuh,tamak..tetap dengan tdak ada sedikit pun rasa bersalah menegak BENANG YG BASAH..

    Reply

Leave a Comment