Budak Kelas Belakang Bukan Bodoh (Boleh Berjaya Dalam Hidup)

Budak kelas belakang memang selalu kena panggil bodoh. Bukannya pelajar cemerlang. Sudah biasa. Tapi itu tidak bermakna mereka tidak ada hak untuk berjaya.

Budak kelas belakang bukan bodoh

Kami kongsikan, kenapa mereka boleh dan mungkin lebih berjaya dalam hidup dari orang lain.

1. Bagi mereka, markah ujian bukan penentu hidup

Mereka tidak fikir tentang berapa banyak A yang dia akan dapat. Dia cuma perlu main, main, dan main sambil belajar.

Bukannya belajar, belajar, belajar baru main sedikit-sedikit.

Dalam alam pekerjaan, adakah markah 5 bintang dari pelanggan itu penting? Tentu sekali tidak.

Laman Lifehack mengatakan, budak-budak yang kurang pandai ini, yang selalu dapat gred C, selalunya akan lebih berjaya lepas habis sekolah.

 

2. Budak kelas belakang, tak mengharap pujian cikgu dalam akademik

Untuk lulus pun susah, apatah lagi untuk dapat A dalam mana-mana mata pelajaran. Prestasi budak kelas belakang dalam akademik, memang agak menyedihkan.

Namun, pujian dari cikgu dalam bidang akademik, dan berapa banyak A, bukanlah menjadi motivasi mereka.

Sebaliknya, jika cikgu kata “Terima kasih banyak-banyak. Rajinnya tolong cikgu”. Itu lebih berharga buat mereka.

 

3. Budak kelas belakang, tak peduli apa orang kata

Biarlah apa orang kata, mereka tetap dengan diri mereka.

Budak kelas belakang selalunya buat tidak tahu bila orang-orang sekeliling pandang rendah.

Sudah biasa katanya. Alah bisa, tegal biasa.

 

4. Kejayaan bagi dia, sesuatu yang berbeza

Yakni kejayaan bagi budak kelas belakang bukanlah kecemerlangan dalam peperiksaan.

Mereka, kalau boleh tulis karangan satu muka surat penuh, itu pun mereka sudah bangga.

Mereka, jika dapat markah 50% dalam ujian Matematik, ia sudah cukup bagus buat mereka.

Mereka ini lebih terarah kepada perkara-perkara dan tugasan yang menggunakan tangan dan tenaga.

Sebab itu golongan kelas belakang ini, lebih berjaya dalam bidang yang melibatkan skil dan hands-on.

 

5. Hanya belajar apa yang dia suka

Dari sudut pendidikan di sekolah, pasti ini salah. Cuma, dari kapasiti dan kebolehan mereka itu sendiri, mungkin agak susah untuk mereka mengikuti pelajaran yang agak berat.

Jadi, mereka lebih suka belajar apa yang mereka suka sahaja. Otak pun tidak berat untuk belajar mata pelajaran yang sukar untuk difahami konsepnya.

Mereka lebih fokus dengan cara begini.

 

6. Budak kelas belakang, bukan ‘perfectionist’

Mereka ini ‘generalist’.

Mereka jenis yang belajar dari kesilapan. Tentu sekali banyak kesilapan dan kesalahan yang mereka telah buat.

Cuma budak kelas belakang tidak malu mengaku yang dia buat silap.

Buat silap, betulkan. Buat silap lagi, betulkan lagi.

Tiada ego disitu.

 

7. Pandai bersosial

Mungkin agak nakal dan tidak dengar kata. Tetapi mereka bukanlah jenis pendiam yang hanya duduk melihat sahaja.

Budak kelas belakang selalu budak yang aktif.

Kelas paling bising? Tentulah kelas belakang.

Hidup seimbang, inilah yang akan membantu mereka bila masuk alam pekerjaan nanti.

 

8. Hormat cikgu dan orang tua

Kebanyakan, bukan semua, murid kelas belakang pandai hormat cikgu dan orang tua.

Mereka bukan jenis berlagak. Sejuk hati hati cikgu yang mengajar.

Memanglah tidak pandai mana, tapi rajin membantu tanpa mengharap apa-apa.

 

Akhir kalam

Jangan rasa rendah diri jika anak kita tidak pandai mana. Itulah rezeki kita, terima seadanya.

Banyakkan berdoa pada Allah, jika tidak beri rezeki anak yang pandai dalam akademik, jadikan dia orang yang berakhlak.

Semoga bermanfaat.

2 thoughts on “Budak Kelas Belakang Bukan Bodoh (Boleh Berjaya Dalam Hidup)”

  1. Mengajar anak murid duduk belakang merupakan satu cabaran ke atas guru atau pensyarah. Persepsi negatif perlu dibuang dan kejayaan mereka bukan pada markah tetapi pada nadib dan rezeki yg ditentukan oleh Allah aza wajalla.

    Reply

Leave a Comment