Cara Buat Rayuan Keputusan SPM 2020 (Isi Borang Semakan Semula)


Jangan sedih-sedih. Jemput baca cara buat rayuan keputusan SPM 2020 jika mahu. Isi borang semakan semula & berdoa agar dipermudahkan semuanya.

Sedikit mengenai rayuan keputusan

Pertama sekali, keputusan SPM sudah keluar. Jika keputusan tidak memberangsangkan, jangan sesekali tunjukkan rasa kecewa pada anak.

Jika anda ibu bapa, jangan marah anak jika tidak dapat seperti apa yang kita mahu. Mungkin itu sudah rezeki dia.

Namun, jangan berputus asa. Masih lagi boleh membuat rayuan keputusan SPM ke Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rayuan ini adalah lebih kurang sama dengan rayuan keputusan UPSR.

Cara buat rayuan keputusan SPM 2020

Cara buat semakan semula SPM 2020

Jemput baca serba sedikit cara untuk buat semakan semula keputusan peperiksaan SPM yang terbaru.

Di mana boleh dapatkan borang rayuan semakan semula?

Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan / Kes T (LP/Am 65A) boleh didapati di sekolah, Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, Kaunter Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau melayari laman web Lembaga Peperiksaan.

Rujuk contoh Borang Permohonan Penyemakan Semula Permohonan Peperiksaan SPM 2020 di bawah. Boleh download borang di sini.

 

Selain borang, apa lagi yang perlu disertakan?

Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan perlu disertakan dengan perkara berikut:

  1.   Satu (1) salinan pernyataan keputusan peperiksaan SPM (disahkan oleh Pengetua / Pegawai Kerajaan Kumpulan A)
  2. Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf ditulis atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN
  3. Dua (2) sampul surat beralamat sendiri yang telah dilekatkan setem RM1.00.

 

Bila tarikh tutup rayuan keputusan SPM?

Tarikh tutup permohonan ialah tiga puluh (30) hari dari tarikh pengumuman keputusan peperiksaan.

 

Berapa kadar bayaran rayuan?

Kadar bayaran penyemakan semula keputusan peperiksaan SPM ialah RM50.00 bagi setiap mata pelajaran. Permohonan penyemakan semula keputusan Kes T tidak dikenakan bayaran.

Sila hadir ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Lembaga Peperiksaan untuk mengisi borang dan membuat pembayaran. Kebiasaannya, kaunter agak penuh kerana ramai yang ingin buat semakan semula keputusan SPM 2020.

Tempoh untuk membuat rayuan dan semakan semula keputusan SPM 2020 ialah 30 hari dari keputusan UPSR diumumkan. Apa-apa pun, penjaga dinasihatkan untuk merujuk laman web kementerian jika ada maklumat yang terkini.

 

Apa kaedah bayaran untuk semakan semula?

Permohonan melalui pos:

  1. Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf yang ditulis ditulis atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN. Kokotkan Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf pada Borang Permohonan Semak Semula / Kes T supaya tidak tercicir.
  2. Cek persendirian tidak diterima.

Permohonan melalui Kaunter Lembaga Peperiksaan:

  1. Pembayaran boleh menggunakan Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf yang ditulis ditulis atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN. Pembayaran menggunakan wang tunai juga diterima.
  2. Cek persendirian tidak diterima.

 

Mungkinkah rayuan keputusan tidak diterima?

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan / Kes T (LP/Am 65A). Permohonan yang tidak menggunakan borang ini atau tidak lengkap tidak akan diproses.
Permohonan tidak akan diterima dan diproses sekiranya:

  1. Tidak lengkap
  2. Tidak menggunakan Borang LP/Am 65A
  3. Diterima selepas tiga puluh (30) hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan

 

Bila keputusan rayuan SPM 2020 akan keluar?

Keputusan permohonan akan dimaklumkan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan.
Keputusan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan / Kes T adalah muktamad dan akan dimaklumkan kepada calon melalui surat rasmi.

Diingatkan sekali lagi, keputusan rayuan pula mengambil masa lebih kurang 60 hari.

Pertama sekali, penjaga akan menerima surat penerimaan dan seterusnya jawapan kepada rayuan semakan semula SPM 2020.

 

Akhir kalam

Keputusan semakan semula SPM 2020

Jika sudah buat semakan keputusan SPM, teruskan berdoa. Bagi yang belum, boleh sahaja ikuti cara buat rayuan keputusan SPM yang kami kongsikan ini.

Namun, jika sudah buat semakan semula dan rayuan, tetapi tidak mengubah apa-apa keputusan, janganlah terlalu kecewa.

Perjalanan masih terlalu awal. Boleh terus move on. Yang penting, jadikan pembelajaran itu satu pengalaman. Bukan seksaan.

Bagi ibu bapa yang masih lagi ada anak di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, teruskan pantau markah keputusan anak di SAPS.

Semoga dipermudahkan semua urusan.

Semoga bermanfaat.


6 thoughts on “Cara Buat Rayuan Keputusan SPM 2020 (Isi Borang Semakan Semula)”

  1. Kalau result spm sblum semakan semula lgi better dri slpas semakan semula, nk apply u kena guna result baru ka or boleh guna yg lma?

    Reply
    • nak tanya berapa hari ambil masa untuk tahu keputusan semak semula ? dan bila buat recheck melalui online ,kena bayar melalui apa ? bank in ke ?

      Reply

Leave a Comment