Cara Keluar Duit ASB Tanpa Buku (Fakta Tentang ASB & ASNB)

Pastinya majoriti mengetahui mengenai Amanah Saham Bumiputera (ASB). Secara umumnya ASB merupakan dana unit amanah untuk golongan bumiputera dan berperanan sebagai simpanan kewangan untuk mereka. ASB telah dilancarkan sekitar tahun 1992. Amamah Saham Nasional Berhad (ASNB) merupakan agensi yang bertanggungjawab menguruskan produk-produk ASB. Jadi pada hari ini kami akan berkongsi dengan anda tentang cara keluar duit ASB tanpa buku.

Cara keluar duit ASB tanpa buku

Baiklah, itu serba sedikit maklumat umum mengenai ASB. Sekarang kami akan membincangkan pula mengenai perkara yang lebih penting iaitu bagaimana cara untuk mengeluarkan duit ASB?

Cara keluar duit ASB

Jadi, bagaimana cara keluar duit asb tanpa buku? Ada dua pilihan, sama ada anda mahu mengeluarkannya secara tunai atau dipindahkan ke akaun bank peribadi anda.

  1. Jika secara tunai, anda boleh ke pejabat cawangan ASNB atau pejabat pos.
  2. Bawa sekali kad pengenalan
  3. Isi beberapa borang dikehendaki untuk tujuan pengeluaran.
  4. Tunggu giliran anda untuk dilayan di kaunter, dan selepas kerani di kaunter menyemak butiran (pastikan lengkap), anda akan diberikan sejumlah duit ASB yang mahu dikeluarkan (jumlah bergantung kepada pelabur).

 

Melakukan pemindahan wang terus ke akaun bank peribadi

Jika mahu memindahkan terus ke akaun bank peribadi masing-masing, pelabur perlu ke cawangan perkhidmatan bank yang digunakan.

Sebagai contoh, jika menggunakan Maybank, pergi ke cawangan Maybank. Di cawangan itu nanti kebiasaannya akan ada kaunter khas untuk tujuan pengeluaran ASB.

Prosedur untuk mengeluarkan simpanan secara tunai

  1. Untuk pemindahan terus ke akaun bank, anda perlu mengisi beberapa borang.
  2. Serahkan borang kepada kerani yang ditugaskan di kaunter.
  3. Selepas selesai semua prosedur, anda boleh terus menyemak akaun bank anda kerana tidak mengambil masa yang lama untuk simpanan ASB dipindahkan ke akaun peribadi pelabur. Kebiasannya setiap bank juga memerlukan prosedur yang hampir sama untuk tujuan pemindahan.

 

Produk yang ditawarkan ASB

Terdapat pelbagai produk ASB yang ditawarkan, antaranya ialah ASN, ASN Equity 2, ASN Equity 3, ASN Imbang 1, ASN Imbang 2, ASN Sara 1, ASB, ASB 2, ASM, ASM 2 Wawasan, ASB 3 Didik dan ASM 3.

ASB menetapkan jumlah maksimum pelaburan ialah pada kadar RM200,000 dengan setiap tahun dividen akan diumumkan kepada pelabur. Jumlah dividen yang diperolehi ialah bergantung kepada jumlah simpanan semasa pelabur dalam akaun ASB masing-masing.

Banyak perubahan telah berlaku sejak ASB diperkenalkan pada 1992. Jika dulu, pelabur perlu membawa sekali buku ASB masing-masing ke sama ada cawangan ASB, bank-bsnk ejen dan pejabat pos untuk mengeluarkan duit ASB, kini dengan ledakan teknologi tidak perlu lagi. Pelabur hanya perlu membawa kad pengenalan sahaja.

 

Adakah kita boleh melakukan pengeluaran simpanan ASB secara online ataupun dalam talian?

Setakat artikel ini ditulis, masih belum ditawarkan perkhidmatan tersebut.

 

Kaedah mendaftar MyASNB

Namun begitu, menerusi laman web dan aplikasi MyASNB anda boleh menyemak secara dalam talian baki simpanan anda, sejarah simpanan (transaksi) selain menambah pelaburan anda.

Bagaimana caranya, anda perlu mendaftar terlebih dahulu untuk membolehkan mengakses MyASNB. Ada empat kaedah untuk mendaftar,

  • Melalui cawangan ASNB
  • Ejen ASNB seperti Maybank, CIMB, Affin Bank
  • Pejabat pos
  • Melalui laman web MyASNB sendiri

Jika ke cawangan ASNB dan ejen bank, anda akan dibantu mendaftar sehingga berjaya. Jadi tidak perlu bimbang. Pegawai bertugas akan membantu anda. Hanya perlu ke cawangan dan bank ejen terdekat sahaja.

Untuk mendaftar menggunakan laman web pula,

  1. anda hanya perlu melayari laman web www.myasnb.com.my.
  2. Klik pada pautan ‘Daftar di sini‘.
  3. Di dalam laman web itu juga telah menyediakan tutorial untuk mendaftar terus menerusinya. Jadi anda tidak perlu bimbang.
  4. Hanya ikut setiap langkah yang dipaparkan, anda akan boleh mempunyai akaun MyASNB.

Tetapi perlu diingatkan sekali lagi bahawa MyASNB setakat ini tidak menawarkan pengeluaran secara dalam talian. Namun begitu, dengan ledakan teknologi maklumat ketika ini dan negara sedang menuju revolusi perindustrian 4.0, mungkin perkhidmatan tersebut akan ditawarkan tidak lama lagi.

Jika perkhidmatan secara dalam talian boleh diwujudkan, pastinya memberi kemudahan kepada pelabur untuk memindahkan terus simpanan ke akaun peribadi masing-masing. Ini sekali gus dapat menjimatkan masa pelabur dan tidak perlu menghabiskan masa menunggu di cawangan ASNB, pejabat pos atau bank-bank ejen ASNB.

 

Akhir kalam

Jadi, anda sudah faham mengenai kaedah mengeluarkan duit ASB? Diharapkan artikel ini sedikit sebanyak membantu.

2 thoughts on “Cara Keluar Duit ASB Tanpa Buku (Fakta Tentang ASB & ASNB)”

Leave a Comment