Cara Jawab Azan (Semua Waktu Solat Termasuk Waktu Subuh)

Perkara yang nampak mudah seperti menjawab seruan azan mungkin dianggap tidak susah. Namun, jika anda tidak ingat atau terlupa, kami akan kongsikan cara jawab azan yang betul. Ini juga termasuk cara menjawab azan Subuh yang sedikit berlainan.

1. Cara jawab azan

Apabila kita mendengar seruan azan dilaungkan maka sunat untuk kita menjawab.

Cara menjawab seruan azan ialah mengikut atau ulang secara perlahan-lahan apa yang dilaungkan oleh muazzin dalam azan tersebut kecuali beberapa kalimah tertentu.

Berikut ialah cara untuk menjawab azan dalam bentuk visual yang lebih mudah difahami:

Cara jawab azan

Cara jawab azan

 

 

 

2. Cara jawab azan Subuh

Seperti yang dimaklumkan di atas tadi, azan Subuh ada kalimah tambahan yang bertujuan mengingatkan umat Islam yang sedar tidur supaya bangkit dan bangun mendirikan solat. Azan subuh yang dilaungkan mengandungi kalimah ini:

Untuk lafaz khusus solat Subuh ini, maka anda perlu menjawab seperti berikut:

 

 

3. Cara jawab iqamah / iqamat

Ada orang eja iqamah, ada orang mengeja dengan ejaan iqamat. Kedua-duanya sama sahaja.

Berikut ialah cara untuk menjawab iqamah / iqamat dalam bentuk visual:

Cara jawab iqamah

 

4. Apa maksud azan?

Azan ialah seruan panggilan yang menandakan telah masuk waktu untuk melakukan solat yang dilakukan oleh muazzin atau bilal (orang yang melaungkan seruan azan).

Azan hanya boleh dilakukan oleh lelaki sahaja dan bukan perempuan dan kaedah azan adalah dilaunkan dengan lafaz-lafaz dan nada tertentu.

 

5. Perkara sunat yang dilakukan sebelum melaungkan azan

  1. Berwudhu’.
  2. Menghadap kiblat.
  3. Berdiri sewaktu melaungkan azan.
  4. Dilakukan di tempat yang tinggi agar mudah didengari oleh semua.
  5. Mengeluarkan suara yang nyaring.

6. Lafaz dan ejaan azan dalam rumi

Jika anda tidak mahir Bahasa Arab, anda boleh jawab azan seperti bacaan rumi di bawah.

Berikut ialah bacaan azan dalam rumi:

  • Allahu Akbar, Allahu akbar
  • Ashhadualla ilaha illallah
  • Ashaduannamuhammadar rasulullah
  • Haiyya ‘alas solah
  • Haiyya ‘alal falah
  • Allahu akbar, Allahu akbar
  • Laa ilaha illallah

 

6. Maksud laungan azan

Berikut pula ialah maksud laungan azan oleh muazzin:

  • Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
  • Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah
  • Aku naik saksi bawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
  • Marilah kita bersolat
  • Marilah kita menuju kejayaan
  • Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
  • Tiada Tuhan Melainkan Allah

 

6. Cara jawab dan lafaz azan dalam rumi

Kepada anda yang masih tidak faham tentang kaedah menjawab azan yang betul, lihat jadual yang kami sediakan di bawah:

Lafaz Azan Lafaz Jawab Azan
Allahu Akbar, Allahu akbar Allahu Akbar, Allahu akbar
Ashadualla ilaha illallah Ashadualla ilaha illallah
Ashaduannamuhammadar rasulullah Ashaduannamuhammadar rasulullah
Haiyya ‘alas solah Laa haula wa laa quwwata illaa billaah
Haiyya ‘alal falah Laa haula wa laa quwwata illaa billaah
Allahu akbar, Allahu akbar Allahu akbar, Allahu akbar
Laa ilaha illallah Laa ilaha illallah

7. Bacaan doa selepas muazzin selesai melaungkan azan

Berikut ialah doa selepas azan yang sunat dibaca:

Doa selepas azan dan iqamat

 

8. Maksud doa selepas azan

Bacaan doa selepas azan dalam rumi:

Allahumma rabba hazihid da’ watittamah.

Wassolatil qaimah.

Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah.

Wassyarafa waddarajatal ‘aliatar rafi’ah.

Wab’athhul maqamal mahmudal lazi wa’adtah. Innaka laatukhliful mi’ad.

Makna doa selepas azan

“Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan.

Kurniakanlah kepada Nabi Muhammad ﷺ Kedudukan yang tinggi dan terpuji Yang telah engkau telah janjikan

Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji”

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian pada hari ini akan memudahkan urusan anda untuk menjawab azan dengan sempurna. Jemput baca ilmu-ilmu ibadah dalam Islam yang lain seperti cara ambil wuduk,  syarat solat berjemaah dan lain-lain lagi.

Semoga bermanfaat.

 

Sumber: Buku Kem Bestari Smart Solat, Bahagian Pengurusan Dakwan Jabatan Agama Islam Selangor dan Shafiqolbu

8 thoughts on “Cara Jawab Azan (Semua Waktu Solat Termasuk Waktu Subuh)”

  1. Bolehker saya dapatkan text lengkap dalam bahasa rumi untuk melaungkan azan sehingga bermula solat fardu.Doa yg ptut saya baca selepas azan yg telh dilaungkan.terima kasih

    Reply
  2. Alhamdulillah ..di sini saya dapat menambah ilmu yang sangat
    penting berbanding sebelumnya…terima kasih.

    Reply
  3. Hendaklah menjawab dengan SELAWAT dahulu selepas selesai Azan. Kemudian baru baca DOA SELEPAS AZAN. Ini amalan yg terdapat dlm hadis yg sohih

    Reply

Leave a Comment