Doa Selepas Azan dan Iqamat (Bacaan dalam Rumi / Jawi, Serta Maksud)

Selepas selesai menjawab azan yang dikumandangkan di surau atau masjid, kita digalakkan untuk membaca doa selepas azan. Untuk makluman, doa ini boleh dibaca untuk kedua-duanya, iaitu selepas azan dan juga selepas iqamat.

Doa selepas azan sama dengan doa selepas iqamat?

Ya, sama sahaja. Tidak ada beza. Ini adalah berdasarkan rujukan dari laman web Mufti Wilayah di sini.

Ulama’ mazhab Syafi’e mensunatkan bacaan doa selepas iqamah sebagaimana azan.

Ini merupakan pandangan Imam Nawawi, Imam Ibn Hajar al-Haitami dan Imam Khatib as-Syarbini. (Rujuk: Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 3/122; Tuhfatul Muhtaj, 1/482; Mughni al-Muhtaj, 1/329).

Imam Ibn Qudamah dari mazhab Hanbali mensunatkan untuk berzikir bagi yang mendengar iqamah dengan zikir yang warid sebagaimana yang dilakukan ketika azan. (Rujuk Al-Mughni, 1/310)

Pandangan ini mengisyaratkan bahawa beliau tidak membezakan antara azan dan iqamat. Sebagaimana disunatkan menjawab setiap lafaz iqamah, begitu juga disunatkan untuk berdoa selepas selesai iqamah dengan doa yang dibaca selepas azan.

Namun demikian, Imam Mardawi dari mazhab Hanbali menyebut tidak ada doa yang disunatkan untuk dibaca selepas iqamah dan sebelum takbiratul ihram. (Rujuk Al-Insaf fi Ma’rifati ar-Rajih min al-Khilaf, 2/41)

Sebahagian ulama’ turut menambah bahawa disunatkan untuk berdoa apa-apa sahaja yang disukai setelah selesai iqamah, dan ia dilakukan oleh Imam Ahmad yang berdoa sambil menadah kedua-dua tangannya. (Rujuk Mathalib Uli an-Nuha, 1/303)

 

Doa selepas azan dan iqamah

Di bawah ini ialah petikan doa dalam Bahasa Arab:

 

Doa selepas azam (dalam rumi)

Bagi yang tidak mahir dengan Bahasa Arab, boleh ikuti bacaan dalam rumi seperti di bawah:

  • Allahumma Robba Hazihidda’wati Taammah
  • Wassolatil Qo’imah
  • Aati Sayyidina Muhammadanil Wasilawal Fadhilah
  • Wasy Syarafa Waddarajatal ‘Aliyatar Rafi’ah
  • Wab’athhu Maqomam Mahmudanillazi Wa’adtah
  • Innaka Laa Tukhliful Mi’ad

 

Maksud doa

Erti doa selepas azan ada dinyatakan di atas. Walau bagaimapun, sedikit tambah, berikut ialah makna doa ini dalam bahasa yang lebih mudah difahami:

  • Ya Allah, Tuhan yang mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan
  • Kurniakanlah kepada Nabi Muhammad s.a.w ketinggian, kelebihan dan darjat yang tinggi
  • Serta letakkanlah Baginda di kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan
  • Sesungguhnya, Engkau tidak pernah memungkiri janji

 

Akhir kalam

Diharapkan perkongsian ini serba-sedikit dapat memberikan manfaat.

 

Sumber: Buku Kem Bestari Smart Solat, Bahagian Pengurusan Dakwan Jabatan Agama Islam Selangor dan laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan

Leave a Comment