Cara Daftar Lalamove Driver Malaysia (Register Online di lalamove.com)


Kalau anda ada kereta sendiri, anda boleh jadi Lalamove driver yang buat kerja-kerja delivery. Izinkan kami kongsi cara daftar Lalamove driver yang ringkas. Setidak-tidaknya boleh dijadikan panduan untuk tambah pendapatan.

1. Syarat dan kelayakan jadi Lalamove driver

Keperluan untuk menjadi pemandu atau driver Lalamove:

  • Mempunyai lesen memandu yang sah (lesen P dibenarkan)
  • Warganegara Malaysia (pendatang asing dengan kad pengenalan Permanent Resident (PR) tidak dibenarkan)
  • Mempunyai kenderaan sendiri.

 

2. Cara daftar Lalamove driver

Jika anda mempunyai kereta, berikut ialah cara daftar sebagai driver Lalamove:

  1. Layari laman web rasmi Lalamove driver di sini: https://www.lalamove.com/en-my/driver
  2. Masukkan nombor telefon anda di ruangan Mobile number
  3. Tekan butang Get Started
  4. Anda akan menerima 4-digit code melalui SMS di telefon bimbit anda
  5. Di ruangan Verify phone number, masukan 4-digit code tadi
  6. Jika ada masalah untuk menerima SMS, klik Call me instead
  7. Sekiranya semua berjalan lancar, anda akan dibawa ke Step 1, iaitu bahagian Create your account
  8. Masukkan Basic information seperti dipinta:
    • Name (as shown on ID)
    • Email
    • Driving information
      • Kuala Lumpur
      • Penang
      • Johor Bahru
  9. Pilih Vehicle type:
    • Motorcycle All Type
    • Car All Type
    • Pickup Truck 4×4
    • Lorry 10-ft
  10. Tick I agree
  11. Seterusnya, anda akan dibawa ke Step 2, iaitu bahagian Tell us about yourself
  12. Masukkan maklumat Tell us about yourself seperti dipinta:
    • IC No
    • Date of Birth
    • Driver License Expiry
  13. Tekan butang Next
  14. Seterusnya, anda akan dibawa ke Step 3, iaitu bahagian Add vehicle information
  15. Masukkan maklumat Add vehicle information seperti dipinta:
    • Vehicle Brand
    • Vehicle Model
    • Vehicle Plate Number
  16. Tekan butang Next
  17. Sekarang, anda akan dibawa ke Lalamove Virtual Training
  18. Ikut sambungan di bawah untuk lulus ujian ini

 

3. Cara lulus ujian Lalamove Virtual Training

Selepas anda mengisi borang yang disediakan tadi, ia masih lagi belum selesai.

Anda diwajibkan untuk mengikuti Virtual Training dengan menonton video yang disediakan. Sila ambil perhatian bahawa anda mesti menjawab soalan dan diwajibkan lulus Virtual Training ini sebelum akaun anda diaktifkan.

Anda perlu mendapat 70% untuk lulus. Markah minimum ialah 28 dan anda hanya diberikan 3 kali peluang untuk mencuba. Fahamkan apa yang diajar dan jawab elok-elok.

Jangan sesekali skip video training. Lalamove kata, ujian ini mengambil masa lebih kurang 4 minit sahaja. Pada kami, ia lebih lama iaitu dalam 10-20 minit.

Tekan butang Start untuk mulakan latihan.

Anda akan dikehendaki untuk menonton video seperti di bawah:

 

4. Maklumat lanjut Lalamove driver

Sekiranya anda gagal sebanyak 3 kali ujian semasa Virtual Training, anda perlu hubungi Driver Operation Admin di talian 011-25387688 atau 017-2617688. Mereka akan membantu proses registration.

 

Akhir kalam

Semoga perkongsian cara daftar Lalamove driver ini serba-sedikit dapat membantu anda menambah pendapatan. Jika anda bekerja di tempat lain dan gaji tidak cukup, tidak salah mencuba Lalamove.

Daftar sekarang dan jana pendapatan anda serta nikmati pelbagai kemudahan dengan menjadi krew Lalamove.

Sebagai alternatif, jika anda ada motosikal tetapi masih tidak bersedia dengan jenama Lalamove, boleh cuba jadi rider Grab Food, rider foodpanda dan rider Pop Meals. Tengok mana satu yang sesuai dengan anda.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment