Cara Daftar GKP 4.0 (Geran Khas Prihatin di gkp.hasil.gov.my)

Untuk makluman, sebelum anda buat permohonan GKP yang terbaharu ini, anda perlu daftar GKP 4.0 terlebih dahulu. Walau, bagaimanapun, ini hanya terpakai untuk perdaftaran baru sahaja. Bagi pengguna yang sudah daftar GKP 1.0, GKP 2.0, GKP 3.0; dan terima duit bantuan dari kerajaan, anda tidak perlu buat apa-apa kerana ini adalah untuk permohonan baru sahaja.

Bagi yang sudah daftar, boleh terus login GKP 4.0 untuk buat semakan.

Cara daftar GKP 4.0

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mendaftar GKP 2.0:

  1. Layari pautan Log Masuk GKP 2.0 di sini: https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Anda akan berada di paparan Log Masuk GKP
  3. Jangan panik, memang tidak ada butang Daftar
  4. Ikut sahaja langkah-langkah seterusnya untuk mendaftar GPK 4.0
  5. Di bahagian ID Pengguna, masukkan Nombor Kad Pengenalan anda
  6. Pastikan anda masukkan Nombor Kad Pengenalan baru yang mempunyai 12-digit
  7. Jangan masukkan sempang (-)
  8. Contohnya, jika Nombor Kad Pengenalan ialah 850101-05-5555, masukkan 850101055555
  9. Tekan butang Semak
  10. Sekiranya anda memang belum pernah mendaftar GKP 1.0, anda akan menerima ralat ini:
    • ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar.
  11. Klik pautan Daftar Akaun seperti yang dipaparkan
  12. Masukkan Nombor Kad Pengenalan sekali lagi
  13. Tekan butang Cari
  14. Akan keluar paparan ini:
    • Untuk teruskan proses Semakan, sila isi captcha dan tekan butang Semak.
  15. Masukkan Captcha seperti yang terpapar
  16. Tekan butang Semak

Sekiranya semuanya berjalan lancar, proses daftar GKP 4.0 sepatutnya sudah selesai. Sila baca panduan selanjutnya untuk buat untuk mohon GKP 4.0.

 

Bila boleh mula daftar GKP 4.0?

Khamis, 15 Julai 2021

 

Syarat pendaftaran GKP 4.0

Bantuan Geran Khas Prihatin (GPK 4.0) ini adalah untuk usahawan dan peniaga-peniaga kecil yang tidak dapat bantuan sebelum ini.

Kriteria kelayakan utama untuk daftar GKP 4.0 adalah seperti berikut:

  • Tidak dapat bantuan GKP sebelum-sebelum ini
  • Warganegara Malaysia
  • Perniagaan masih lagi aktif dijalankan
  • Jumlah jualan tahunan tidak melebihi RM300,000
  • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak boleh lebih empat (4) orang
  • Jumlah pekerja tidak termasuk pemilik
  • Pemohon wajib memenuhi definisi PKS Mikro
  • Pemohon wajib berdaftar dengan LHDN, PBT atau SSM

 

Maklumat lanjut mengenai GPK 4.0

Sekiranya anda perlukan maklumat yang lebih lanjut tentang proses permohonan GKP 4.0 yang baru, kemaskini, semakan Geran Khas Prihatin 4.0 dan juga proses rayuan, anda boleh hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:

  • 03- 89111000

Kami nasihatkan agar anda tidak tanya berkenaan tarikh GKP 4.0 bila masuk pula. Sila hubungi jika anda sedar duit tidak masuk ke dalam akaun bank. Boleh buat semakan dengan LHDN dan jugak pihak bank samada ada masalah pengkreditan atau tidak.

 

Akhir kalam

Jangan sia-siakan peluang kedua yang diberi. Daftar GKP 4.0 dan cepat-cepat buat permohonan agar tidak lagi ketinggalan.

Walau amaunnya tidak banyak, sekurang-kurangnya dapat membantu mana-mana usahawan yang terjejas dek Covid-19 ini.

Semoga bermanfaat.

3 thoughts on “Cara Daftar GKP 4.0 (Geran Khas Prihatin di gkp.hasil.gov.my)”

Leave a Comment