Jika bawa kenderaan tak ikut peraturan, salah tetap salah. Saman tetap kena bayar. Tahniah kerana anda salah salah seorang Warganegara Malaysia yang bertanggungjawab yang sekarang ini sedang mencari cara bayar saman JPJ secara online.
Cuma sebelum terburu-buru mahu buat pembayaran, pastikan anda check saman JPJ itu terlebih dahulu. Untung-untung, ada diskaun.
Izinkan kami berkongsi.
Nota:
- Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) beri tawaran pengurangan pembayaran saman sehingga 70% kepada semua saman boleh dikompaun
- Diskaun 70% ini bermula dari 18 Ogos 2021 hingga 16 September 2021
- Diskaun saman JPJ ini adalah sempena Bulan Kemerdekaan 2021
1. Cara bayar saman JPJ untuk diri sendiri melalui portal mySIKAP di www.jpj.gov.my
Berikut adalah cara untuk login, buat semakan dan seterusnya buat pembayaran saman JPJ. Sila daftar mySIKAP sekiranya anda masih lagi belum ada ID Pengguna dan Kata Laluan.
- Layari portal public.jpj.gov.my.
- Masukkan ID Pengguna
- Masukkan Kata Laluan
- Masukkan Kod Sekuriti seperti yang terpapar
- Tekan Log Masuk.
- Jika tidak ada apa-apa kesulitan, anda akan dapat masuk ke dalam sistem mySIKAP
- Akan ada beberapa pilihan di sini:
- Utama
- Lesen Memandu
- Kesalahan & Penalti
- Kejuruteraan Automotif
- Resit / Perkhidmatan Lain
- Tekan Kesalahan & Penalti
- Di bahagian Butiran Saya, sila semak maklumat berikut:
- No Pengenalan
- Nama
- Kategori
- Teruskan ke bahagian PEMBAYARAN SAMAN
- Di bahagian Carian Saman Untuk, pilih No Pengenalan
- Pilih No Pengenalan Saya untuk bayar saman yang dikenakan ke atas diri sendiri
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan sendiri
- Tekan butang Cari
- Jika anda mempunyai saman JPJ, ia akan terpapar di sini
- Lihat bahagian BUTIR-BUTIR SAMAN
- Maklumat semakan yang terpapar adalah seperti berikut:
- No Saman
- No Pendaftaran Kenderaan
- Status
- Keterangan
- Amaun (RM)
- Jika ada diskaun, amaun yang terpapar adalah yang sudah diberikan diskaun
- Pilih saman yang anda ingin bayar
- Seterusnya, jika ingin meneruskan untuk membuat pembayaran, klik pautan Bayar Saman di bahagian bawah sekali
- Di bahagian KETERANGAN TRANSAKSI, sila double-check saman yang ingin dibayar
- Di bahagian PILIH KAEDAH PEMBAYARAN, ada dua pilihan:
- Kad Kredit (VISA, MASTERCARD)
- Perbankan Internet (Contohnya Maybank2u, CIMB Clicks dan lain-lain)
- Di bahagian BAYAR, tekan butang Bayar
- Untuk melancarkan urusan, pastikan anda matikan popup
- Seterusnya, ikut sahaja arahan seperti yang tertera di skrin
- Teruskan transaksi sehingga selesai pembayaran saman JPJ
- Selesai
2. Cara bayar saman JPJ untuk orang lain melalui portal mySIKAP
Ikuti langkah-langkah di bawah ini sekiranya anda ingin membuat pembayaran saman JPJ untuk orang lain.
Contohnya, jika isteri bawa kereta menggila dan melanggar had laju yang ditetapkan sehingga kena saman, suami yang sayang isteri pasti akan bayarkan untuk dia.
- Layari portal public.jpj.gov.my.
- Masukkan ID Pengguna
- Masukkan Kata Laluan
- Masukkan Kod Sekuriti seperti yang terpapar
- Tekan Log Masuk.
- Jika tidak ada apa-apa kesulitan, anda akan dapat masuk ke dalam sistem mySIKAP
- Akan ada beberapa pilihan di sini:
- Utama
- Lesen Memandu
- Kesalahan & Penalti
- Kejuruteraan Automotif
- Resit / Perkhidmatan Lain
- Tekan Kesalahan & Penalti
- Di bahagian Butiran Saya, sila semak maklumat berikut:
- No Pengenalan
- Nama
- Kategori
- Teruskan ke bahagian PEMBAYARAN SAMAN
- Di bahagian Carian Saman Untuk, pilih No Pengenalan
- Pilih No Pengenalan Lain untuk bayar saman orang lain
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan individu tersebut
- Tekan butang Cari
- Jika anda mempunyai saman JPJ, ia akan terpapar di sini
- Lihat bahagian BUTIR-BUTIR SAMAN
- Maklumat semakan yang terpapar adalah seperti berikut:
- No Saman
- No Pendaftaran Kenderaan
- Status
- Keterangan
- Amaun (RM)
- Jika ada diskaun, amaun yang terpapar adalah yang sudah diberikan diskaun
- Pilih saman yang anda ingin bayar
- Seterusnya, jika ingin meneruskan untuk membuat pembayaran, klik pautan Bayar Saman di bahagian bawah sekali
- Di bahagian KETERANGAN TRANSAKSI, sila double-check saman yang ingin dibayar
- Di bahagian PILIH KAEDAH PEMBAYARAN, ada dua pilihan:
- Kad Kredit (VISA, MASTERCARD)
- Perbankan Internet (Contohnya Maybank2u, CIMB Clicks dan lain-lain)
- Di bahagian BAYAR, tekan butang Bayar
- Untuk melancarkan urusan, pastikan anda matikan popup
- Seterusnya, ikut sahaja arahan seperti yang tertera di skrin
- Teruskan transaksi sehingga selesai pembayaran saman JPJ
- Selesai
3. Bayar saman JPJ tanpa naik mahkamah
Ambillah peluang untuk membayar saman JPJ ini tanpa naik ke mahkamah. Kalau sudi naik mahkamah, susah. Lebih baik selesaikan awal-awal.
Akhir kalam
Diharapkan agar perkongsian cara bayar saman JPJ ini akan memudahkan lagi urusan anda. Jangan lupa semak dan buat pembayaran saman PDRM jika ada.
Semoga bermanfaat.
saya dah buat pembayaran online sama pada harini (sabtu,29/10/2022) pada jam 11.46 malam . Namun saya check semula dengan cara check saman di mesej masih ada saman tersebut..Mesej sudah membuat pembayaran saya sudah terima..saya bayar online menggunakan portal mySIKAP. Boleh saya tahu bagaimana saya nak tahu saya sudahpun bayar?