Apakan daya. Anda mungkin jenis orang yang tak bernasib baik sebab kena saman dengan JPJ. Jadi, sebelum keluarkan duit untuk buat bayaran, tengok dulu cara check saman JPJ secara online.
Manalah tahu, ada diskaun.
Izinkan kami berkongsi.
Nota:
- Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan beri tawaran pengurangan pembayaran saman sehingga 70% kepada semua saman boleh dikompaun
- Diskaun 70% ini bermula dari 18 Ogos 2021 hingga 16 September 2021
- Diskaun saman JPJ ini adalah sempena Bulan Kemerdekaan 2021
1. Cara check saman JPJ melalui portal mySIKAP di www.jpj.gov.my
Berikut adalah cara untuk login dan buat semakan saman JPJ. Sila daftar mySIKAP sekiranya anda belum mempunyai ID Pengguna dan Kata Laluan.
- Layari portal public.jpj.gov.my.
- Masukkan ID Pengguna
- Masukkan Kata Laluan
- Masukkan Kod Sekuriti seperti yang terpapar
- Tekan Log Masuk.
- Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan dapat masuk ke dalam sistem mySIKAP
- Akan ada beberapa pilihan di sini:
- Utama
- Lesen Memandu
- Kesalahan & Penalti
- Kejuruteraan Automotif
- Tekan Kesalahan & Penalti
- Di bahagian Butiran Saya, sila semak maklumat berikut:
- No Pengenalan
- Nama
- Kategori
- Teruskan ke bahagian PEMBAYARAN SAMAN
- Di bahagian Carian Saman Untuk, pilih No Pengenalan
- Pilih No Pengenalan Saya untuk bayar saman yang dikenakan ke atas diri sendiri
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan sendiri
- Jika bayar untuk orang lain, masukkan Nombor Kad Pengenalan individu tersebut
- Tekan butang Cari
- Jika anda mempunyai saman JPJ, ia akan terpapar di sini
- Lihat bahagian BUTIR-BUTIR SAMAN
- Maklumat semakan yang terpapar adalah seperti berikut:
- No Saman
- No Pendaftaran Kenderaan
- Status
- Keterangan
- Amaun (RM)
- Jika ada diskaun, amaun yang terpapar adalah yang sudah diberikan diskaun
- Semakan saman JPJ anda telah selesai
Untuk bayar saman JPJ menggunakan mySIKAP, boleh teruskan dengan klik pautan Bayar Saman / Notis di bahagian bawah.
2. Cara check saman JPJ melalui portal www.jpj.gov.my
Semakan saman JPJ menggunakan nombor Kad Pengenalan
- Layari laman web rasmi JPJ di sini: https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman
- Di bahagian perkhidmatan, pilih Semakan Saman JPJ & AES
- Di bahagian pilihan carian, terdapat 2 kategori:
- ID Sahaja
- Pilih ruang Kategori ID
- Masukkan No ID
- Masukkan Kod Sekuriti.
- Tekan butang Semak
- ID Sahaja
Semakan saman JPJ menggunakan nombor Kad Pengenalan dan nombor plat kenderaan
- Pergi ke laman web rasmi JPJ di sini: https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman
- Di bahagian perkhidmatan, pilih Semakan Saman JPJ & AES
- Di bahagian pilihan carian, terdapat 2 kategori:
- ID & No. Kenderaan
- Pilih kategori ID.
- Masukkan No. ID
- Masukkan nombor pendaftaran kenderaan di ruang Vehicle Registration No.
- Masukkan Kod Sekuriti.
- Tekan butang Semak
3. Semak saman JPJ melalui portal myEG
Selain guna portal JPJ online, bayaran saman JPJ juga boleh dilakukan melalui myEG. Apa yang bagusnya, anda juga boleh buat check saman polis dan saman JPJ dalam satu tempat.
- Pergi ke laman web MYEG di https://myeg.com.my
- Jika belum daftar, sila daftar dan login myEG terlebih dahulu
- Jika sudah mendaftar, hanya perlu terus login menggunakan username & password
- Jika terlupa password, klik terlupa kata laluan
- Pergi ke menu e-Services dan pilih JPJ. Anda juga boleh semak saman PDRM dan AES.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan dan pilih Kategori
- Selepas itu, klik Submit dan akan keluar paparan samada anda ada saman atau tidak
4. Semakan saman JPJ melalui portal RILEK
Selain MYEG, anda juga boleh check saman online menggunakan RILEK.
- Pergi ke laman web RILEK di https://rilek.com.my
- Sila daftar terlebih dahulu
- Jika sudah mendaftar, hanya perlu login menggunakan username & password
- Jika terlupa password, klik terlupa kata laluan
- Pergi ke menu “Search By” dan pilih untuk semakan saman JPJ
- Masukkan butiran yang diminta dan klik Semak
- Untuk makluman, anda juga boleh buat semakan saman polis melalui RILEK
5. Cara cek saman JPJ melalui SMS
Jika sukar untuk guna Internet, boleh sahaja semakan saman guna SMS. Lebih pantas dan laju, cuma ada sedikit kos.
Semak saman JPJ SMS (guna nombor IC)
- Taipkan JPJ Saman <jarak> No Kad Pengenalan
- Hantarkan ke 15888
Contoh (bukan yang sebenar): POLIS SAMAN 950101105555
Semak saman JPJ SMS (guna nombor kenderaan)
- Taipkan JPJ Saman <jarak> No plat kenderaan
- Hantarkan ke 15888
Contoh (bukan yang sebenar): POLIS SAMAN WWX7788
Kenderaan itu termasuklah kereta, motor, lori dan lain-lain. Bermakna semua kenderaan yang berdaftar dengan JPJ.
Akhir kalam
Diharapkan agar perkongsian cara check saman JPJ ini akan memudahkan lagi urusan anda. Jangan lupa semak dan bayar saman PDRM jika ada.
Semoga bermanfaat.