BPN Gagal Kredit, Tapi Status Lulus (Duplikasi Permohonan)

Ramai yang tertanya-tanya, kenapa status BPN Gagal Kredit, sedangkan sudah Lulus permohonan?

Sila ambil maklum bahawa ini adalah status bagi BPN 1.0 yang lama. Untuk BPN 2.0, sila rujuk maksud status Duplikasi Permohonan BPN.

Kenyataan dari Malaysia Government Call Centre

Untuk makluman, pihak MyGCC di Twitter telah memaklumkan bahawa pihak LHDN sebelum ini telah mengatakan bahawa jika permohonan Bantuan Prihatin Nasional adalah berstatus LULUS, anda tidak perlu buat apa-apa.

Ini adalah terpakai untuk golongan B40 yang memang penerima BSH sebelum ini, dan juga golongan M40 pembayar cukai di LHDN.

Secara ringkasnya, jika mendapat status Lulus;

  • Anda tidak perlu buat apa-apa
  • Anda tidak perlu buat permohonan baru
  • Anda tidak perlu buat semakan BPN

Kenapa status Gagal Kredit?

Apabila anda ingkar arahan ini dengan membuat permohonan baru walaupun sudah lulus, ini akan mendatangkan masalah kerana duplikasi permohonan.

 

Apa maksud duplikasi permohonan BPN?

Masalah Gagal Kredit ini akan berlaku apabila anda buat permohonan baru, sedangkan anda sudah lulus.

Duplikasi di sini bermakna anda buat permohonan sekali lagi, sedangkan anda sudah lulus.

Ini bermakna ada satu nama yang sama, tetapi dua permohonan.

 

Apa maksud Gagal Kredit?

Status Gagal Kredit menunjukkan bahawa tidak ada kemasukan duit BPN ke dalam akaun bank yang anda masukkan semasa permohonan tempohari.

Selain duplikasi permohonan, ada beberapa kemungkinan kegagalan kredit. Duit tidak dapat dimasukkan ke dalam bank mungkin kerana:

  • Akaun bank tidak aktif
  • Nombor akaun bank yang salah
  • Tersilap masukkan nombor akaun bank
  • Nama pemilik bank akaun tidak sama dengan nama pemohon BPN

Jangan risau sekiranya mendapat satus Gagal Kredit.

Sila dapatkan Nombor Siri dari dalam portal BPN dan pergi ke mana-mana cawangan BSN terdekat. Anda boleh memberikan Nombor Siri dan mendapatkan duit secara tunai.

 

Apa maksud status Berjaya Kredit?

Berlainan dengan Gagal Kredit, status Berjaya Kredit menunjukkan bahawa ada kemasukan duit BPN ke dalam akaun bank yang anda masukkan semasa permohonan tempohari.

 

Akhir kalam

Seperti yang dimaklumkan oleh MyGCC, sila tunggu No Siri diberikan sebelum marah-marah dan menyerang mana-mana pegawai LHDN.

Harap bertenang dan jangan terlalu risau. Duit BPN tetap ada.

Jika sudah ada No Siri, anda boleh tunaikan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

Bukan semasa PKP.

Semoga bermanfaat.

80 thoughts on “BPN Gagal Kredit, Tapi Status Lulus (Duplikasi Permohonan)”

  1. Salam, status BPN lulus, tidak berjaya kredit disebabkan berlaku penamatan akaun bank yang dulu. Di saluran manakah hendak kemaskini no akaun yang baru dan juga no telefon yang baru?

    Reply
  2. saya pun sama april firts sampai sekarang pun sama sahaja .BPN LULUS LEPAS ADA TUJUR BERAPA AMOUNT DAN MALUMAT PEMBARYA.TAPI DEKAT SAYA PUNYA PAPARAN TUJUR LULUS LEPAS TAK ADA APA -APA LAGI.

    Reply
  3. Salam. Sy xingat kata laluan utk jwpn soalan2 kemaskini bsh pun sy xingt apa harus ay buat utk dptkan no.siri baucer.?

    Reply
  4. BPn lulus, checked thoroughly it credited to the wrong account number when the account number in the lhdn is very much updated from the donkey years.

    Reply
    • fasa pertama Berjaya..rm10000 fasa kedua bayaran tidak lulus..sebab permohonan ada syarikat..sedang tak ada semua ni..??

      Reply
  5. Salam , tumpang tanya status saya lulus tapi gagal kredit bila saya rujuk note dibawah tertulis akaun ada kod apa maknaya yaa

    Reply
  6. Status bpn saya lulus. Tapi gagal kredit. Tapi ada di beri no baucer. Bole Ker guna no baucer tu tunjuk kt bank untuk kluar duit

    Reply
  7. Kenapa saya punya dikredit kedalam akaun waris? sedangkan saya telah beri no akaun bank saya… status saya sekarang gagal dikreditkanke akaun waris/isteri disebabkan no akaun isteri saya telah tidak aktif.. call LHDN tidak aktif pula masa ni…

    Reply
  8. Status Bpn saya lulus ,tapi gagal credit, then number baucer tak bagi, macam mana saya mau dapat baucer number ?

    Reply
  9. Kalau fasa 1 gagal kredit..duit fasa 2 macam mana pula, akan dimasukkan juga? Gagal kredit sebab akaun x aktif.

    Reply
  10. saya penerima bsn layak automatik b40 dan dh dpt duit fasa 1….fasa 2 adakah sy akan terima? kerana harini saya buat semakan status tidak layak dan tak dapat login acc mybsh…saya dikehendaki cari utc berdekatan

    Reply
  11. Saya pon serupa ada email ckp lulus.. Spai skrg duit x masuk..Tak buat pon permohonan baru check dlm semak BPN baucer pon x dak… Camba tu dlm e filing saya mmg dah ada akaun bank tapi x credit duit pon. T. Kasih

    Reply
  12. salam..

    Kenapa Bantuan Prihatin sayan Tidak Layak untuk fasa ke2?
    Alasan tidak layak : Duplikasi permohonan (suami isteri lulus BPN)
    bagaimana untuk buat rayuan?

    Reply
  13. bpn lulus,tapi no baucer x dpt2 lgi smpai skrng, nk kemaskini no akaun pun x blh,sb xda no rujukan dari LHDN

    Reply
  14. bpn saya lulus,kemaskini acct telah di buat pada 17 -04 – 2020 fasa 1 duit tiada masuk acct tetapi fasa 2 ada masuk acct jadi apa kena saya buat ? tq

    Reply
  15. Maaf bertanya masa semak status die sruh isi borang pastu keluar result duplikasi permohonan . Sye tk faham .kenape yee

    Reply
  16. salam,saya tak faham duplikasi permohonan adalah mcm mane?pertama kali permohonan,skrg masuk ni dapat duit ke tak dapat?

    Reply
  17. Tidak layak sebab duplikasi permohonan. Masa saya isi memang tak ada megatakan saya lulus mana2 permohonan. Sebab tu saya memohon lagi.

    Reply
  18. Dulu memang dapat br1m. Lepas tu BSH tak perna dapat sudah. Saya cuba check BPN pula pun tak ada status. So sekarang macam mana.

    Reply
  19. Kenapa bantuan prihatin saya tidak layak ( Duplikasi Permohonan ) . . .
    NAMA dan NO ACCOUNT BANK , saya sama , tidak ada salah . . .BANK saya masih aktif . . .saya baru pertama kali buat bantuan prihatin . . . Sedangkan dokumen semua lengkap dan betul. . .masa covid ni , mana mahu cari duit pakai beli barang keperluan ,nak kerja pun tak dapat sekaran ,,,COVID-19 punya pasal…..harap dapat bantu saya,,, saya merayu dan mohon. . . AmIN

    Reply
  20. saya dapat email seperti dibawah tetapi saya mengingkari dan semak permohonan saya jawapannya TIDAK LULUS disebabkan DUPLIKASI PERMOHONAN.
    “Penerima Bantuan Prihatin Nasional yang dihormati, Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan adalah LAYAK menerima BPN.
    Pembayaran akan dibuat kepada penerima pada April dan Mei 2020.
    Anda tidak perlu membuat sebarang permohonan”
    Boleh kah saya tahu dimanakah saya boleh dapatkan No.Siri?
    Terima kasih

    Reply
  21. Assalam…Status saya lulus dan sudah mengemaskini no akaun saya seblm 30-April-2020 lepas. Tetapi masih belum menerima apa-apa update mengenai kemasukkan duit ke dalam akaun saya.

    Reply
  22. BPN status lulus. tp sampai 18 may 2020, duit still xmasuk.. xde remark pape pn tulis gagal kredit ke ape.. call lhdn mmg tak jawab la.

    Reply
  23. Saya Hussin Bibi Mir Mohd,Khan. Saya ada mohon BPN dan dah Lulus tetapi belum dapat duit lagik dan saya baru tahu sebabnya. Nombor account Bank saya ada salah satu mata semasa saya ngisi nya: Jadi masa alah sekarang macam mana nak buat correction atau kemaskini, saya dapat log in kedalam profile saya, tetapi, nombor account Bank tak dapat di ubah, Sekian wassalam, Saya perlu bantuan.

    Reply
  24. Kenapa bpn saya lulus tapi gagal krdit lepas tu di kata kan sebab ingkar arahan kerana selalu membuat semakan dan telah membuat permohonan baru lagi ..sedang saya tiada langsung membuat permohonan baru lagi .. Saya betul betul tidak faham..lepas suruh tunggu nombr siri keluar ..berapa lama lagi saya perlu tunggu cik .. Encik tolong jelas kan kepada saya

    Reply
  25. The Status Permohonan is LULUS and Status Kredit shows Gagal kredit, but they didn’t gave me the Number Siri, what do I do now?

    Reply
  26. bpn lulus berjaya kredit tp g bank duit x masuk..macam mana tu..paparan maklumat bayaran 18.5.2020 berjaya kredit tp td g bsn duit xde..apa nk buat

    Reply
  27. Ingin nak selesaikan masalah bpn. Kerana dah buat akaun baru bsn .macam mana nak kemaskini no akaun baru dan no telephone baru. Sekian Terima kasih…

    Reply
  28. Saya tidak membuat apa2 semakan mahupun permohonan baru sebab ada dapat waktu BPN 1.0.
    BPN 2.0 ni tak dapat2.
    Bila check, kata GAGAL Kredit, and invalid beneficiary name.
    Macam mana boleh invalid kalau akaun tu still active and memang nama yg sama?
    Tak de pun duplicate permohonan atau akaun tak aktif.

    Reply
  29. Fasa 1 boleh akaun aktif x ada pohon baru dah lulus…kalau pohon baru itu nama bangang i sinar elok boleh ambil kalau x aktif dah tentu x boleh ambl..tgggu no boucer lps pkp blh ambl pkp xtaw ble hbs itu bodo namanyeee

    Reply
  30. 08/06/2021
    400 GAGAL KREDIT

    INVALID INDIVIDUAL ID NUMBER

    Apa maksud nya ya ? BPN LULUS tapi keluar kod tak berjaya macamni

    Reply
  31. Saya nak Tanya., Status sy Lulus, tp bank sy x aktif., So gagal credit., Tp sy check no baucer tidak ada., Yang fasa 2., So saya nak berurusan dengan siapa ye.,??

    Reply

Leave a Comment