Bantuan Nelayan Kedah 2023 Melalui Program Jiwa Murni LKIM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Mohamad Sabu telah menjayakan Program Jiwa Murni LKIM dan Majlis Penyampaian Bantuan Kepada Nelayan Negeri Kedah. Program ini bertujuan untuk memberikan bantuan kepada golongan nelayan di Negeri Kedah.

Menurut petikan daripada Malaysia Gazette, antara bantuan yang disampaikan pada program berkenaan adalah Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) sebanyak RM300 kepada 690 orang nelayan yang merupakan ahli Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Kedah melibatkan peruntukan sebanyak RM207,000. Kementerian melalui LKIM telah menyalurkan RM8.08 juta bagi Negeri Kedah melalui peruntukan ESHN LKIM untuk manfaat seramai 2,224 penerima.

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) selalu bersiap siaga dan cakna dengan setiap permasalahan yang dihadapi oleh kumpulan sasar nelayan demi memastikan kebajikan nelayan terus diperkasakan. LKIM juga komited menyediakan pelbagai bantuan yang komprehensif bagi meringankan beban nelayan. Penilaian secara menyeluruh dilaksanakan dari masa ke semasa agar keperluan golongan sasar dapat diteliti bagi menyediakan bantuan sewajarnya kepada mereka.

Pada hari ini, Antara yang turut disampaikan pada program berkenaan adalah Bantuan Touch Point sebanyak RM50,000 kepada setiap Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) di Negeri Kedah. Setiap PNK di Negeri Kedah masing-masing menerima RM10,000 untuk diberikan kepada
nelayan ahli persatuan yang berkelayakan bagi pembelian peralatan menangkap ikan seperti pukat dan tong ikan berinsulasi. Turut disampaikan bantuan sebanyak RM200 setiap penerima bagi bagi 100 orang asnaf miskin nelayan PNK Kuala Kedah berupa sumbangan zakat Agrobank berjumlah RM20,000 selain Sijil Penghargaan Program Agro Nisaa’ kepada lima orang penerima program pembiayaan komuniti nelayan di Kuala Kedah.

Program ini bertujuan untuk menyokong komuniti nelayan dalam memastikan pendapatan isi rumah sosioekonomi komuniti nelayan dapat ditingkatkan. Hasil kerjasama strategik Agrobank dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) menunjukkan bahawa program ini telah berjaya meningkatkan purata pendapatan usahawan sekitar 40 hingga 60 peratus dari pendapatan sebelumnya.

Leave a Comment