Bantuan BSN PEMERKASA 2021 (Skim Mikro Kredit, Pinjaman Untuk Peniaga Kecil)

Jika perniagaan anda terkesan dek Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disebabkan oleh virus jahat COVID-19, anda boleh cuba mohon bantuan BSN PEMERKASA.

Sangat sesuai untuk peniaga yang mungkin tidak lulus pinjaman MARA atau pinjaman TEKUN.

Sebenarnya, sudah lama Skim Mikro Kredit ini diperkenalkan, iaitu sejak 1 April 2021. Walau bagaimanapun, mungkin ramai yang terlepas pandang atau langsung tidak tahu berkenaan pembiayaan Islamik dan konvensional ini.

Izinkan kami berkongsi beberapa bantuan atau pinjaman yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional.

Video bantuan BSN PEMERKASA

Sebelum itu, jemput tonton video dari Bank Simpanan Nasional berkenaan bantuan kewangan yang ditawarkan.

Jenis-jenis sektor perniagaan yang layak untuk memohon Skim Mikro Kredit PEMERKASA adalah seperti berikut:
  • Peruncitan dan pemborongan
  • Pembuatan
  • Perkhidmatan

1. Bantuan BSN PEMERKASA untuk peniaga

Jika anda mempunyai syarikat enterprise, perkongsian mahupun Sdn Bhd, anda boleh memohon pembiayaan ini. Sesuai bagi syarikat yang memerlukan funding untuk membeli aset untuk syarikat mengembangkan lagi perniagaan.

Kelayakan:
  • Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/ Perkongsian/ Syarikat Sdn. Bhd) yang dalam proses pemulihan perniagaan akibat pandemik COVID-19.
  • Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Bukan pelanggan sedia ada BSN Micro-i Penjana Tourism Financing (PTF).
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya enam (6) bulan.

 

BSN Micro/i PEMERKASA

 

2. Bantuan BSN PEMERKASA untuk peniaga wanita

Terima kasih BSN kerana menghargai usahawan wanita di luar sana. Jadi, jika anda adalah seorang usahawan wanita yang memerlukan bantuan kewangan untuk working capital atau membeli aset, sangat-sangat digalakkan untuk memohon.

Kelayakan:
  • Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/Perkongsian/Syarikat Sdn. Bhd) yang dimiliki oleh usahawan wanita, iaitu sekurang-kurangnya 51% dimiliki dan dikendalikan oleh usahawan wanita dan dalam proses pemulihan perniagaan akibat pandemik COVID-19.
  • Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Bukan pelanggan sedia ada BSN Micro-i Penjana Tourism Financing (PTF).
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya enam (6) bulan.

 

BSN Micro/i PEMERKASA-NITA

 

3. Bantuan BSN PEMERKASA untuk usahawan belia

Tidak dilupakan, usahawan muda belia yang berusia 30 tahun ke bawah juga boleh memohon. Yang menariknya, boleh gunakan duit pembiayaan BSN untuk modal kerja dan juga pembelian aset untuk syarikat.

Kelayakan:
  • Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/ Perkongsian/ Syarikat Sdn. Bhd) yang dimiliki oleh usahawan belia berusia 30 tahun dan ke bawah, iaitu sekurang-kurangnya 51% dimiliki dan dikendalikan oleh usahawan belia yang berdaftar seperti tersebut di atas dan dalam proses pemulihan perniagaan akibat pandemik COVID-19.
  • Dimiliki oleh Warganegara Malaysia.
  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Bukan pelanggan sedia ada BSN Micro-i Penjana Tourism Financing (PTF).
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya enam (6) bulan.

 

BSN Micro/i PEMERKASA BELIA

 

4. Bantuan BSN PEMERKASA untuk OKU

Yang paling istimewa, BSN juga menawarkan pembiayaan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) yang memilih karier sebagai seorang peniaga.

Kelayakan:
  • Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/ Perkongsian/ Syarikat Sdn. Bhd) yang dimiliki oleh Orang Kelainan Upaya (OKU) iaitu sekurang-kurangnya 51% dimiliki dan dikendalikan oleh OKU dan dalam proses pemulihan perniagaan akibat pandemik COVID-19.
  • Dimiliki oleh Warganegara Malaysia.
  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Bukan pelanggan sedia ada BSN Micro-i Penjana Tourism Financing (PTF).
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya enam (6) bulan.

 

BSN Micro/i PEMERKASA ISTIMEWA

 

5. Bantuan BSN PEMERKASA untuk kelangsungan perniagaan

Anda tahu, jika PKP dan COVID-19 ini berakhir, pasti perniagaan anda melonjak semula. Tapi, entah bila itu akan berlaku. Tidak ada ketentuan yang pasti.

Maka, untuk mengelakkan kerisauan anda berganda kerana pening memikirkan gaji yang perlu dibayar, anda boleh mohon bantuan atau pembiayaan dari BSN untuk meneruskan perniagaan anda.

Ini adalah penting untuk menampung kos-kos tetap operasi perniagaan anda seperti sewa kedai / premis, bil api /air dan gaji pekerja.

Kelayakan:
  • Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/ Perkongsian/ Syarikat Sdn. Bhd) yang dalam proses pemulihan perniagaan akibat pandemik COVID-19.
  • Dimiliki oleh Warganegara Malaysia.
  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Bukan pelanggan sedia ada BSN Micro-i Penjana Tourism Financing (PTF).
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya lima (5) tahun.

 

BSN Micro/i PEMERKASA MAMPAN

 

Kalau ada soalan tentang bantuan kewangan BSN PEMERKASA, boleh hubungi siapa?

Mungkin maklumat yang tersenarai di sini agak terhad. Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Pusat Hubungan Pelanggan atau Customer Service BSN di talian 1300 88 1900.

 

Akhir kalam

Ingat, bantuan kewangan BSN ini adalah pinjaman. Anda perlu membayar balik amaun yang dipinjam.

Diharapkan agar perkongsian bantuan BSN PEMERKASA yang datang dengan Skim Mikro Kredit untuk peniaga kecil ini akan memudahkan lagi urusan kelangsungan perniagaan anda.

Semoga bermanfaat.

 

2 thoughts on “Bantuan BSN PEMERKASA 2021 (Skim Mikro Kredit, Pinjaman Untuk Peniaga Kecil)”

  1. Assalamualaikum,

    BSN Pemerkasa ini ibarat indah khabar dari rupa.

    Saya pengusaha pembuatan makanan yang telah beroperasi 8 tahun. Kini perniagaan saya terjejas disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda.

    Saya telah memohon BSN secara online tetapi sehingga kini tiada jawapan. Apabila saya membuat panggilan ke BSN Melaka, bercakap dengan pegawainya, dia meminta saya WhatsApp dokumen-dokumen yang diperlukan dengan alasan kalau apply secara online banyak dokumen yang tidak lengkap. Tetapi sehingga kini tiada langsung berita dari pihak BSN.

    Senang kata, bukan kami peniaga tidak memohon tetapi pihak Bank yang ambil sambil lewa dalam menjalankan tugas.

    Reply
  2. saya akan buat permohonan di cawagan BSN….
    jika layanan sama mcm puan haslinawati, sy rasa tidak akan mendapat sambutan program y bsn anjurkan ni…..
    Nak membantu biar ikhlas ya BSN…

    Reply

Leave a Comment