Jika anda salah seorang ibu / bapa / penjaga kepada Orang Kurang Upaya (OKU) ataupun OKU itu sendiri, anda boleh mohon bantuan OKU PEMULIH.
Izinkan kami berkongsi.
1. Cara mohon bantuan OKU PEMULIH
Berikut ialah langkah-langkah untuk memohon bantuan OKU di bawah pakej PEMULIH:
- Layari laman web rasmi JKM di jkm.gov.my
- Anda akan lihat beberapa pautan di sini, antaranya:
- FAQ Bantuan Kewangan Khas OKU (Pakej Pemulihan)
- Borang Permohonan
- Permohonan Secara Atas Talian
- Pilih Negeri
- Jangan klik Borang Permohonan. Ini kerana anda perlu mengisi borang secara manual dan menghantar semula
- Pilih Permohonan Secara Atas Talian > Pilih Negeri
- Sekarang, pilih negeri yang anda tinggal sekarang
- Hanya selepas pilih negeri, anda akan dapat lihat pautan Borang Permohonan Bantuan Kewangan Khas OKU (PAKEJ PEMULIH) dalam bentuk Google Form yang berwarna hijau
- Untuk memudahkan anda mencari link yang sepatutnya mengikut negeri, sila rujuk senarai pautan mengikut negeri
- Isikan borang permohonan bantuan OKU sehingga selesai
2. Senarai permohonan bantuan OKU PEMULIH mengikut negeri
Berikut ialah link ke Google Form untuk buat permohonan bantuan OKU:
Negeri | Link Google Form |
Putrajaya | https://forms.gle/CAsq5WrJs452F1T36 |
Johor | https://forms.gle/fnugZmW3TYqK7m4s7 |
Kedah | https://forms.gle/j34ZDZPJbyfWdzvN7 |
Kelantan | https://forms.gle/TucRxW71ugEqtbvK8 |
Melaka | https://forms.gle/nbnN6Km1Bv3YwfpK8 |
Negeri Sembilan | https://forms.gle/Fj74UrovSrPDAKBo9 |
Pulau Pinang | https://forms.gle/XkgmEgTHUCN93G5d8 |
Pahang | https://forms.gle/fFYjCLzs4fVzvYtk6 |
Perak | https://forms.gle/v3UeLH8pjNWY17Tz8 |
Perlis | https://forms.gle/gcLNChpabJJ3KtJ76 |
Sabah | https://forms.gle/PYY45mFQNcVgb7wJA |
Sarawak | https://forms.gle/Eb5Hexy71KQWE1cw9 |
Selangor | https://forms.gle/bZY6hKeqJPtQncrz8 |
Terengganu | https://forms.gle/8pERCL6hiSDuFx2R8 |
Kuala Lumpur | https://forms.gle/CAsq5WrJs452F1T36 |
Labuan | https://forms.gle/FDAzsfp42jKdgQbz7 |
3. Syarat kelayakan untuk mohon bantuan OKU PEMULIH
Berikut pula kriteria yang melayakkan anda memohon bantuan OKU ini:
- Anda mestilah OKU yang berdaftar dengan JKM
- Anda mestilah OKU yang berusia 16 tahun ke atas
- Anda mestilah OKU yang bekerja
- Anda bukan OKU yag bukan menajdi penerima Bantuan Bulanan JKM
- Anda adalah pekerja OKU yang terkesan kerana diberhentikan kerja, dibayar gaji separuh pendapatan bulanan berkurangan atau diarakahkan bercuti tanpa gaji oleh majikan
- Anda bukan OKU kakitangan kerajaan
4. Senarai bantuan OKU yang lain
Menurut pembacaan kami, ada 5 bantuan OKU yang tersenarai di laman web rasmi JKM:
-
Elaun Pekerja Cacat
- RM450 sebulan seorang
- https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=akVMUTlrSU5mT0dCZys3bzFCendNdz09
-
Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja
- RM300 sebulan seorang
- https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=T2FDeHJMei9nZVN4UWxRdlRLNytrUT09
-
Bantuan Penjagaan OKU terlantar/Pesakit Kronik Terlantar
- RM500 sebulan seorang
- https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=UzhQSWdqWnJSZ2xIUUNFT2Z0WG9tQT09
-
Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan
- Mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan
- https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=TXNWWG1iRXhLUmFrb2c5UDJaSVdBQT09
-
Geran Pelancaran (GP)
- Maksimum RM2700 sekaligus
- https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=NWxtc1E1eCs4VDI2SFA4bkg3M0FaQT09
Akhir kalam
Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara mohon bantuan OKU ini akan memudahkan lagi urusan anda. Jemput untuk lihat senarai bantuan kerajaan yang penuh bagi tahun 2021.
Semoga bermanfaat.