Cara Solat Terawih di Rumah (8 Rakaat Berjemaah)

Musim PKP akibat Coronavirus Covid-19 ini, kita semua tidak dibenarkan solat terawih di masjid atau surau macam selalu. Jadi, macam mana cara solat terawih di rumah dengan keluarga sebanyak 8 rakaat?

Langkau artikel ini untuk terus baca cara solat Witir.

Perkongsian cara solat terawih di rumah dari Dr Abu Anas Madani

Jika ada kesempatan, kami sarankan anda menonton video di atas untuk lebih memahani cara solat terawih di rumah bersama keluarga.

Pada masa inilah suami boleh menunjukkan kepimpinan dalam keluarga dengan memimpin solat Terawih.

Ringkasan cara solat Terawih yang ringkas simple seperti yang dikongsikan oleh Dr Abu Anas Madani adalah seperti berikut:

  1. Apabila masuk waktu Isyak, laungkan azan Isyak
  2. Selepas itu, solat sunat sebelum Isyak bersendirian (iaitu solat sunat Qobliah 2 rakaat)
  3. Solat Isyak 4 rakaat secara berjemaah dengan khusyuk dan sempurna
  4. Jangan terus solat Terawih
  5. Selepas itu, solat sunat selepas Isyak bersendirian (iaitu solat sunat Ba’adiah 2 rakaat)
  6. Sembahyang Terawih 2 rakaat
  7. Baca Al-Fatihah dan surah
  8. Bangun lagi untuk solat terawih 2 rakaat
  9. Baca Al-Fatihah dan surah
  10. Bangun lagi untuk sembahyang terawih 2 rakaat
  11. Baca Al-Fatihah dan surah
  12. Bangun lagi untuk solat terawih 2 rakaat
  13. Baca Al-Fatihah dan surah
  14. Selesai solat Terawih 8 rakaat dengan 4 kali salam
  15. Jika mahu, boleh teruskan sehingga 20 rakaat

Jika solat sendiri, boleh sahaja ikuti langkah dan cara yang sama seperti di atas.

 

Panduan solat sunat Tarawih bergambar

 

Perlukah bacaan dalam solat Terawih yang bilal selalu baca?

Selalunya untuk ketua keluarga menjadi imam sembahyang Terawih, tidak ada masalah.

Cuma ramai orang tidak berani untuk memimpin Terawih kerana adanya bacaan-bacaan tertentu dalam solat Terawih. Ramai yang tidak hafal dan dapat membaca bacaan ini dengan sempurna.

Bacaan ini biasanya dibaca oleh bilal selepas salam atau sebelum memulakaan rakaat yang baru.

Jawapan dari ustaz, tidak baca bacaan dalam solat Terawih pun tidak mengapa.

Ia tidak menjejaskan solat Terawih.

 

Perlukah bacaan doa dalam solat Terawih yang bilal selalu baca?

Bacaan di antara solat itu tidak wajib dibaca. Begitu juga dengan doa sembahyang Terawih.

Jika hafal, boleh sahaja baca.

Jika tidak, baca sahaja apa-apa doa yang kita tahu. Dalam Bahasa Melayu, atau dalam apa-apa bahasa pun boleh.

 

Panduan dan cara solat terawih dari JAKIM

Apa yang kami kongsikan di atas hanyalah ringkasan pendek sahaja. Pastinya, ramai yang mahu merujuk penduan lengkap seperti buku Panduan Sembahyang Sunat Tarawih dari JAKIM.

Anda boleh dapatkan secara percuma di sini.

 

Akhir kalam

Ramadhan kali ini memang tak sama seperti tahun-tahun sebelum ini, di mana kita bebas melakukan sembahyang Terawih di mana-mana sahaja.

Mungkin ini ujian dari Allah agar kita sentiasa ingat pada-Nya.

Selesai solat Terawih, jangan lupa niat puasa pula untuk esok hari.

Semoga bermanfaat.

8 thoughts on “Cara Solat Terawih di Rumah (8 Rakaat Berjemaah)”

  1. Assalamualaikum tuan..di malaysia biasa solat tarawih 8 rakaat 4 salam..tetapi di indonesia 8 rakaat 2 salam…witir 3 rakaat..mohon pencerahan tuan…

    Reply
  2. Assalamualaikum. Saya seorang muallaf baru 2 bulan memeluk islam. Dan hanya hafal Al-Fatihah dengan An-Nas je. Macam mna ye?

    Reply

Leave a Comment