Cara Solat Sunat Witir (Dengan Niat dan Doa, Selepas Tarawih)

Adalah menjadi kelaziman bagi umat Islam di Malaysia untuk menunaikan solat sunat Witir selepas solat sunat Terawih. Bagi yang tidak berapa ingat, izinkan kami kongsi cara solat sunat Witir, berserta niat dan doa.

Panduan ini adalah panduan rasmi dari JAKIM.

Ringkasan cara solat sunat Witir

Ini adalah untuk solat yang ringkas dan simple, iaitu Witir 3 rakaat, dengan 2 salam.

Dua rakaat pertama

  1. Niat sembahyang Witir 2 rakaat
  2. Rakaat pertama, baca Al-Fatihah dan surah
    • Cadangannya ialah surah Al-‘Ala
  3. Rakaat kedua, baca Al-Fatihah dan surah
    • Cadangannya ialah surah Al-Kafirun
  4. Selasai solat sunat Witir 2 rakaat

Satu rakaat terakhir

  1. Niat sembahyang Witir 1 rakaat
  2. Rakaat pertama, baca Al-Fatihah dan surah
    • Cadangannya ialah surah Al-Ikhlas
    • Sambung dengan surah Al-Falaq
    • Sambung dengan suran An-Nas
  3. Selasai solat sunat Witir 1 rakaat

 

Niat solat sunat Witir (2 rakaat pertama)

Niat solat witir 2 rakaat pertama

Usolli sunnatal Witri, raka’ataini makmuman Lillahi Ta’ala

Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat Witir, dua rakaat, menjadi makmum, kerana Allah Ta’ala”

 

Niat solat sunat Witir (1 rakaat terakhir)

 

Niat solat Witir 1 rakaat terakhir

Usolli sunnatal Witri, raka’atin makmuman Lillahi Ta’ala

Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat Witir, satu rakaat, menjadi makmum, kerana Allah Ta’ala”

 

Doa Witir

Doa ini biasanya dibaca oleh imam. Makmum akan mengaminkan sahaja.

Doa solat Witir

Doa sembahyang Witir

 

Kelebihan Witir

Untuk kepastian, boleh rujuk pautan JAKIM di sini.

Daripada Ibn Umar RA daripada Nabi SAW sabdanya,

“Jadikanlah sembahyang witir sebagai sembahyang terakhir bagi kamu pada waktu malam”.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith:

Sembahyang witir paling afdhal ialah sebelas rakaat, oleh itu hendaklah dilakukan dengan mendahulukan sembahyang-sembahyang sunat lain seperti sunat tahajud, hajat dan lainnya.

Paling kurang rakat sembahyang witir ialah satu rakaat sahaja, walau bagaimanapun digalakkan tiga rakaat dua salam.

Sumber adalah dari Kitab Riyadhus Salihin

 

Panduan solat dari JAKIM

Apa yang kami kongsikan di atas hanyalah ringkasan pendek sahaja. Pastinya, ramai yang mahu merujuk penduan lengkap seperti buku Panduan Sembahyang Sunat Tarawih dari JAKIM.

Dalam PDF ini, terdapat juga panduan sembahyang Witir.

Anda boleh dapatkan secara percuma di sini.

 

Akhir kalam

Semoga bulan Ramadan ini adalah bulan Ramadhan yang terbaik bagi kita semua.

Teruskan membaca Al-Quran dan tunaikan kewajipan dalam beribadah.

Selesai solat Terawih dan Witir, jangan lupa niat puasa pula untuk esok hari.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment