Cara kemaskini BPN ini hanyalah untuk individu bujang dan berkahwin B40; dan juga individu bujang dan berkahwin M40. Pastikan anda buat semakan BPN terlebih dahulu untuk memastikan permohonan diterima dan berstatus LULUS.
Ini adalah cara kemaskini BPN 1.0 yang lama. Sila baca cara kemaskini BPN 2.0 yang baru.
Langkau artikel ini untuk buat pendaftaran BPN 2.0 dan seterusnya permohonan BPN 2.0 yang baru.
Soalan lazim kemaskini Bantuan Prihatin Nasional
Apa yang anda mahu kemaskini dalam BPN?
Rata-rata, ini adalah antara keluhan yang diluahkan oleh sesiapa yang mempunyai masalah dan tercari-cari cara kemaskini BPN.
Nombor MyKad
- Anda tersilap masukkan Nombor IC sendiri
- Anda cuba mohon untuk orang lain seperti ayah, mak, abang, kakak dan adik beradik lain
- Namun tersilap isi Nombor Kad Pengenalan mereka
Nombor telefon
- Semasa mohon BSH dulu, nombor telefon anda lain
- Kini, nombor telefon anda telah bertukar
Nombor akaun bank
- Semasa mohon BSH dulu, anda guna bank lain dan nombor akaun bank juga lain
- Kini, bank dan nombor akaun anda sudah berubah
- Contohnya dulu guna Maybank, sekarang mahu guna CIMB
- Antara lain, Maybank dulu semasa BSH sudah tidak aktif.
- Dan anda mahu gunakan RHB pula
- Mungkin juga, dulu anda pilih untuk ambil tunai di BSN
- Sekarang, mahu duit BPN masuk ke dalam akaun terus
Status perkahwinan
- Dulu status anda bujang, kini sudah berkahwin
- Dulu berkahwin, kini sudah bercerai
Maklumat anak
- Anda mahu kemaskini maklumat anak kerana sudah bertambah ahli keluarga
- Juga mungkin ada pengurangan ahli keluaraga iaitu anak yang sudah meninggal dunia
Maklumat waris
- Anda mahu kemaskini maklumat waris kerana nama waris yang diletakkan nama semasa permohonan BSH sudah meninggal dunia
- Anda mahu letak nama waris yang lain
Siapa yang TIDAK BOLEH kemaskini #1?
Siapa yang boleh kemaskini dan siapa yang tidak boleh?
Jika anda termasuk dalam kriteria di bawah, anda tidak dibenarkan untuk kemaskini Bantuan Prihatin Nasional:
- Anda golongan B40
- Anda LULUS BPN sebab anda memang penerima BSH sebelum ini
- Ini bermakna anda sebagai individu bujang atau sudah berkahwin, LULUS BPN berdasarkan rekod sebelum BSH ini
- Untuk BPN kali ini, anda tidak perlu buat permohonan
- Automatik LULUS
- Jadi, maklumat diri anda seperti:
- Nama
- Nombor IC
- Maklumat Pasangan
- Maklumat Anak
- Nombor Akaun Bank
TIDAK BOLEH dikemaskini.
Macam mana kalau akaun bank tidak aktif, atau tersalah masuk nombor akaun?
Ini khusus untuk anda yang lulus Bantuan Prihatin Nasional B40 berdasarkan rekod BSH.
Sekiranya pembayaran berstatus gagal kredit iaitu duit tidak dapat dimasukkan ke dalam akaun bank kerana tidak aktif atau nombor akaun tidak wujud akibat tersalah masuk, anda boleh membuat penunaian di mana-mana kaunter BSN setelah Nombor Siri dipaparkan di Portal BPN.
Sila simpan Nombor Siri baik-baik.
Sila hubungi pihak LHDN untuk maklumat lanjut.
Siapa yang TIDAK BOLEH kemaskini #2?
Jika anda termasuk dalam kriteria di bawah, anda tidak dibenarkan untuk kemaskini BPN:
- Anda kategori B40 dan M40
- Anda baru berkahwin pada akhir tahun 2019
- Ataupun baru berkahwin pada awal tahun 2020
- Anda LULUS BPN kategori Bujang
- Namun, pasangan anda berstatus TIADA REKOD atau TIDAK LAYAK
TIDAK BOLEH dikemaskini status perkahwinan dari kategori Bujang ke Berkahwin.
Anda dan pasangan (suami dan isteri) boleh membuat permohonan baru di bawah kategori Bujang. Anda tidak akan dikenakan tindakan undang-undang sekirangya memohona kategori Bujang, walaupun sudah berkahwin.
Siapa yang TIDAK BOLEH kemaskini #3?
Jika anda termasuk dalam kriteria di bawah, anda tidak dibenarkan untuk kemaskini BPN:
- Anda kategori B40 dan M40
- Anda baru sahaja bercerai dengan pasangan
- Anda LULUS BPN kategori Isi Rumah Berkahwin
- Kelulusan yang dipaparkan di portal BPN adalah kekal
- Ini kerana rekod tersebut adalah berdasarkan rekod terkini yang terdapat di dalam pangkalan data BSH dan percukaian LHDN
TIDAK BOLEH dikemaskini status perkahwinan dari Berkahwin ke Bujang.
Anda dan pasangan (suami dan isteri) boleh membuat permohonan baru di bawah kategori Bujang. Anda tidak akan dikenakan tindakan undang-undang sekirangya memohona kategori Bujang, walaupun sudah berkahwin.
Siapa yang BOLEH kemaskini?
Jika anda termasuk dalam kriteria di bawah, and dibenarkan untuk kemaskini BPN:
- Anda golongan M40
- Anda LULUS BPN sebab anda mohon BPN sebab status TIADA REKOD
- Anda bukan penerima BSH sebelum ini
- Anda tidak pernah menerima BSH
- Ini bermakna anda sebagai individu bujang atau sudah berkahwin, LULUS BPN bukan berdasarkan rekod sebelum BSH ini
- Tetapi, anda LULUS BPN berdasarkan rekod percukaian sebab anda pembayar cukai pendapatan
- Jadi, maklumat diri anda BOLEH dikemaskini melalui aplikasi ezHASIL iaitu e-Kemaskini
- Sila rujuk panduan di bawah untuk kemaskini
- Jika masih tidak jelas, sila hubungi pihak LHDN untuk maklumat lanjut.
Macam mana kalau akaun bank tidak aktif, atau tersalah masuk nombor akaun?
Ini khusus untuk anda yang lulus Bantuan Prihatin Nasional M40 berdasarkan rekod percukaian LHDN.
Semua pembayaran akan dilakukan secara pengkreditan ke akaun bank, iaitu bank-in terus ke dalam akaun bank. Tidak ada penunaian di mana-mana kaunter BSN.
Sekiranya pembayaran berstatus gagal kredit iaitu duit tidak dapat dimasukkan ke dalam akaun bank kerana tidak aktif atau nombor akaun tidak wujud akibat tersalah masuk, anda perlu membuat kemaskini maklumat akaun bank melalui aplikasi ezHASiL iaitu e-Kemaskini.
Sila hubungi pihak LHDN untuk maklumat lanjut.
Cara kemaskini BPN
Cara kemaskini BPN Bujang & Berkahwin B40
Cara kemaskini BPN ini adalah untuk individu bujang dan berkahwin yang termasuk dalam golongan B40.
Seperti sedia maklum, jika status semakan anda ialah LULUS:
- Anda juga layak sebagai penerima Bantuan Sara Hidup
- Anda pernah menerima Bantuan Sara Hidup
- Anda tidak perlu buat permohonan baru BPN.
Ikut langkah di bawah untuk buat proses Kemaskini.
- Untuk melihat paparan maklumat yang lebih terperinci, anda perlu Log Masuk BPN
- Sekali lagi, sila layari laman web rasmi untuk semak BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
- Klik Log Masuk pada bahagian Menu
- Masukkan Nombor Mykad anda
- Anda akan dipaparkan dengan paparan Kunci Keselamatan
- Jika paparan ini adalah sama seperti yang didaftarkan dahulu, sila klik Ya
- Jika paparan ini tidak sama dengan apa yang didaftarkan dahulu, klik Tidak
- Ini adalah penting sebagai satu langkah keselamatan agar tidak maklumat anda tidak diceroboh
- Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini
- Klik Log Masuk Bantuan Prihatin Nasional
- Jika semuanya baik, anda akan dapat Log Masuk ke dalam sistem
- Klik butang Papar Borang untuk melihat dan menyemak maklumat terperinci yang telah didaftarkan
- Anda akan dapat lihat:
- Nama
- No MyKad
- Status Permohonan
- Jumlah Keseluruhan BPN
- Maklumat Pendapatan
- Selepas Papar Borang, tekan butang Kemaskini.
- Jika ada maklumat Bantuan Prihatin Nasional yang sudah berubah, kami sarankan anda buat kemaskini.
- Ada maklumat yang tidak dibenarkan untuk dikemaskini seperti maklumat akaun bank dan status perkahwinan.
- Jika masih tidak jelas, sila hubungi Kementerian Kewangan Malaysia dan LHDN.
Cara kemaskini BPN Bujang & Berkahwin M40
Cara kemaskini BPN ini adalah untuk individu bujang dan berkahwin yang termasuk dalam golongan M40.
Seperti sedia maklum, jika status semakan anda ialah TIADA REKOD:
- Anda seorang pembayar cukai pendapatan
- Anda pernah bayar cukai pendapatan pada LHDN
- Anda perlu buat permohonan baru BPN.
Walau bagaimanapun, sebagai seorang pembayar cukai, dalam permohonan baru BPN tidak akan ruangan untuk meletakkan nombor akaun bank bagi menerima bantuan BPN.
Sila ikuti langkah berikut untuk kemaskini BPN:
- Sila layari laman web rasmi ezHASIL LHDN: https://ez.hasil.gov.my
- Di bahagian Log Masuk, masukkan No Rujukan iaitu Nombor Pengenalan diri
- Nombor Pengenalan bukan MyKad sahaja. Ia termasuk juga:
- Nombor Kad Pengenalan Baru
- Nombor Pasport
- Nombor Tentera
- Nombor Polist
- Klik Hantar
- Akan keluar satu paparan Frasa Keselamatan “Frasa Keselamatan di bawah adalah kawalan keselamatan untuk memastikan anda log masuk ke laman ezHASiL yang sebenar. Sila pastikan Frasa Keselamatan yang dipaparkan adalah betul sebelum teruskan. Jika tidak, jangan masukkan kata laluan anda.”
- Pastikan Frasa Keselamatan adalah sama seperti yang didaftarkan sebelum ini.
- Jika sama, masukkan Kata Laluan anda
- Klik Teruskan
- Di bahagian menu atas, klik Profil
- Semak Maklumat Asas anda seperti:
- Nama
- No Rujukan
- No Cukai Pendapatan
- Alamat
- No Telefon
- No Telefon Bimbit
- Alamat Emel
- Tidak perlu buat apa-apa di bahagian Sijil Digital Individu. Pastikan status sijil Sah sahaja.
- Klik e-Kemaskini Profil Diri untuk kemaskini Bantuan Prihatin Nasional
- Akan keluar mesej “Sila tutup fungsi pop-up blocker di pelayar Internet anda”
- Tekan Close
- Matikan fungsi pop-up blocker di pelayar Internet anda seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Safari dan lain-lain. Sila buat carian di Google. Contohnya jika guna Chrome, cari “how to turn of pop-up blocker in Chrome”.
- Anda akan dibawa ke satu paparan yang baru
- Sila kemaskini semua maklumat yang berkaitan seperti:
- Nama
- No Rujukan
- No Cukai Pendapatan
- Alamat
- No Telefon
- No Telefon Bimbit
- Alamat Emel
- Bank
- No Akaun Bank
- Walau bagaimanapun, ada maklumat yang tidak dibenarkan untuk dikemaskini seperti maklumat akaun bank.
- Klik Hantar
- Proses kemaskini BPN anda kini sudah selesai
Pembayaran BPN 2020
Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (Penerima BSH B40 Bujang & Berkahwin)
Berikut ialah kaedah pembayaran BPN bagi golongan B40, iaitu penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelum ini.
- Bayaran BPN terus masuk ke dalam akaun bank
Hanya jika pemohon ada memberikan maklumat nombor akaun bank - Bayaran BPN secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)
Hanya jika status bayaran adalah gagal kredit, iaitu duit tidak dapat dimasukkan ke dalam akaun bank akibat akaun yang tidak aktif, atau nombor akaun yang salah dan tidak wujud - Bayaran BPN secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)
Hanya jika pemohon tidak ada akaun bank langsung
Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (Pembayar Cukai M40 Bujang & Berkahwin)
Berikut ialah kaedah pembayaran BPN bagi golongan M40, iaitu pembayar cukai pendapatan sebelum ini.
- Bayaran BPN terus masuk ke dalam akaun bank individu bujang
Hanya jika pemohon ada kemaskini dan kemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini. Untuk individu bujang sahaja. - Bayaran BPN terus masuk ke dalam akaun bank ketua rumah
Hanya jika pemohon ada kemaskini dan kemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini. Untuk yang sudah berkahwin sahaja. - Bayaran BPN terus masuk ke dalam akaun bank pembayar cukai
Jika pemohon kemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dengan taksiran bersama, bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun bank atas nama pembayar cukai pendapatan yang ditaksir. Untuk yang sudah berkahwin sahaja.
Hubungi Kementerian Kewangan Malaysia
Cara kemaskini Bantuan Prihatin Nasional sudah dikongsikan di atas.
Walau bagaimanapun, jika anda masih khuatir dan perlukan penjelasan lanjut demi maklumat yang lebih sahih, sila hubungi nombor telefon di bawah.
Nombor telefon
- 03-8882 9089
- 03-8882 9087
- 03-8882 9191
- 03-8882 4565
- 03-8882 4566
Waktu operasi Bantuan Prihatin Nasional oleh MOF adalah dari 9 pagi – 5 petang
Ahad – Jumaat
Waktu operasi 24 jam
Telegram
Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Nombor telefon
- 1-800-882-747
- 03-8911 1000
Waktu operasi Bantuan Prihatin Nasional oleh LHDN adalah dari 9 pagi – 5 petang
Ahad – Jumaat
Akhir kalam
Perlu beringat, proses permohonan, semakan dan kemaskini adalah antara pemohon dan juga kerajaan.
Tidak ada orang tengah yang terlibat dalam urusan ini.
Jangan berikan maklumat diri kepada scammer seperti ID Pengguna, Kata Laluan, Nombor Telefon, Nombor MyKad dan lain-lain lagi.
Harap kita semua dapat terus bersabar dalam proses permohonan BPN ini.
Semua perkongsian cara kemaskini BPN ini dapat memudahkan lagi kerja anda.
Jika segala-galanya berjalan lancar, sila semak kelulusan BPN dan rujuk tarikh bayaran BPN yang pertama iaitu dijangka akan dibayar mulai 6 April 2020.
Semoga bermanfaat.
Kemaskini bpn
Macam mana nak kemaskini
Boss nak tanya boss nombor kad pengenalan waris saya salah 1 angka sahaja tapi nama semua betul adakah waris saya boleh menunaikan baucer di bank atau kena kemaskini nombor kad pegenalanya dulu?
Saya cek status tidak layak sebab suami isteri dpt yg heran saya sj yg dpt suami xdk akaun ambk gj pon cash mcm mn saya nk buat rayuan bpn saya cl bpn xagkt buh rm10 abis terus sebab cl byk kali…harap sgt tolg saya fmily da 7 org kj sorg mcm mn nk mkn lg..brg dapur tolg lar
Sy nk kamakini buku akun sy..dh mau akatif akun nya
Macam mana nak kemaskini nombor akaun salah?
Selalu kami ambil dlm voucher…. Kami tak ada akaun bank….. Mcm mn nak kemaskini…..
macam mana nak kemaskini bank akaun???
saya nak tukar bank akaun bsh mcm mana caranya hong leong tukar kepada cimb 7630236786
muhamad haidy bin muhamad idris
Saya Nak tukar account bank
Macam mana nk kemaskini akaun bank.. Nk tukar bank..
sya mau masuk no akaun Hong Leong bank mcm mna tu 31751303059
Assalamualaikum..nak tanya kalu dah lulus macamana tahu masuk akaun sebb tk boleh kemaskini
macam mana nk kemaskini bank
status bpn lulus..tapi tidak boleh kemaskini acc bank….bank yag dulu sudah tidak active..jadi ingin membut petukaran no acc tersebut…
Assalamualaikum. Nak tanya, kalau status terima BPN lulus, tpi nk buat kemas kini akaun bank mcm mana ya?
kena pergi berhubung terus degan pihak bank
Boleh tak kalau saya nak guna akaun bank adik atau abang saya boleh tak
Macam mana nak tukar nombor akaun?
Sekarang saya tak akuan bsn macam mana dapat no Siri saya nak pakai duit lagi tambah 14 hari apa nak buat puan rohani
Status saya lulus tapi saya tak akuan bank macam mana saya dapat nombor Siri
Assalamualaikum..The Rohani..klo nak kemaskini num account bank MCM mana..bab dkt bpn xbley nk kemaskini..ada kaedah lain x..klo tngu pkp lmbt lagi laa nk habis..bab ritu pergi BSN..dia ckp akan byr lepas pkp..tpi skg ni pkp ditambah lagi..ni kira bila pulak boleh dptnya..sllu klo ada masalah MCM ni diorang akan hntr voucher ka..MCM mna..terima kasih
bpn show lulus tapi sampai sekarang i didt receive the money… i got msg that by 6 to 12 april willreceive the money tapi belum
Mcmn ya..sblom ni sya mmng dpt BSH..dn sya ade mohon dn kmaskni jga BPN..sya x psti BSH dn BPN sma..so sya check still xde respon..buntu..mcmn ya..tolong bntu
Mcmn ya..sblom ni sya mmng dpt BSH..sya x kmaskini BSH..tpi sya ade mohon dn kmaskini BPN..sya x tau yng BSH dn BPN ni sma..smpi skrg still x dpt result llus ke x..so mcmn ye..sya nk kna hubungi lhdn ke mcmn..buntu
macam mana nak kemaskini nombor akaun
Macam mana nak kemaskini no akaun bank
Status saya lulus BPN, tapi macam mana saya nak kemaskini bank account? dah tak pakai cimb. sekarang pakai akaun lain. Please advise on this matter immediately
Tiada buton kemaskini..bila sudah papar borang
saya penerima BSH tapi saya dapat bantuan prihatin nasianal rm500 bulan april sahaja kelulusan rm1000.
Sya ada anak tapi status sya single mother..adakah bolh memohon bpn??
Tarikh kemaskini sehingga 30.april.2020…pejabat tutup mna ni
Mcm mana cara kemaskini acc no. Bsh
Mcm mn nk kemaskini
Mcm nak tukar nombor akaun ya?
My BPN password has been blocked ! how to unblock ? because i need to key my bank account,please advise on this matter.TQVM
Attn : My email address : [email protected]
Hai.. Macam mana nak tukar nombor akaun? Status sudah LULUS, tapi GAGAL KREDIT sebab nombor akaun bank tidak matched..
Bulah Akilan Batu bujang
Mcm mne nak tukar acc bank lain ye?acc bank lme dh close.
Sy lulus bpn tp gagal d kreditkn ke akaun
Macam mana nak kemaskini akaun bank..sebab tak aktif akaun yang di gunakan sekarang
macam mana nak tukar nama ya ? nama tertinggal 1 huruf. untuk bujang. saya cuba buat tapi tak boleh.
Saya nak kemaskini akaun bank
Sy nk ty lau xda no baucer xleh nk g bnk bsn ke?? P sy cek dh lulus… Mcmne sy nk taw no baucer sy dh ad ke blum???
Macam mana tukar bank account
Macam mana tukar bank account
macam mana nak tukar account nombor??/
Bayaran bpn utk yg petama d luluskan,yg kedua kali tak di lulukan.yang mengatakan pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi.mahu penjelasan
Mcm mana nak kemaskini BPN selepas 30/4?
Macam mana nak kemaskini status berkahwin ke bercerai bermohonan BSH & BPN? Sbb maklumat BSH & BPN ikut yang terdahulu.
kalau saya tersilap no acc satu no.macam mana ye boleh ke ubah harap dapat tolong saya
Macam mana nak kemaskini akaun bank..sebab tak aktif akaun yang di gunakan sekarang mahu tukar ke acc Hong leong
macam mane nk dapat kn kemaskini tu
Mcm mana nak kemaskini BPN selepas 30/4?
awak boleh ke kemaskini?
boleh ke buat kemaskini akaun bank jika sudah lulus?
duit bantuan bpn dapat dah tapi nak tukar nom akaun bank saya tak reti untuk akan datang nanti senang masuk ke akaun bank yang saya pakai..akaun bank lama saya maybank tak pakai dah sekarang pakai akaun cimb
Macam Mana mau Check account bank Yang salah
Hello..mohon hati yg sudih..mcm mna sy mhu ubah no accaunt sy ..accaunt yg dlu tda aktif sda..jadi mhu tukar no accaunt
Mcm mna tukar acc bank tu
boleh tak tukar account isteri kepada saya.card isteri saya dah rosak
Assalamualaikum…saya mahu kemaskini bpn fasa2.0.
Dah nak hujung bulan ni tak masulklagi…
Saya nk tukar Bank bsn ke cimb blh ke. Sebab ad org ambil duit BPN saya gunah trnsper
Sebelum ini bantuan bpn telah dikeluar melalui akaun bank isreri sy kerana semase itu sy tak mempunyi akaun.setelah sy mendapat pangeluaran i.sinarmengunakn akaun sy sendiri..isteri sy telah mendapat satu masalah peribadi yg sukar untuk menyatakan..kerana terlalu peribadi..sy ingin bantuan 3.0 ini boleh dikeluarkn ke akayn saya uatau saya harus menghantar borang baru?
akaun nombor rhb
11229100360866
tolong app
Saya Sabree bin Zulkifli sebelum ni saya guna no tlfn lain. bantuan bpn saya dapat sekarang ni saya tak dapat daripada kerajaan. akaun bank BSN bagai mana nk ke kemaskini