8 Sebab Kenapa Lelaki Merajuk Dengan Perempuan

Logiklah bila perempuan merajuk dengan lelaki. Kalau lelaki merajuk dengan lelaki, lain bunyinya. Cuma masalahnya, kenapa lelaki merajuk? Atau lebih tepat lagi dalam konteks untuk yang sudah berumahtangga, kenapa suami merajuk dengan isteri? Apakah punca dan sebab yang membuatkan seseorang lelaki itu merajuk? Apakah ada tanda-tanda merajuk yang orang perempuan boleh nampak?

Dalam rumahtangga, seorang isteri akan rasa tak senang duduk bila suami merajuk.

Lelaki merajuk berapa lama?

Orang lelaki, tidak dapat dijangkan berapa lama dia akan terus merajuk. Seorang suami yang terasa hati, akan berdiam diri.

Ada yang cepat move-on dan boleh berbaik-baik semula dalam masa 2-3 hari. Ada lelaki mendiamkan diri, sehingga makan minggu, bulan dan tahun.

Lelaki jarang merajuk

Lelaki sebenarnya jarang kita lihat mereka merajuk tetapi kadangkala lelaki merajuk lebih kuat daripada kaum wanita itu sendiri.

Lelaki pula susah untuk menunjukkan perasaan mereka di depan orang ramai terutamanya ketika mereka berada di hadapan orang tersayang.

Walaupun lelaki jarang tunjuk yang mereka merajuk, tak semestinya mereka tak tahu merajuk. Kata Utusan, muka ganas, tapi mudah terasa.

Kenapa lelaki merajuk?

Berikut kami senaraikan beberapa sebab kenapa lelaki merajuk, yang kadang-kadang orang perempuan susah nak faham.

Lelaki merajuk sebab cemburu

Bukan hanya kaum wanita yang pandai cemburu, malah kaum lelaki juga kadang-kadang merasai perkara yang sama. Sifat cemburu adalah lumrah.

Kadangkala, kaum lelaki merajuk kerana cemburu akan pasangannya yang terlalu rapat dengan lelaki lain daripadanya walaupun hanya sebagai seorang kawan.

Jika ini berlaku, kurangkan pergaulan dengan lelaki lain dan berikan perhatian kepadanya supaya dapat mengubati perasaan cemburu suami atau teman lelaki anda.

Namun begitu, kita sebagai manusia mestilah pandai mengawal perasaan cemburu tersebut supaya tidak menjadi cemburu buta yang dapat merosakkan hubungan kita sendiri.

 

Merajuk sebab kena bebel

Ingat best kena bebel? Tadah telinga sambil buat-buat faham, sedangkan dalam hati langsung tak peduli.

Sekali dua, boleh tahan lagi. Kalau terlalu kerap, lelaki akan rasa rimas bila asyik-asyik kena leter kerana perbuatan yang kecil sahaja. Berpada-padalah jika mahu membebel dan berleter.

Bila lelaki sudah rimas dan penat, dia akan ignore si perempuan.

Makan akan bermulalah episod lelaki merajuk yang tidak dapat dijangka bila akan berkesudahan.

 

Lelaki merajuk sebab sedih & makan hati

Lelaki sukar dan jarang menunjukkan kesedihan yang mereka alami terutamanya kepada pasangan mereka.

Ramai wanita sukar dan gagal untuk memahami situasi sedih yang dialami oleh lelaki sehingga menyebabkan terjadinya pergaduhan dan salah faham antara mereka.

Disebabkan oleh kesedihan tersebut, lelaki mengambil jalan untuk merajuk dengan pasangan mereka.

Banyakkan bertanya perihal lelaki tersebut agar anda dapat mengetahui apa yang difikirkannya dan apa yang sedang menganggu pemikirannya.

Pertanyaan dan sikap ambil tahu ini nampak mudah tapi ianya sangat bermakna bagi kaum lelaki.

 

Lelaki merajuk bila pasangan tak hormat dia

Sekiranya anda berada dalam hubungan perkahwinan atau sekadar pasangan teman wanitanya, hormat adalah perlu bagi meningkatkan keyakinan suami atau teman lelaki anda.

Jika anda tidak menghormatinya, dia akan berasa sedih tidak yakin dengan diri mereka sendiri. Disebabkan oleh itu, mereka akan merajuk dengan tindakan pasangan mereka yang langsung tidak memahami keadaan diri mereka sendiri.

Penghormatan yang diberikan bukanlah berbentuk ekstrem tetapi sekadar menunjukkan bahawa dia yang sedang memimpin anda dan bukan anda yang memimpinnya.

Hormati pendapat dan cadangannya walaupun anda tidak menyukai keputusan yang dibuat oleh suami atau teman lelaki anda.

 

Si perempuan tak hargai dia

Antara sebab lain kerana lelaki merajuk, ia berkaitan dengan ‘appreciation‘.

Penghargaan atas jasa dan pertolongan yang diberikan oleh lelaki kepada anda amatlah penting bagi menghargai setiap tindakan yang dia buat untuk anda.

Kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan kerja-kerja harian kita sehingga terlupa untuk berterima kasih ke atas pengorbanan suami atau teman lelaki kita dalam membantu menguruskan kehidupan seharian kita.

Perkara yang kita lupa lakukan itu menyebabkan dia rasa tidak dihargai dan seterusnya merajuk dengan pasangan mereka. Jadi, hargailah segala bantuan si dia kerana walaupun hanya sekadar mengucap terima kasih atas setiap pertolongannya sudah memadai bagi menjaga hati si dia.

Lagi menarik, beri hadiah yang dia suka, untuk ceriakan dia.

 

Tanda lelaki merajuk, dia akan tunjuk stress

Jangan ingat semua lelaki kuat. Ada kalanya, bila dia stress dengan kerja dan tekanan dari keluarga, akan pecah juga kolam air mata dia.

Bila tidak tahan, dia akan luahkan. Dia perlukan rakan bicara juga.

Bila dia sukarela meluahkan perasaan akibat tekanan, si perempuan kena dengar. Janganlah pula menyampuk sana-sini.

 

Si perempuan tolak ajakan dia

Bagi orang yang sudah kahwin, faham-fahamlah apa ajakan itu. Ini boleh buatkan lelaki merajuk lama.

Potensi untuk dia curang juga ada jika membiarkan suami merajuk dan tidak dapat apa yang dia mahu.

Layanlah dia, walaupun sebentar.

Bagi yang belum berkahwin, si lelaki mungkin merajuk sebab si perempuan tolak ajakan dia keluar untuk temankan dia. Kadang-kadang, dia perlukan teman.

 

Lelaki merajuk sebab mahu perhatian

Kedua-dua lelaki dan perempuan merajuk semestinya kerana perlukan perhatian daripada pasangan mereka masing-masing. Kita kadangkala terlalu sibuk menguruskan kehidupan kita sehingga terlupa untuk meluangkan masa dan menumpukan perhatian kepada orang yang tersayang.

Walaupun lelaki tidak dan jarang menunjukkan dan memberitahu sebab mereka merajuk, ianya penting untuk tahu bahawa hampir kesemua lelaki merajuk kerana kurang perhatian daripada orang yang mereka sayangi.

Perbanyakkan berbual dengan mereka, tanyakan keadaan hari mereka dan tumpukan perhatian kepada setiap jawapan dalam perbicaraan anda. Si dia tidak lagi akan merajuk dengan anda jika anda berbuat demikian.

 

Akhir kalam

Lelaki yang merajuk, tak bermakan dia lelaki ego. Itu adalah sifat semulajadi.

Tanda lelaki merajuk yang dapat dilihat secara luaran, menunjukkan bahawa dia seorang lelaki yang berhati lembut.

Kalau anda sebagai orang perempuan yang asyik marah kenapa lelaki jarang mesej, biarkanlah dia.

Walaupun kaum lelaki jarang menunjukkan perasaan sensitif mereka kepada orang ramai, namun ia tidak bermaksud lelaki tersebut tidak mempunyai perasaan sedih, cemburu dan sebagainya. Silap haribulan, jika berterusan, perempuan akan rasa bosan.

Kadang-kadang perangai merajuk yang dilakukan oleh lelaki tersebut hanyalah sebagai satu cara meminta perhatian daripada orang yang tersayang. Tidak semua lelaki yang pandai meluahkan perasaan dan apa yang mereka rasai kepada orang yang mereka sayang.

Belajar-belajarlah pujuk lelaki. Jangan asyik lelaki sahaja yang kena pujuk perempuan.

Semoga bermanfat.

Leave a Comment