6 Tanda Lelaki Cemburu (Perempuan Sedar Atau Tidak?)

Cemburu itu maknanya dia suka dan dia sayang kita. Tetapi, macam mana kita nak tahu tanda lelaki cemburu? Iyalah, lelaki kan susah sikit nak bagitahu perasaan dia yang sebenar. Kadang-kadang kita pula yang kena faham sendiri.

Jika anda pernah terfikir soalan yang sama. Anda sememangnya seorang perempuan yang sangat mengambil berat dalam hubungan percintaan. Oleh yang demikian, untuk membantu anda mendapatkan jawapan mengenai persoalan di atas.

Kami telah menyediakan beberapa hint melalui artikel ini.

Jemput baca perkongsian kami.

Tanda lelaki cemburu

Berikut merupakan tanda-tanda lelaki cemburu yang akan ditunjukkan tanpa dia sedar yang dia sebenarnya tengah jelous.

1. Lelaki cemburu kalau dia tidak bagi kita keluar dengan lelaki lain

Mana ada lelaki yang tidak cemburu kalau dia tahu perempuan yang dia suka nak keluar dengan lelaki lain. Kalau dia dapat tahu, mesti dia akan bagi macam-macam alasan untuk halang kita dari keluar dengan lelaki itu.

Nanti mulalah dia cakap kononnya dia nak bincang itu inilah dengan kita, dia nak orang teman dia makan lah apalah. Semuanya semata-mata sebab dia tidak bagi kita luangkan masa dengan lelaki lain selain dia seorang sahaja.

Padahal, masa tidak ada lelaki lain yang ajak kita keluar makan ke apa. Tidak ada pula dia kisah kita ini nak buat apa-apa. Dia cuma pantang kalau ada lelaki lain yang cuba nak dekat dengan kita. Masa itulah baru dia jadi licik.

 

2. Lelaki cemburu kalau dia tiba-tiba bad mood tidak tentu pasal

Tanda lelaki cemburu kalau pagi tadi kita tengok dia ceria sahaja. Tiba-tiba, bila dah masuk tengah hari muka dia masam mencuka dan marah tidak tentu pasal. Hal kecil pun dia besar-besarkan. Dah macam orang kena rasuk hantu pula.

Rupa-rupanya dia nampak ada lelaki lain yang cuba nak pikat kita. Dia jadi bertambah sakit hati apabila dapat tahu lelaki itu selalu bagi macam-macam hadiah pada kita padahal kita tidak minta pun semua itu.

 

3. Tanda lelaki cemburu selalu nak kita bagi perhatian lebih pada dia

Ada lelaki yang bila dia cemburu, dia perlukan hampir semua perhatian kita tertumpu pada dia seorang. Dia nak kita lebih ambil berat tentang dia berbanding lelaki lain. Dari situasi inilah dia akan sentiasa contact kita tidak kira masa.

Tambahan lagi, dia tak nak langsung bagi peluang pada lelaki lain untuk cuba rapat dengan kita bila dia selalu ada dengan kita walalupun melalui telefon sahaja. Dia akan kerap chat atau call kita untuk pastikan kita sentiasa peka dengan kewujudan dia.

 

4. Dia akan pura-pura tidak dengar kalau kita tengah bercerita tentang lelaki lain

Lelaki ini kalau tanda dia cemburu, dia mudah sangat rasa tergugat dengan diri dia sendiri. Itu yang bila kita cerita tentang lelaki lain depan dia, automatik dia akan buat-buat tidak dengar dan tidak hairan pun tentang si lelaki yang kita cerita itu.

Padahal dalam hati dia itu meluap-luap rasa cemburu.

Lagi bertambah teruk cemburu dia kalau kita puji pula lelaki itu. Mulalah dia macam cacing kepanasan sebab dia sakit hati dengar kita puji lelaki lain.

 

5. Dia tidak suka kita pakai sesuatu yang boleh tarik perhatian lelaki lain

Perempuan kan memang suka untuk selalu nampak cantik depan lelaki yang dia suka. Tetapi, bila lelaki itu suka dekat kita, dia tidak suka kita pakai sesuatu yang boleh tarik perhatian lelaki lain. Bagi dia, lebih baik kita ini pakai yang biasa-biasa sahaja.

Pendek kata macam tidak bergaya sangat lah. Kalau boleh makeup pun tidak payah pakai.

Ini semua gara-gara cemburu dan risau ada lelaki yang jatuh hati pada kita. Ditambah pula kalau kita ini perempuan yang memang pandai bergaya dan natural beauty. Tidak payah beria-beria pun masih nampak cantik, kalau all out lagilah cantik.

Lelaki manalah yang tidak cemburu kalau macam itu kan.

 

6. Lelaki cemburu akan tiba-tiba menjauhkan diri

Salah satu tanda lelaki cemburu adalah apabila dia tiba-tiba menjauhkan diri dari kita. Dia lebih kurang macam merajuk lah tetapi still nak cover macho. Jadi, dia hanya mengelakkan diri daripada selalu terserempak dengan kita.

Kalau kita tanya dia apa-apa atau ajak dia keluar makan ke. Dia akan jawab acuh tidak acuh dan layan kita macam nak tak nak sahaja macam kita tidak wujud. Dia seboleh-bolehnya akan cuba elak daripada bercakap dengan kita atau pandang mata kita.

Bila kita ada dekat dengan dia pun dia akan jarakkan diri dia dari kita seolah-olah kita ini dia tidak kenal langsung.

Sesungguhnya, ketahuilah bahawa lelaki cemburu lagi teruk daripada perempuan.

 

Akhir kalam

Kesimpulannya, seronok sebenarnya ada lelaki yang cemburu dengan kita. Bila dia cemburu, itulah tanda lelaki ikhlas mencintai dan tanda lelaki sayang kita dalam diam tanpa dia perlu zahirkan melalui kata-kata.

Tetapi, kalau dapat pasangan yang langsung tidak cemburu pun bahaya juga. Manalah tahu dia memang tidak sayang kita. Namun, jangan pula dapat yang cemburu buta. Bimbang nanti semua benda jadi isu untuk bergaduh.

Diharapkan perkongsian kami mengenai tanda lelaki cemburu ini dapat membuatkan anda lebih faham dengan perangai lelaki yang sebenarnya. Biasalah lelaki ini, di hati dia lain. Di mulut dia cakap lain pula nanti.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment