1GOVUC Email Login (Cara Log Masuk Webmail Kerajaan)


Kalau anda seorang kakitangan kerajaan, anda perlu Log Masuk untuk menggunakan email 1GOVUC. Tapi kalau dah lama sangat tak masuk, mungkin terlupa. Jadi, izinkan kami kongsi cara login email 1GOVUC untuk panduan kita bersama.

Untuk dapatkan alamat email, guru-guru perlu didaftarkan oleh admin 1GOVUC sekolah terlebih dulu.

#1 Cara login email 1GOVUC sekolah (direct link)

Berikut ialah cara untuk login email 1GOVUC menggunakan komputer. Untuk iPhone atau Android, ada cara yang lain.

  1. Layari laman web rasmi MyGovUC Komunikasi Bersepadu di sini: https://webmail.1govuc.gov.my
  2. Ini adalah direct link untuk terus masuk
  3. Di bahagian Domain\user name, masukkan email anda
    • Pastikan mengikut format yang betul
    • Kalau nama anda yang didaftarkan ialah Kassim Selamat, maka username anda ialah kassim.selamat
    • Di hadapannya perlu letak 1GOVUC\kassim.selamat.edu
  4. Di bahagian Password, masukkan kata laluan anda
  5. Tekan butang Sign In
  6. Jika masih lagi mempunyai masalah untuk login, sila hubungi admin sekolah atau jabatan

 

#2 Log masuk melalui SSO portal

  1. Layari laman web masi MyGovUC di sini: https://www.1govuc.gov.my
  2. Pergi ke bahagian bawah sekali
  3. Klik Outlook Web App (OWA)
  4. Di SSO porta ini, anda tidak perlu letakkan Domain\user name
  5. Hanya perlu terus masukkan username
  6. Masukkan password
  7. Tekan butang Login
  8. Selepas Login, anda akan melihat paparan berikut:
    • User Self Service (MyGovUC User Self Service Portal)
    • OWA (MyGovUC Microsoft Outlook Web Access)
    • BMT (MyGovUC Big Mail Transfer)
    • TeMS (Training Event Management System)
  9. Klik OWA untuk melihat inbox email
  10. Untuk Log Out, pergi ke avatar sebelah atas kanan dan tekan Log Out
  11. Anda akan terkeluar dari sistem
  12. Sila Log Masuk semula untuk membaca email

 

Akhir kalam

Sebagai seorang guru atau kakitangan kerajaan, terkadang kita lebih selesa menggunakan email sendiri. Namun, ada baiknya gunakan email 1GOVUC ini untuk urusan-urusan rasmi. Setidak-tidaknya, urusan peribadi dan kerja seperti login SAPS tidak bercampur.

Apa-pun, diharapkan agar perkongsian cara login email 1GOVUC  ini dapat memudahkan urusan untuk log masuk e-mel anda.

Semoga bermanfaat.

 

2 thoughts on “1GOVUC Email Login (Cara Log Masuk Webmail Kerajaan)”

Leave a Comment