Shopee Rider (Daftar & Mohon Jawatan Kosong Shopee Express Rider)


Shopee menyediakan perkhidmatan logistik bersepadu yang dinamakan sebagai Shopee Express. Shopee Express bertanggungjawab menghantar barangan yang anda beli di Shopee terus ke rumah anda. Perkhidmatan Shopee Express merupakan salah satu servis penghantaran yang disediakan Shopee, seiring dengan servis lain seperti PosLaju dan J&T Express. Jadi, bagi yang mencari kerja kosong sebagai delivery barang seperti Lalamove dan bukannya makanan, boleh cuba baca cara daftar Shopee Express rider secara part time mahupun full time.

Kerja rider untuk makanan seperti Grab Food, Foodpanda, Pop Meals (dahulu dikenali dengan Dah Makan) dan lain-lain, sudah ada terlalu ramai yang buat. Ini adalah satu alternatif.

Izinkan kami berkongsi.

1. Syarat kelayakan Shopee Express rider

Tahukah anda, anda juga boleh membina kerjaya bersama syarikat yang menyediakan perkhidmatan online shopping ini. Kerjaya yang menyeronokkan, mencabar dan memberi pengalaman kepada anda. Anda boleh mendaftar untuk menjadi rider untuk syarikat-syarikat ini.

Tugas rider secara umumnya adalah melakukan penghantaran barang/servis kepada pelanggan dengan menaiki motorsikal.

Untuk mendaftar menjadi rider kepada Shopee Express, beberapa kriteria perlu dipenuhi:

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia
  • Jantina lelaki diberi kelebihan
  • Fasih dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
  • Mempunyai motorsikal sendiri
  • Mempunyai lesen kenderaan yang sah, insurans kenderaan
  • Mempunyai telefon pintar (sertakan dengan power bank)
  • Mempunyai pengalaman kerja minimum kurang daripada setahun
  • Terbuka bermula daripada peringkat lepasan SPM.
  • Bersikap positif dan ada friendly attitude
  • Minimum gaji adalah RM2000 sebulan dan boleh mencecah sehingga RM4000 sebulan
  • Manfaat lain : Gaji pokok + EPF dan SOCSO + Insurans + Komisen

 

2. Cara daftar Shopee Express rider

Untuk mendaftar/memohon sebagai rider Shopee Express, sila ikuti langkah-langkah seperti di bawah:

  1. Layari laman web Shopee yang khas untuk hiring di sii: http://careers.shopee.com.my.
  2. Pada laman seterusnya, tekan butang Search Job.
  3. Kemudian, pada ruang Enter keywords, masukkan Shopee Express.
  4. Untuk search result, sekiranya ada peluang kerja yang tertera berkaitan dengan rider untuk Shopee Express, tekan jawatan tersebut.
  5. Anda akan dibawa ke laman yang seterusnya yang memaparkan perincian maklumat tentang kerjaya ini seperti Job Description dan juga Requirements.
  6. Setelah membaca dan memahami segala perincian yang terkandung di laman, tekan butang Apply Now.
  7. Laman seterusnya ialah laman untuk Application Form.
  8. Pada ruang Title, masukkan gelaran untuk anda sama ada Mr, Mrs. , Ms atau Others.
  9. Pada First Name, masukkan nama anda.
  10. Pada Last Name (Surname), masukkan nama keluarga anda. (First Name dan Last Name ini adalah untuk anda yang bukan beragama Islam. Bagi anda yang beragama Islam, anda boleh gunakan gabungan nama anda dan nama bapa anda untuk First Name dan Last Name.
  11. Misalnya, Adibah Johari. Adibah untuk nama anda, manakala Johari untuk nama bapa anda)
  12. Pada ruang My Location, masukkan lokasi anda berada, iaitu tempat tinggal anda, ataupun tempat anda menetap sekarang dan boleh menjalankan servis Shopee Express.
  13. Pada ruangan Highest Education, masukkan pencapaian akademik tertinggi anda.
  14. Pada ruangan LinkedIn Profile URL, masukkan URL profil LinkedIn anda yang boleh didapati di LinkedIn.
  15. Pada ruangan Email, masukkan alamat emel anda.
  16. Pada ruangan Contact Number, masukkan nombor telefon anda.
  17. Pada ruangan Comments, masukkan sebarang komen anda tentang permohonan anda. Anda boleh ceritakan sedikit tentang diri anda, serta sebab anda ingin memohon kerjaya sebagai rider Shopee Express.
  18. Tekan butang Upload untuk memasukkan resume anda dalam application form
  19. Tekan butang Submit.

 

3. Kerja Shopee part time atau full time?

Ramai orang ingat kerja Shopee rider hanya secara separuh masa sahaja. Sebenarnya, kerja full time untuk delivery pun ada juga.

Ia dipanggil Shopee Express – Last Mile Delivery.

Jika berminat, boleh rujuk di sini: https://careers.shopee.com.my/job-detail/3995

 

Akhir kalam

Pada pendapat kami, rider adalah satu pekerjaan yang mungkin agak memenatkan. Walau bagaimanapun, ia menyeronokkan dan secara tidak langsung dapat pendapatan sementara menunggu pekerjaan sepenuh masa yang lebih baik.

Buat lepasan universiti yang ingin cuba nasib sebagai rider, cubalah daftar jadi Shopee Express rider.

Namun, andai kata anda tak larat untuk berhujan berpanas, boleh cuba menjadi penjual di Shopee dengan menjadi Shopee Seller. Tak perlu bayar apa-apa, percuma sahaja.

Semoga bermanfaat.

144 thoughts on “Shopee Rider (Daftar & Mohon Jawatan Kosong Shopee Express Rider)”

  1. hai.. ada jawatan kosong lagi ke di area ipoh?
    kami boley sediakan 2 kenderaan ( kereta )
    Jika perlukan van…kami boleh dapatkan 1 biji van untuk hantar barang
    sangat2 berminat

    hubungi saya di whatsapp…
    011-24284756 ( Ms Shereena)

  2. saya ingin menjadi driver shopee as a part time. dalam sebulan saya cuti 4 kali tapi hari tak tetap , boleh apply ke kalau macam tu ?

  3. Assalamualaikum ade kosong lagi tak area pasir Mas Kelantan… kalau ade..wsp Saya tau,,,0189035276

  4. Hi
    Adakah kerja kekosongan delivery barang di penang…I ada kereta innova.

    Kalau ada cal saya …0126833141

  5. Hi shopee,. I live in SABAH at Kota Kinabalu City. Would like to ask if part time job as delivery available in my place, i have motorcycle & car. Await your responce.. Thank you

  6. hai ada kosong lagi tak untuk menjadi ridel shoopee express area kota bharu , kalau ada boleh call 0198306447

  7. Hello ada kosong lagi tah untuk rider shoppe express di negari pahang mentakab, ada kosong tah bro,sis

  8. Hello ada kosong lagi ke untuk rider shoppe express di rawang
    Boleh call 0173130803

  9. Saya ada lori 1 ton bonded 10ft ada peluang kerja dengan shopee tak..area negeri sembilan 01111946379

  10. Saya Roslee Adakah kerja kekosongan delivery barang Area Ipoh, Klebang, Chemor…saya ada kereta

    Kalau ada call saya …01114479876

  11. Berminat ingin menjadi rider atau driver shoppe part time, sabtu dan ahad…. Untuk menjana pendapatan keluarga…. Boleh berkerje pagi dan malam, hujan dan panas…..

  12. Hai..saya zailani ada lagi tak driver shoppe part time saya ada kereta.kalau ada boleh emel sy ya.

  13. Hai..saya zailani ada lagi tak driver shoppe part time saya ada kereta.kalau ada boleh emel sy ya.saya tinggal di ipoh

  14. Assalammualaikum
    Saya ada kereta sendiri
    Macamana nak apply shoppe express fulltime dan partime
    Saya kawasan Subang Jaya, Puchong, USJ dan sekitar Dang Wangi KL.
    Tolong hubungi saya 0137765900 boleh kerja bila2 masa.

Leave a Comment