Kalau anda tengok slip gaji dan duit gaji setiap bulan yang dikreditkan ke akaun anda, pasti akan ada pemotongan yang dilakukan untuk caruman KWSP. Tapi macam mana anda nak pastikan duit yang dipotong itu benar dicarumkan ke akaun anda atau tidak? Adakah 13% carumah oleh pihak majikan juga diterima oleh anda setiap bulan? Di sini kami ingin kongsikan cara semak baki KWSP secara online yang sangat mudah, check di rumah atau di mana-mana sahaja pun boleh.
Izinkan kami berkongsi
1. Semak baki KWSP online di kwsp.gov.my
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau lebih dikenali sebagai KWSP merupakan wang persaraan anda yang boleh dikeluarkan apabila mencecah tempoh matang. Semakan ini terdahulunya perlu dilakukan di cawangan KWSP terdekat anda. Akan tetapi, pada zaman dunia di hujung jari ini semakan juga boleh dibuat secara online. Anda perlu daftar akaun i-Akaun untuk semak baki KWSP secara online, berikut adalah cara untuk mendaftar.
a. Dapatkan maklumat login sementara
- Pergi ke mana-mana kiosk atau kaunter KWSP berhampiran.
- Daftarkan nombor telefon anda untuk kod pengesahan TAC.
- Setelah itu, anda akan menerima ID dan kata laluan sementara melalui SMS.
- Layari laman web KWSP untuk login dan semak baki KWSP anda.
- Di halaman utama, pilih butang Login.
- Klik pada pilihan i-Akaun (Member).
- Seterusnya, masukkan ID sementara yang diberikan dan tekan Next.
- Masukkan kata laluan sementara yang diterima dan tekan Login.
- Baca terma dan syarat yang dinyatakan.
- Tick pada kotak persetujuan syaratan dan terma dan tekan Next.
- Seterusnya anda perlu mencipta ID dan kata laluan yang baharu.
- Pilih imej keselamatan dan frasa keselamatan bagi tujuan sekuriti.
- Kemudian, klik Next.
- Tahniah, akaun i-Akaun anda telah pun berjaya didaftarkan.
- Selesai
b. Semak baki KWSP di aplikasi i-Akaun
- Muat turun dan dapatkan aplikasi i-Akaun di telefon pintar anda.
- Pilih pada pautan iOS atau Android.
- Buka aplikasi i-Akaun di telefon pintar anda.
- Login akaun i-Akaun anda.
- Jumlah baki KWSP anda akan tertera di halaman utama.
- Tekan pada View Transaction History untuk semak transaksi caruman ke akaun anda.
- Klik pada Caruman – IWS untuk mendapatkan detail transaksi.
- Selesai
2. Selain semakan baki KWSP, apa lagi servis i-Akaun?
Sekiranya anda rasa seperti tak perlu untuk mendaftar i-Akaun, kami mohon untuk anda pertimbangkan semula. Banyak kelebihan yang ditawarkan oleh i-Akaun selain daripada semak baki KWSP. Antara kemudahan yang lain:
- Memohon e-Pengeluaran.
- Menyemak Penyata KWSP untuk tahun terkini dan tahun sebelumnya.
- Menyemak status permohonan pengeluaran
- Menyemak sejarah pengeluaran.
- Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan.
- Mengemaskini profil seperti pertukaran alamat surat-menyurat.
- Menyemak transaksi caruman KWSP terkini.
- Menyemak log aktiviti akaun KWSP.
3. Maklumat lanjut KWSP
Sekiranya proses pendaftaran dan semakan anda tidak berjaya, pihak KWSP sedia membantu. Anda boleh menghubungi pihak KWSP dengan bercakap dengan khidmat pelanggan KWSP di talian 03 – 8922 6000.
Waktu beroperasi bagi puhak khidmat pelanggan KWSP adalah
- Isnin – Jumaat (Kecuali cuti umum): 8AM – 5PM
Akhir kalam
Kami berharap agar perkongsian cara semak baki KWSP secara online ini dapat membanu anda dalam menguruskan dan menyemak transaksi caruman KWSP anda.
Semoga bermanfaat.
Pemohon
991027128013
Tolong semak baki acc
0182108290
841214385003
Tolong semakan 820824016050
Tolong semakan 810906125489
Tolong semakan
850201145152
Balance I punye kwsp berapa..
Tolong semak balance dalam akaun kwsp saya tq…
Penyata kwsp terkini Dan sejarah tarikh bayaran I citra 2021
Tolg smeak bki kwsp no
Akn 950202025193
cake bakí kwsp saya. ñó. ahli<<<<(71128322)
ÑÓ. TEL,,BARÚ. 0165157110