Punca Eyebag (Dan Cara Menghilangkan Eyebag Dengan Cepat)

Anda sampai ke sini sebab mencari cara hilangkan eyebag kerana mata sudah macam panda? Izinkan kami berkongsi serba sedikit tentang eye bag ini dulu, lebih-lebih lagi tentang punca eyebag dan cara menghilangkan eyebag dengan cepat.

Punca eyebag

‘Eye bag’, atau turut dikenali sebagai kantung mata, merupakan masalah mata mengalami sembap, bengkak ringan atau bengkak pada bahagian bawah mata dan perkara ini adalah satu isu biasa apabila anda semakin meningkat usia.

Ia terjadi apabila usia anda semakin meningkat, struktur tisu dan otot yang menyokong kelopak mata akan menjadi lemah.

Kulit cenderung untuk menjadi kendur dan lemak di sekitar mata akan bergerak ke bahagian bawah mata. Selain itu, ruang bawah mata juga boleh mengumpulkan cecair, menjadikan ia tampak bengkak.

Apakah punca eyebag terjadi? Antara beberapa faktor yang boleh menjadi punca kepada masalah ‘eye bag’ ini adalah seperti:

Punca eyebag ialah tidak cukup tidur

Apabila tidak mendapat tidur atau rehat yang mencukupi, mata seseorang wanita itu boleh ada eyebag. Sudah tentu jika tidak mendapat tidur yang cukup, ia akan mengganggu keadaan mata.

Punca eyebag ialah alahan (allergic)

Menurut MayoClinic, seseorang itu memang boleh kena eyebag jika ada alahan. Walau bagaimanapun, eyebag di bawah mata adalah satu kebimbangan kosmetik dan tidak memerlukan rawatan khusus. Rawatan di rumah dan tukar sahaja gaya hidup boleh membantu mengurangkan atau menghapuskan mata bengkak.

Lain-lain punca ialah:

  • Merokok
  • Faktor genetik atau keturunan
  • Pengekalan cecair, terutama apabila bangun atau menikmati makanan masin

Terdapat kemungkinan selain mengalami ‘eyebag’, anda juga akan cenderung untuk mengalami lingkaran gelap bawah mata.

Ia tidak mendatangkan bahaya, cuma mungkin akan menyebabkan anda kelihatan lebih tua berbanding usia sebenar anda.

Tetapi jika bengkak pada kawasan mata menimbulkan kesakitan, rasa gatal, kemerahan atau tidak hilang dalam masa beberapa hari, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.

 

Cara menghilangkan eyebag bawah mata

Kewujudan ‘eye bag’ ini bukanlah satu masalah yang perlu dibimbangkan, namun secara tidak langsung menyebabkan kecacatan pada penampilan anda. Malah mungkin akan mengakibatkan anda kurang berkeyakinan untuk berhadapan dengan individu di sekeliling anda.

Oleh kerana itu, terdapat petua yang boleh anda lakukan bagi mengatasi masalah ‘eye bag’ ini. Antaranya seperti:

 

Pemampat sejuk

Tolak ke tepi sebarang krim. Anda hanya perlu menggunakan sudu teh atau timun yang disejuk, kain lap bersih yang dibasahkan dengan air sejuk atau mungkin satu beg sayuran sejuk beku.

Apa yang perlu anda lakukan hanya menekan secara perlahan pada bahagian bawah mata anda untuk beberapa minit. Jika perlu, anda boleh melapik mata anda menggunakan kain bagi mengelakkan kejutan akibat suhu yang sejuk.

 

Uncang teh

Mesti anda pernah dengar cara menghilangkan eyebag dengan uncang teh bukan? Ini solusi paling popular.

Selalunya selepas membancuh air teh menggunakan uncang teh, pastinya anda terus membuangnya ke dalam tong sampah bukan? Nanti dulu, uncang teh juga berguna untuk merawat masalah ‘eye bag’.
Ini kerana kafein yang terdapat dalam teh mengandungi antioksidan yang tinggi dan dapat meningkatkan aliran darah ke kulit.

Malahan ia dikatakan dapat melindungi sinaran UV dan berpotensi memperlahankan proses penuaan. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan menyejukkan uncang teh yang telah digunakan dalam peti sejuk selama 20 minit.

Kemudian, picitkan uncang tersebut untuk mengeluarkan cecair yang masih berada di dalam uncang dan sapukan pada bahagian bawah mata. Letakkan uncang pada bahagian mata selama 15 hingga 30 minit.

 

Mencuci solekan

Tidak dinafikan pulang dari kerja, keletihan dan rasa lesu akan mencengkam diri. Namun jika anda memakai solekan, pastikan anda menanggalkannya terlebih dahulu sebelum tidur, atau lebih tepat membasuh muka setiap malam sebelum tidur.

Ini kerana jika anda terus tidur bersama solekan di wajah, anda mungkin akan mengalami kerengsaan, berdepan reaksi alahan dan cenderung untuk mengalami kemerahan, bengkak dan simptom lain.

Malah ia juga meningkatkan risiko untuk mengalami kedutan dan kerosakan pada kulit wajah kerana terdedah kepada radikal bebas.

 

Tinggikan bantal

Cara ini boleh membantu untuk mencegah cecair daripada terkumpul pada bahagian mata semasa anda tidur. Anda boleh melakukannya dengan menggunakan tambahan bantal pada kepala.

Namun pastikan ia tidak terlampau tinggi sehingga menyebabkan anda sukar untuk tidur dan mungkin mengalami ketegangan pada bahagian leher.

 

Tidur mencukupi

Anatara lain, punca eyebag ialah apabila seseorang itu tidak mendapat tidur yang cukup.

Menariknya, petua ini tidak memerlukan sebarang objek atau barangan tambahan, tetapi ia sukar untuk dilakukan berikutan kesibukan tugasan harian. Inilah antara cara menghilangkan eyebag yang paling berkesan sekali.

Anda hanya perlu memastikan anda mendapat rehat dan tidur yang mencukupi setiap hari. Sekurang-kurangnya 8 hingga 9 jam sehari adalah tempoh yang terbaik bagi seorang individu dewasa.

Jika anda berdepan dengan masalah sukar untuk tidur, anda boleh mencuba kaedah seperti mengelakkan minuman dan makanan yang mengandungi kafein dalam tempoh 6 hingga 12 jam sebelum waktu tidur, cuba menghindari penggunaan telefon bimbit, sebarang alatan elektronik seperti televisyen sejam sebelum waktu tidur dan cuba untuk tidur pada waktu yang sama pada setiap malam.

 

Elakkan alahan (allergic)

Pastinya anda sedia maklum apa yang boleh menyebabkan wujudnya simptom alahan kepada diri anda.
Jadi sebaiknya elakkan produk atau barangan seperti pewarna rambut, sabun atau produk kosmetik yang boleh menimbulkan alahan kepada anda.

 

Kuning telur, madu dan lemon

Mungkin petua ini sedikit renyah untuk dilakukan. Namun, jika ia menjanjikan hasil yang baik, tidak salah untuk mencuba, bukan?

Apa yang perlu anda lakukan adalah campurkan sebiji kuning telur, sesudu teh madu serta sedikit perahan lemon dan gaulkan sebati. Sapukan pada bahagian mata yang sembap dan biarkan semalaman. Cuci selepas bangun dari tidur.

 

Kentang

Ia mempunyai enzim yang dapat membantu mencerahkan kulit. Untuk menggunakannya bagi merawat masalah ‘eye bag’ anda, anda perlu mencuci kentang sehingga bersih dan menghirisnya kepada beberapa keping mengikut keperluan. Tekapkannya pada mata anda untuk tempoh 10 hingga 20 minit.

 

Produk hilangkan eyebag yang terbaik

Sekarang, anda sudah tahu punca eyebag.

Apa kata kita lihat apakah antara produk yang boleh membantu menghilangkan eyebag.

Jika anda menginginkan jalan penyelesaian cepat bagi masalah ‘eye bag’ anda, berikut adalah beberapa produk yang boleh anda cuba pada harga yang mampu dimiliki.

 

L’Oreal Dermo Expertise Revitalift Laser X3 Eye Cream

Krim mata ini dapat membantu untuk memulihkan kulit pada sekitar mata kerana mengandungi kolagen dan ia turut menjadikan kulit berasa dingin selepas memakainya.
Ia boleh dibeli pada harga sekitar RM 75 dan boleh didapati di semua ‘drugstore’ seperti Watsons dan Guardian.

 

Sulwhasoo Essential Rejuvenating Eye Cream

Dikatakan sebagai krim terbaik yang dapat mengurangkan sembap dan kedutan serta menjadikan kulit lebih lembut dan membantu mencerahkan bahagian bawah mata.
Ia diperbuat daripada herba Korea seperti ginseng merah (red ginseng).Boleh didapati di Hermo Malayia dan dibeli pada harga sekitar RM 33.

 

Nano White Eye Brightener

Mengandungi herba organik yang dapat meningkatkan keanjalan pada bahagian mata dan membantu mengurangkan bengkak yang disebabkan tidak cukup tidur.

Boleh dibeli pada harga sekitar RM 23 dan terdapat di semua ‘drugstore’.

 

Simple Regeneration Age Resisting Eye Cream

Dijual pada sekitar harga RM 29 dan boleh didapati di semua ‘drugstore’, krim ini tidak mengandung sebarang pewarna atau pewangi tambahan. Ia dapat memperbaiki dan melindungi kulit sekitar mata.
Krim ini juga membantu melembapkan dan melembut tona kulit serta merawat tanda penuaan pramatang.

 

Akhir kalam

Apa-apa pun, walaupun memang sedang mencari cara hilangkan eyebag, janganlah terlalu obses untuk cantik. Walaupun ada eyebag, muka macam panda, anda tetap comel.

Mengetahui punca eyebag hanya satu perkara. Cara menghilangkan eyebag pula satu perkara yang lain.

Maka, dapatkanlah tips penjagaan muka yang betul, jika betul-betul mahu jaga penampilan.

Jika ada masalah paha besar macam drumstick, jemput baca cara kecilkan peha.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Punca Eyebag (Dan Cara Menghilangkan Eyebag Dengan Cepat)”

Leave a Comment