redONE eWallet: Selfcare Login Online, Control Panel Agen


Jika anda pengguna talian telekomunikasi redONE, mungkin ada di antara anda pernah mendengar mengenai redONE eWallet. Tetapi bagi yang baru pertama kali mendengar tentangnya, adakah anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan redONE eWallet? Jika ya, terus membaca perkongsian artikel ini.

Harap maklum, redONE eWallet ini bukanlah antara eTunai Rakyat yang baru-baru diumumkan oleh kerajaan. Penyedia eWallet seperti TnG eWallet, Boost dan Grabpay tidak ada kena mengena.

Apa itu redONE?

redONE merupakan salah satu syarikat telekomunikasi di Malaysia. Ia merupakan satu talian telekomunikasi yang memberi peluang kepada individu yang disenarai hitam untuk membuka pelan pascabayar (postpaid).

Pakej prepaid dan postpaid

Seperti talian telekomunikasi lain, redONE turut menawarkan pelbagai tawaran pakej talian pascabayar dan prepaid bagi menarik minat pengguna.

Tetapi terdapat satu kelainan yang ditawarkan oleh redONE ini, di mana syarikat ini menawarkan peluang perniagaan dengan menjadi Penasihat Jualan redONE. Tetapi apa yang bagusnya tentang itu?

Menjadi Penasihat Jualan redONE memberikan anda peluang mendapat pelbagai kelebihan. Antara kelebihan yang ditawarkan adalah mengenai redONE eWallet. Kiranya jadi macam agenlah tugas anda apabila menjadi Penasihat Jualan.

Kelebihan menjadi agen redONE eWallet

Apabila anda sudah bergelar Penasihat Jualan redONE atau lebih glamor kalau disebut redONE Sales Advisor dikatakan terdapat beberapa komisen tetap dan kelebihan yang akan anda perolehi, antara:

 

Komisen 6%, penggunaan tiap bulan downline

Setelah berdaftar sebagai agen redONE, anda harus mencari prospek untuk berdaftar di bawah anda. Dari situlah anda menjana keuntungan.

Di mana setiap bulan anda akan mendapat komisen sehingga enam peratus untuk setiap penggunaan pelanggan di bawah anda, berdasarkan pelan yang diambil.

 

Komisen RM10, rekrut pengguna baru

Manakala sebagai Penasihat Jualan, setiap talian yang berjaya anda daftarkan, anda akan memperolehi komisen sebagai RM10.

Maksudnya di sini, jika anda berjaya menarik minat seramai sepuluh individu untuk berdaftar sebagai pengguna talian telekomunisi redONE, maka anda akan mendapat komisen berjumlah RM100, banyak bukan?

Semakin anda rajin mencari prospek, maka semakin tinggilah nilai komisen yang bakal anda perolehi.

 

Tambahan komisen 2%, guna redONE eWallet

Inilah redONE eWallet yang dimaksudkan. Dikatakan anda akan menerima tambahan dua peratus bagi setiap penggunaan pembayaran bil menggunakan eWallet anda.

Maksudnya di sini, jika menggunakan eWallet untuk membuat pembayaran bil talian telekomunikasi redONE mereka, akan akan mendapat dua peratus daripada hasil pembayaran. Ini tidak sama dengan komisen penggunaan tiap bulan.  Jadi tolong bayarkan bil pelanggan juga dapat komisen.

Sebagai Penasihat Jualan, anda mempunyai kelebihan untuk membuat pembayaran bil pascabayar redONE dan juga bil-bil utiliti lain. Menariknya setiap transaksi anda akan mendapat komisen. Bagaimana caranya?

Kami tidak pasti tentang keburukan menjadi redONE agen. Itu anda kena Google sendiri.

 

Cara check dan bayar bil redONE

redONE one login

Terdapat dua cara atau saluran untuk membolehkan anda mengakses kepada sistem pembayaran bil.

 

redONE Selfcare login, guna mobile app

Sebelum anda boleh mengikuti cara penggunaan yang bakal dikongsikan, terdapat satu perkara yang anda perlu tahu. Hanya individu yang berdaftar sebagai rakan kongsi; melalui redONE Partner App atau menjadi Penasihat Jualan redONE sahaja boleh menggunakan aplikasi ini.

Jadi jangan lupa mendaftar dengan agen sah berhampiran anda terlebih dahulu.

Selepas memuat turun aplikasi tersebut, pada bahagian ‘username’ dan ‘password’ anda perlu memasukkan ID anda dan kata laluan seperti mana anda login ke dalam sistem pendaftaran (ONE  login / mreg). Selepas anda berjaya untuk login masuk ke dalam aplikasi tersebut, pastikan anda menyemak nama dan butiran peribadi anda sebagai agen redONE.

Pada ‘sub-menu’ akan terdapat beberapa pilihan yang boleh anda lihat, seperti:

 

  • Pay Bill – Untuk pembayaran bil redONE pascabayar
  • Prepaid Reload – Menambah nilai terus kepada nombor prabayar
  • Pin Purchase Record – Rekod belian pin atau kod tambah nilai prabayar
  • Credit Transfer – Jual beli kredit eWallet antara agen
  • Transfer to Finance – Segala transaksi khas dengan redONE
  • Pay Utility Bill – Bayaran bil-bil utiliti semasa seperti ™ Unifi, Syabas dan sebagainya.
  • Top up eWallet – Tambah nilai kredit eWallet atas talian daripada akaun bank
  • Receipts – Resit bayaran
  • Customer Care – Kemudahan untuk bermesej atau live chat dengan pusat khidmat pelanggan redONE

 

redONE Control Panel login, melalui laman web

Kalau melalui laman web rasmi redONE, seperti yang dinyatakan di atas, anda boleh login dan terus memilih eWallet. Anda juga boleh menyelesaikan pelbagai transaksi atau pembayaran sama seperti penggunaan aplikasi redONE Partner App.

Dikatakan melalui laman web ini, aksesnya adalah lebih luar berbanding penggunaan aplikasi. Di mana agen boleh menyemak segalanya termasuk seperti penyata pembayaran komisen yang dikreditkan pada setiap kali transaksi dilakukan. Fungsinya dikatakan mudah dan senang untuk dilakukan oleh sesiapa.

 

Akhir kalam

redONE eWallet

Rasanya dari segi fungsi, semua talian telekomunikasi adalah sama, masalah yang dihadapi juga sama;laju atau tidak liputan dan ada liputan pada kawasan tertentu ataupun tidak.

Tetapi redONE eWallet pastinya satu fungsi yang berbeza berbanding talian telekomunikasi lain. Jika anda rajin untuk mencari ahli, kenapa tidak mencuba, bukan? Boleh juga tambah duit poket.

Semoga bermanfaat.


1 thought on “redONE eWallet: Selfcare Login Online, Control Panel Agen”

  1. Assalamualaikum saya nak tanya Bagaimana dengan komisen ada kah dibayar secara terus selepas kita daftarkan orang atau pun akan masuk secara bulanan

    Reply

Leave a Comment