Bagi mana-mana syarikat yang termasuk dalam sektor tambahan yang dibenarkan beroperasi, sila baca cara permohonan untuk syarikat meneruskan operasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) ini.
Jika sudah daftar sebelum ini, boleh terus login MITI.
Kandungan
Cara buat permohonan untuk syarikat meneruskan operasi
Berikut ialah cara buat permohonan syarikat untuk meneruskan operasi bagi yang layak sahaja. Kami sarankan anda buat pendaftaran terlebih dahulu.
Untuk memudahkan lagi proses pendaftaran dan permohonan, boleh rujuk video rasmi dari MITI seperti di bawah:
Daftar permohonan untuk beroperasi CIMS 3.0 untuk PKP 2.0
Untuk makluman, jika anda pernah mendaftar semasa PKP 1.0 tempohari menggunakan CIMS 2.0, anda boleh terus masukkan Email dan Kata Laluan untuk login.
Jika ingin mendaftar baru, sila ikuti panduan di bawah:
- Layari laman web https://www.miti.gov.my
- Atau boleh juga terus klik ke https://notification.miti.gov.my/login
- Jika anda masuk dari laman web utama MITI tadi, klik CIMS 3.0
- Akan ada paparan berikut:
- PERMOHONAN UNTUK SYARIKAT MENERUSKAN OPERASI SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
- APPLICATION FOR COMPANIES TO CONTINUE OPERATION DURING THE MOVEMENT CONTROL ORDER (MCO)
- Jika belum mendaftar permohonan syarikat untuk meneruskan operasi, klik Daftar terlebih dahulu
- Sila download, baca dan fahamkan SOP dan Protokol bagi kelulusan beroperasi semasa PKP yang berkaitan dengan syarikat anda iaitu:
- SOP dan Protokol yang Am
- SOP dan Protokol bagi Perkhidmatan Sains
- SOP dan Protokol bagi Perkhidmatan Sosial Kesihatan
- SOP dan Protokol bagi Sektor Pembuatan
- Tick “Saya telah membaca dan bersetuju dengan SOP yang disebutkan di sebelah. Saya mengesahkan bahawa saya akan memenuhi kesemua SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri”
- Isikan Nama Penuh
- Isikan Email
- Isikan Nombor Kad Pengenalan Baru atau Nombor Passport
- Masukkan Kata Laluan
- Masukkan Kata Laluan sekali lagi
- Pilih salah satu sahaja:
- No Lesen Pengilang
- No Pendaftaran SSM
- No Ahli Badan Profesional / Pesuruhjaya Sukan / ROY / ROS
- Tekan Daftar
- Andai semuanya berjalan lancar, anda akan di bawa ke Dashboard CIMS 3.0 ini
- Untuk maklumat yang lebih jelas, sila rujuk video YouTube di atas tadi
Log masuk untuk hantar permohonan untuk beroperasi
- Layari semula laman web https://www.miti.gov.my
- Atau boleh juga terus klik ke https://application.miti.gov.my/login
- Kini anda berada di bahagian Log Masuk Pemohon
- Kami andaikan anda sudah mendaftar untuk Log Masuk. Jika belum, ikuti cara daftar seperti di atas.
- Masukkan Emel
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Log Masuk
- Akan ada paparan untuk buat permohonan.
Senarai industri yang perlu buat permohonan syarikat untuk meneruskan operasi
Berikut ialah senarai perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi
Harus diingatkan, sebelum anda buat permohonan syarikat untuk meneruskan operasi, sila buat semakan samada anda berada dalam industri yang dibenarkan untuk beroperasi.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengumumkan beberapa industri atau sektor tambahan yang dibenarkan untuk beroperasi secara berperingkat semasa tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0).
Senarai sektor yang dibenarkan dan diluluskan adalah seperti di bawah:
A. Pengilangan dan Pembuatan
Aeroangkasa termasuk MRO;
Pengilangan dan Perkhidmatan Lepas Jualan Automotif;
Makanan, minuman dan rantaiannya;
Pembungkusan dan percetakan;
Produk barangan rumah, barang penjagaan diri (FMCG – sabun, pembersih diri dan lain-lain) dan bahan pencuci termasuk rantaiannya;
Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet;
Peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan peralatan keselamatan kebakaran;
Komponen untuk alat perubatan;
Elektrikal dan elektronik;
Minyak dan gas (Oil and Gas);
Petrokimia dan produk petrokimia;
Produk kimia;
Mesin dan peralatan;
Seramik (seramik sebagai acuan bagi pembuatan sarung tangan);
Besi dan keluli;
Tekstil (yang melibatkan pengeluaran PPE);
Sektor perabot; dan
Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir.
B. Pembinaan
i. Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kritikal;
ii. Kerja-kerja pembinaan infrastruktur awam yang utama; dan
iii. Kerja-kerja pembinaan bangunan yang menyediakan penginapan pekerja yang
lengkap di tapak bina atau pekerja yang ditempatkan di Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ).
C. Perkhidmatan
Perkhidmatan Kewangan dan rantaiannya:
i. Institusi Kewangan (Perbankan, Insurans, Takaful dan entiti-entiti lain yang dilesen, diilulus atau didaftar oleh Bank Negara Malaysia); dan
ii. Entiti-entiti pasaran modal yang dilesen, didaftar atau dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
21. Perkhidmatan perbandaran dan kerajaan tempatan:
i. Pajak gadai/kredit komuniti (syarikat peminjam wang berlesen);
ii. Pengurusan sisa pepejal/ pembetungan;
iii. Pembersihan awam; dan
iv. Pembersihan premis dan sanitasi.
Infrastuktur telekomunikasi dan digital termasuk perkhidmatan ICT dan perkhidmatan perniagaan global (GBS);
E-Dagang dan rantaiannya termasuk perkhidmatan e-marketplace, pembayaran digital dan pusat internet e-dagang setempat;
Hotel dan penginapan;
Sektor pertanian, perikanan dan penternakan termasuk perkhidmatan veterinar:
i. Pengurusan ladang/ sarang burung walit/ kuda/ loji pemprosesan haiwan/ rumah sembelihan/ ternakan/ kilang makanan haiwan ternakan/pembekal spt vaksin/pengurusan ternakan/kedai haiwan kesayangan (operasi pemindahan ternakan adalah pada waktu malam);
ii. Kawalan penyakit dan dikawalselia pengeluaran ternakan hidup, input ternakan dan produk berkaitan industri ternakan (termasuk eksport dan import); dan
iii. Pengurusan kesihatan, diagnosa penyakit dan rawatan haiwan.
Utiliti (air dan tenaga);
Perkhidmatan professional (termasuk akauntan/ peguam/ auditor/ jurutera/ arkitek), saintifik (termasuk R&D) dan teknikal (termasuk penyenggaraan);
Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (Security Services);
Keselamatan dan Pertahanan;
Pengangkutan melalui darat, air dan udara;
Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan dan pemindahan kargo, pemaliman, penyimpanan atau pemukalan komoditi.
D. Perdagangan Pengedaran
Penggudangan dan Logistik;
Perkhidmatan/ Penjualan/ Penghantaran Makanan dan Minuman; dan 34. Peruncitan/ Pengedaran/ Pemborongan.
E. Perladangan dan Komoditi
Pertanian, perikanan dan penternakan serta rantaiannya; dan
Perladangan dan komoditi serta rantaiannya.
F. Lain – Lain
Apa-apa perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Kesihatan selepas berunding dengan pihak berkuasa yang mengawal selia perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan itu.
Akhir kalam
Oleh kerana terlalu banyak syarikat yang memohon untuk beroperasi, sistem MITI menjadi sangat perlahan. Ada kalanya, tidak dapat diakses.
Jika anda mengalami masalah seperti yang dinyatakan di atas, sila berehat seketika dan cuba lagi pada waktu bukan puncak seperti tengah malam.
Sementara itu, sebagai majikan anda juga boleh mohon Program Subsidi Upah dari PERKESO. Sekurang-kurangnya, boleh kurangkan beban kita sebagai peniaga.
Semoga bermanfaat.
Salam, Ada satu tertinggal di situ. Masa daftar MITI ada minta nombor pengilang. Kami kontraktor pembinaan. So nak bagi nombor apa ye?
hi, good evening,
for Permohonan untuk syarikat meneruskan operasi sepanjang PKP, after I clicked the button , it has no acknowledgement, may I know how sure it has been uploaded / submitted? Or, is there any website for checking? Kindly please advise. Thanks
salam,
kenapa yer setiap kali selepas sy isi cims 2.0 dan akan click daftar dia akan terus nyatakan masa saya sudah taman kembali ke laman utama…
Bolehkah saya meneruskan pembimaan rumah kampung yg sudah 50 peratus yg terbengkala sejak pkp ni
Adakah saya kena buat permohonan beroperasi dgn MITI? Perkerja x ramai cuma 3 orang saja
saya masukkan semua data semalam, tapi sampai hari data tu tidak disimpan dan hilang.. kita memcuba beberapa kali pon masih tidak disimpan. minta respon daripada mana-mana pihak berkaitan
“Maaf, sesi anda telah luput. Sila cuba sekali lagi.
Kembali ke laman Utama”
lepas daftar …ini saja keluar
bila klik daftar terus naik ‘maaf, sesi anda telah luput. Sila cuba sekali lagi.’
Syarikat kami adalah syarikat perkhidmatan Kawalan Keselamatan. Perlukah saya daftar syarikat kami di miti. Bolehkah beri pendapat tuan, adakah perlu saya daftar syarikat kami.
Kenapa Saya masukkan di bahagian nombor SSM seperti JM0814697P keluar popup Isi maklumat yang betul dalam kotak ini. Adakah Syarikat kami tidak layak memohon.
keyin di kotak no ssm lama…huruf P tu ltak dalam kotak kedua
hi, saya cuba sudah, tapi tak boleh juga, pun keluar Isi maklumat yang betul dalam kotak ini
same here…ape kene tah…..dah mcm2 style dah dok try nk key on No.SSM lama tu
Saya key in nombor ssm nain indikator isi maklumat yang betul
Bagaimana nak isi AS0223549-T, SSM baru dan lama tak boleh
SAYA BUAT PUN TAK BOLEH..MCMNER EK
Sama Dengan saya, Dah 2 hari buat.. Masih tergendala di bahagian No SSM..?
sama juga… tak bole nak save pun, stuck kat SSM, u dah dapat solution?
sama juga. stuck kat situ. da dapat solution ke?
Salam sejahtera.
Tuan,
Bagaimana saya boleh tahu status permohonan saya ?
Tq
Sudah tahu caranya kah tuan…. saya cuba berkali kali masih gagal
I have keyed in the new SSM no. & also the old SSM no. correctly,
but the CIMS system keep prompting error in the old ssm no.
unable to submit!! What do I do now?
Any MITI hotline no to call untuk bantuan!!
we have submitted the application . after submitted the replied berjaya but i have problem 3 area we can not attached as below :
1. Kewajaran Pernohonan
2. Rantaiaian Bekalan
we cant find this fielf to fill in
Can we update this and how to re update this information
thank you
we have submitted the application . after submitted the replied berjaya but i have problem 3 area we can not attached as below :
1. Kewajaran Pernohonan
2. Rantaian Bekalan
we cant find this fielf to fill in
Can we update this and how to re update this information
thank you
tak boleh daftar asyik keluar password format salah.. padahal dah masuk kan huruf nombor dan simbol.. mcm mn tu..??
samalah kita .. macam mna nak buat erk ?
Saya wakil syarikat, telah berjaya mendaftar. Masalahnya sekarang apabila saya hendak menyemak status permohonan saya…saya sudah key email add….key kata laluan yg saya gunakan sebelum ini tetapi apabila saya klik ‘log masuk’ akan keluar ‘tidak sepadan’…macam mana ni encik, tolonglah saya.
haa sama macam saya berkali cuba berhari dah cuba
Hi..
bila saya klik daftar, kenapa asyik terus naik perkataan
‘maaf, sesi anda telah luput. Sila cuba sekali lagi.’
boleh minta tolong tak??
Jika permohonan gagal atas kerana tersalah isi jadual pekerja, masih boleh mohon ke?
Salam..
Nak tanya …kenapa selepas upload workers name list akan keluar masalah seperti yang dibawah ini
Pendaftaran permohonan tidak berjaya.
Maklumat JADUAL PECAHAN PEKERJA SEMASA adalah maklumat wajib
Minta pendapat…Terima kasih.
apabila simpan & terus tertera paparan :
Pendaftaran permohonan tidak berjaya
. Maklumat JADUAL PECAHAN PEKERJA adalah maklumat wajib.
terima kasih
Nak tanya …kenapa selepas upload workers name list akan keluar masalah seperti yang dibawah ini
Pendaftaran permohonan tidak berjaya.
Maklumat JADUAL PECAHAN PEKERJA SEMASA adalah maklumat wajib
Minta pendapat…Terima kasih.
Hi, sampai name list, sudah download tetapi tak boleh fill up workers name
Saya juga menghadapi masalah yg sama
Saya juga menghadapi masalah yg sama tidak boleh key-in senarai nama pekerja.
macam mane saya nk semak status permohanan?
Saya juga ada masalah key in No SSM lama juga keluar key in format requested. Selepas semua siap, tekan save dan teruskah?
Jgn msukkan JM kat box register tu…
kenapa bila login utk masuk dalam CIMS guna username email kita n password tidak boleh open sedangkan semuanya betul..apabila kita pergi kepada lupa kedua duanya dia minta email kita tapi bila dah masukkan..email kita pulak tiada dalam sistem.
mohon pencerahan.
terima kasih
SAMA ..dah berhari cuba tetap jadi macam tu jugak
SAMA LAA.pelik.
Bagaimana cara untuk menyemak jika sesebuah syarikat itu telah mendapat kelulusan untuk operasi semasa pkp? Ini adalah kerana majikan mengarah pekerja datang ke pejabat tetapi syarikat bukan bidang ‘essentials’
Hi
My name is Gloria from N2 Success and the registration no is O-00024611 and I would like to know the status of the application
apakah format untuk No.pendaftaran SSM baru?
Saya key in SA0414131-X tapi asyik keluar guna format yang betul.. pls help..
Jgn msukkan SA…
Tuan, bagaimana saya nak semak sama ada permohonan untuk kilang saya beroperasi diluluskan atau tidak. Saya dah daftar sejak 13hb April tetapi belum menerima apa2 jawapan lagi.
Dokumen sedang dijana dan akan di muat turun secara automatik.
Saya cuba download attachment lepastu keluar ayat yang berikut:
Dokumen sedang dijana dan akan di muat turun secara automatik.
Saya juga tak boleh nak isi senarai nama pekerja
Mcm mna nk apply miti?
Documen ap jer yg di perlulan?
Surat akur janji to pihat syarikat ke yg kena buat?
tuan/puan, ( Rujukan no permohonan : 0-00053780 )
Permohonan saya telah ditolak atas alasan iaitu maklumat pekerja tidak lengkap padahal saya telah mengikut arahan muat turunkan format excel yang dinyatakan untuk melengkapkan butiran pekerja-pekerja yang berjumlah 50 orang adalah seperti berikut :-
1) Nama Penuh
2) Warganegara
3) No IC/Passpot
Saya telah gagal menghubungi pihak tuan melalui talian telefon. Di sini ,saya berharap pihak tuan dapat membalas email / menelefon saya secepat mungkin untuk saya membuat rayuan permohonan lagi.
Sekian, terima kasih.
Salam sejahtera ,
Yap
012-5201860
Tuan,
Syarikat kami adala sub-contractor di dalam projek pembinaan, permohonan saya telah ditolak dengan nota:” maklumat projek tidak ada. Sila pastikan maklumat projek diisytihar”. saya telah mengisi ruangan:
i. Alamat beroperasi
ii) No. lesen PBT
iii) Nama PBT
Maklumat apakah yg perlu saya kemukakan di dalam rayuan permohonan di ruangan ‘justifikasi rayuan’. serta dokumen sokongan attachment.
terima kasih
KENAPA NO REGISTER LAMA DAH ISI DI PETAK YG BETUL,TAPI MASIH SALAH
Telah berjaya pendaftaran.
Kenapa bila login utk masuk dalam CIMS guna alamat emel & kata laluan tidak boleh – “Emel dan kata laluan tidak sepadan”.
Pergi kepada lupa kata laluan – “Sistem tiada rekod pengguna yang memiliki e-mail diberi”.
Apa langkah boleh dibuat sekarang.
same problem here.hmm
Kedai Saya adalah membuat dan menjual kek dan roti.Perlukah saya buat permohonan beroperasi dengan MITI ?
Kenapa Saya masukkan no ssm syarikat kami seperti 023092 – U keluar pop up isi maklumat yang betul dalam kotak ini. Tak faham lah!
saya dah isi borang permohonan dan hantar..PERMOHONAN ANDA TELAH DI TERIMA..saya nak tanya,selepas permohonan saya di terima,apakah langkah seterusnya? permohonan lulus hantar melalui email ke?
Selepas 5 hari log in semula we web CIMS MITI tu, nanti akan dipaparkan kat bahagian permohonan.
Syarikat saya adalah sebuah kilang memproduk barangan dapur dan restoran, adakah syarikat boleh mohon kerja masa PKP?
saya dah daftar tapi macamana nak teruskan yg lain..
tak pandai laaa complicated sangat..
Salam,
borang x fowrd minta isikan no, ssm dengan betul.
bagaimana cara nak isi no. ssm ? pening
Salam..macamana nak semak kelulusan operasi kerja masa PKP ni.. Tolong ya
hmm kenapa ya. dah download dah senarai pekerja mengikut format yang diberikan dan sudah isi. tp bila daftar , akan keluar format file tidak mengikut format yang diberikan.. padahal dah ikut. tak lepas dekat worker list je ni.
saya dah banyak kali download senarai nama pekerja ikut format yang diberikan, tapi tetap juga bagitahu format tidak betul. Boleh selesai masalah ini?
SSM kena isi no ssm yg baru. 12 digit. ex : 199301012235 ( no depan sekali tahun perniagaan diperbadankan)
Saya dah penat muat naik files pekerja. asik2 cakap format tak betul bla bla..lepas tu bile senarai pekerja je yang tak complete yg lain pun tak boleh save. dah seminggu duk belek nui je sampai sakit kepale saya. tolong la. call tak dapat2.
boleh ajar macam mana buat ? saya pn hadapi masalah yg sama
saya dah daftar pada PKP pertama bulan mei, kini bila hendak log in tak dapat ascess dan sentiasa keluar ayat ini Whoops, looks like something went wrong. minta bantu sebab saya masih pakai yang lama dan kini dah sampai ipoh sbb esok kena pi sg petani lawatan tapak dan lusa ke pengkalan hulu juga lawatan tapak untuk mula projek fasa dua, minta bantu please
Permohonan saya telah diluluskan tapi tiada surat dari MITI. Adakah saya kena tunggu beberapa hari?
kedai perabot perlu ke apply miti?
saya tidak dapat buka akaun saya.
dia tulis..anda telah mencuba banyak kali..sila cuba lepas 15minit..tapi bila try lagi dia tunjuk sama je
untuk senarai pekerja ,adakah had(limit) untuk meletakkan senarai pekerja?
bagaimana hendak membuat penyemakan surat pengesahan pendaftaran syarikat di sistem mit – covid 19
Kebenaran Beroperasi digantung bagi subsektor ekonomi Premis Perumahan dan Operasi…
kena tunggu ke macam mana ya?
Info : bagi yang susah create password macam saya juga. Guna 8 item sahaja ye. Tak boleh lebih, tak boleh kurang.
Contoh : baby123!
(4huruf 3no 1aksara)
Semoga dapat membantu 🤗