Bagi mana-mana syarikat yang termasuk dalam sektor tambahan yang dibenarkan beroperasi, sila baca berkenaan MITI login; dan juga cara daftar dan buat permohonan untuk syarikat meneruskan operasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) ini.
Kandungan
MITI login (CIMS 3.0)
Adakah anda sudah daftar CIMS 2.0 sebelum ini semasa PKP 1.0? Jika sudah, ini satu berita baik.
Mana-mana syarikat yang telah berdaftar dengan pangkalan data MITI iaitu COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) melalui pautan rasmi MITI sebelum ini, tidak perlu membuat pendaftaran semula untuk beroperasi dalam tempoh PKP 2.0.
Berikut ialah cara untuk login dan download surat notifikasi pengesahan pendaftaran:
- Layari laman web rasmi MITI di sini: https://notification.miti.gov.my
- Kini anda berada di bahagian Log Masuk Pemohon CIMS 3.0
- Pastikan ini adalah CIMS 3.0 dan bukan CIMS 2.0
- Kami andaikan anda sudah mendaftar untuk Log Masuk. Jika belum, ikuti cara daftar seperti di atas.
- Masukkan Emel
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Log Masuk
- Jika semuanya berjalan lancar, anda akan masuk ke dalam Dashboard CIMS 3.0an pendaftaran yang boleh dimuat turun mulai 12 Januari 2021 bermula jam 3.00 petang.
Cara daftar CIMS 3.0 2021 (sebelum login MITI)
Berikut ialah cara buat permohonan syarikat untuk meneruskan operasi bagi mana-mana syarikat layak sahaja. Kami sarankan anda buat pendaftaran terlebih dahulu.
Untuk memudahkan lagi proses pendaftaran dan permohonan CIMS 3.0, boleh rujuk video rasmi dari MITI seperti di bawah:
Daftar dan mohon CIMS 3.0 untuk PKP 2.0
Ini adalah ringkasan dari video di atas.
Seperti dimaklumkan sebelum ini, jika anda pernah mendaftar semasa PKP 1.0 tempohari menggunakan CIMS 2.0, anda boleh terus masukkan Email dan Kata Laluan untuk login.
Walau bagaimanapun, jika ingin mendaftar baru, sila ikuti panduan di bawah:
- Layari laman web rasmi MITI di sini https://notification.miti.gov.my
- Jika anda masuk dari laman web utama MITI tadi, klik CIMS 3.0
- Akan ada paparan berikut:
- PERMOHONAN UNTUK SYARIKAT MENERUSKAN OPERASI SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
- APPLICATION FOR COMPANIES TO CONTINUE OPERATION DURING THE MOVEMENT CONTROL ORDER (MCO)
- Jika belum mendaftar permohonan syarikat untuk meneruskan operasi, klik Daftar terlebih dahulu
- Sila download, baca dan fahamkan SOP dan Protokol bagi kelulusan beroperasi semasa PKP yang berkaitan dengan syarikat anda iaitu:
- SOP dan Protokol yang Am
- SOP dan Protokol bagi Perkhidmatan Sains
- SOP dan Protokol bagi Perkhidmatan Sosial Kesihatan
- SOP dan Protokol bagi Sektor Pembuatan
- Tick “Saya telah membaca dan bersetuju dengan SOP yang disebutkan di sebelah. Saya mengesahkan bahawa saya akan memenuhi kesemua SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri”
- Isikan Nama Penuh
- Isikan Email
- Isikan Nombor Kad Pengenalan Baru atau Nombor Passport
- Masukkan Kata Laluan
- Masukkan Kata Laluan sekali lagi
- Pilih dan isikan maklumat salah satu sahaja:
- No Lesen Pengilang
- No Pendaftaran SSM
- No Ahli Badan Profesional / Pesuruhjaya Sukan / ROY / ROS
- Tekan Daftar
- Andai semuanya berjalan lancar, anda akan di bawa ke Dashboard CIMS 3.0 ini
- Untuk maklumat yang lebih jelas, sila rujuk video YouTube di atas tadi
Senarai perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi
Berikut ialah senarai industri yang perlu buat permohonan syarikat untuk meneruskan operasi.
Sebelum anda buat permohonan syarikat untuk meneruskan operasi, sila buat semakan samada anda berada dalam industri yang dibenarkan untuk beroperasi.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengumumkan beberapa industri atau sektor tambahan yang dibenarkan untuk beroperasi secara berperingkat semasa tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0).
Senarai sektor yang diluluskan adalah seperti di bawah:
A. Pengilangan dan Pembuatan
Aeroangkasa termasuk MRO;
Pengilangan dan Perkhidmatan Lepas Jualan Automotif;
Makanan, minuman dan rantaiannya;
Pembungkusan dan percetakan;
Produk barangan rumah, barang penjagaan diri (FMCG – sabun, pembersih diri dan lain-lain) dan bahan pencuci termasuk rantaiannya;
Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet;
Peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan peralatan keselamatan kebakaran;
Komponen untuk alat perubatan;
Elektrikal dan elektronik;
Minyak dan gas (Oil and Gas);
Petrokimia dan produk petrokimia;
Produk kimia;
Mesin dan peralatan;
Seramik (seramik sebagai acuan bagi pembuatan sarung tangan);
Besi dan keluli;
Tekstil (yang melibatkan pengeluaran PPE);
Sektor perabot; dan
Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir.
B. Pembinaan
i. Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kritikal;
ii. Kerja-kerja pembinaan infrastruktur awam yang utama; dan
iii. Kerja-kerja pembinaan bangunan yang menyediakan penginapan pekerja yang
lengkap di tapak bina atau pekerja yang ditempatkan di Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ).
C. Perkhidmatan
Perkhidmatan Kewangan dan rantaiannya:
i. Institusi Kewangan (Perbankan, Insurans, Takaful dan entiti-entiti lain yang dilesen, diilulus atau didaftar oleh Bank Negara Malaysia); dan
ii. Entiti-entiti pasaran modal yang dilesen, didaftar atau dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
21. Perkhidmatan perbandaran dan kerajaan tempatan:
i. Pajak gadai/kredit komuniti (syarikat peminjam wang berlesen);
ii. Pengurusan sisa pepejal/ pembetungan;
iii. Pembersihan awam; dan
iv. Pembersihan premis dan sanitasi.
Infrastuktur telekomunikasi dan digital termasuk perkhidmatan ICT dan perkhidmatan perniagaan global (GBS);
E-Dagang dan rantaiannya termasuk perkhidmatan e-marketplace, pembayaran digital dan pusat internet e-dagang setempat;
Hotel dan penginapan;
Sektor pertanian, perikanan dan penternakan termasuk perkhidmatan veterinar:
i. Pengurusan ladang/ sarang burung walit/ kuda/ loji pemprosesan haiwan/ rumah sembelihan/ ternakan/ kilang makanan haiwan ternakan/pembekal spt vaksin/pengurusan ternakan/kedai haiwan kesayangan (operasi pemindahan ternakan adalah pada waktu malam);
ii. Kawalan penyakit dan dikawalselia pengeluaran ternakan hidup, input ternakan dan produk berkaitan industri ternakan (termasuk eksport dan import); dan
iii. Pengurusan kesihatan, diagnosa penyakit dan rawatan haiwan.
Utiliti (air dan tenaga);
Perkhidmatan professional (termasuk akauntan/ peguam/ auditor/ jurutera/ arkitek), saintifik (termasuk R&D) dan teknikal (termasuk penyenggaraan);
Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (Security Services);
Keselamatan dan Pertahanan;
Pengangkutan melalui darat, air dan udara;
Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan dan pemindahan kargo, pemaliman, penyimpanan atau pemukalan komoditi.
D. Perdagangan Pengedaran
Penggudangan dan Logistik;
Perkhidmatan/ Penjualan/ Penghantaran Makanan dan Minuman; dan 34. Peruncitan/ Pengedaran/ Pemborongan.
E. Perladangan dan Komoditi
Pertanian, perikanan dan penternakan serta rantaiannya; dan
Perladangan dan komoditi serta rantaiannya.
F. Lain – Lain
Apa-apa perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Kesihatan selepas berunding dengan pihak berkuasa yang mengawal selia perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan itu.
Akhir kalam
Oleh kerana terlalu banyak syarikat yang memohon untuk beroperasi, sistem MITI menjadi sangat perlahan. Ada kalanya, tidak dapat diakses.
Jika anda mengalami masalah seperti yang dinyatakan di atas, sila berehat seketika dan cuba lagi pada waktu bukan puncak seperti tengah malam.
Diharapkan agar perkongsian berkenaan MITI login ini akan memudahkan lagi urusan perniagaan anda.
Mana-mana kontraktor CIDB, pastikan anda selesaikan urusan daftar CIDB CIMS secepat mungkin. Dalam masa yang sama, sila semak jika perlu renew lesen CIDB.
Semoga bermanfaat.
Saya penetap di kawasan PKP (Kuala Kumpur) dan berkerja di syarikat perkapalan di kawasan PKPB (Port Dickson) Perlu ke syarikat mendapatkan surat MITI untuk membolehkan saya merentas negeri atau hanya dengan surat majikan sahaja.Terima kasih.