Bagi mana-mana syarikat yang termasuk dalam sektor tambahan yang dibenarkan beroperasi, sila baca cara permohonan untuk syarikat meneruskan operasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) ini. Baca betul-betul cara mohon surat MITI melalui CIMS 3.0 bagi mengelakkan ditahan pihak berkuasa untuk rentas negeri dan daerah.
Jika sudah daftar sebelum ini, boleh terus login MITI melalui CIMS 3.0 di https://notification.miti.gov.my/login dan print surat kebenaran MITI untuk rentas negeri dan daerah.
RINGKASAN
- Semua surat MITI terbatal kecuali yang baru dikeluarkan pada 1 Jun 2021 sahaja
- Surat lama hanya boleh digunakan sehingga 3 Jun 2021 sahaja
- Permohonan baru CIMS MITI di sini: https://notification.miti.gov.my/register
- Baca betul-betul cara daftar CIMS MITI
- Anda mungkin akan lihat paparan ralat berikut:
- Ralat 500 “CIMS 3.0 sedang menerima aliran trafik yang tinggi pada waktu ini. Kerjasama dan kesabaran dari pihak anda amatlah dihargai”. Ini bermakna line jammed.
- Error 503 Backed fetch failed. Guru Meditation: XID: XXXXXXX Varnish cache server. Ini juga mungkin sebab terlalu ramai yang cuba masuk ke dalam sistem CIMS MITI 3.0
- Apa perlu buat? Tunggu sahaja dan cuba lagi
- Selepas daftar dan mohon, status akan tukar kepada Baharu
- Tunggu sehingga status bertukar kepada Lulus
- Jika Lulus, sila print surat kebenaran MITI
- Sila ambil maklum, permohonan untuk beroperasi di CIMS 3.0 bagi PKP bertarikh 1 – 14 Jun 2021 TERHAD bagi Sektor Perkilangan sahaja.
- Permohonan bagi sektor-sektor lain boleh dirujuk kepada Kementerian-kementerian yang mengawal selia sektor tersebut.
- Join group Telegram #kitajagabisneskita di sini: https://t.me/joinchat/yXOt6nGwDn9hNGQ9
- Join channel Telegram Peniaga Kecil Terjejas semasa PKP 3.0 di sini: https://t.me/joinchat/VjFXrTdSlT1kY2Jl
1. Sebelum daftar permohonan untuk meneruskan operasi, semak senarai essential services ini
Dalam tempoh Total Lockdown ini, ekonomi ‘essential’ yang dibenarkan untuk beroperasi dari 1 Jun – 14 Jun 2021 ialah:
-
- Makanan dan minuman termasuk haiwan / binatang peliharaan
- Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar
- Air
- Tenaga
- Keselamatan (security and safety), pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusiaan
- Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awa, termasuk pembentungan
- Pengangkutan melalui darat, air atau udara
- Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargao dan pemaliman, dan penyimpanan atau pemukalan komoditi
- Komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan Internet, pos dan kurier serta penyiaran (bagi tujuan penyampaian maklumat, berita dan seumpamanya sahaja)
- Perbankan, insurans, takaful dan pasaran modal
- Kredit komuniti (pajak gadai sahaja)
- E-datang dan teknologi maklumat
- Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir
- Hotel dan penginapan (hanya bagi tujuan kuarantin, pengasingan, pekerjaan bagi perkhidmatan perlu dan bujan untuk tujuan pelancongan)
- Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal
- Perkhidmatan perhutanan (terhad kepada penguatkuasaan) dan hidupan liar
- Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu sahaja
Sila rujuk SOP Total Lockdown untuk maklumat lanjut.
2. Cara mohon surat MITI (Daftar permohonan untuk beroperasi CIMS 3.0)
Untuk makluman, jika anda pernah mendaftar semasa PKP 1.0 dan PKP 2.0 tempohari menggunakan CIMS 2.0, anda boleh terus masukkan Email dan Kata Laluan untuk login.
Izinkan kami terus berkongsi cara dapatkan surat MITI menggunakan sistem baru CIMS 3.0.
Jika ingin mendaftar baru, sila ikuti panduan di bawah:
- Layari laman web https://www.miti.gov.my
- Atau boleh juga terus klik ke https://notification.miti.gov.my/login
- Jika anda masuk dari laman web utama MITI tadi, klik CIMS 3.0
- Akan ada paparan berikut:
- PERMOHONAN UNTUK SYARIKAT MENERUSKAN OPERASI SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
- APPLICATION FOR COMPANIES TO CONTINUE OPERATION DURING THE MOVEMENT CONTROL ORDER (MCO)
- Jika belum mendaftar permohonan syarikat untuk meneruskan operasi, klik Daftar terlebih dahulu
- Sila download, baca dan fahamkan SOP dan Protokol bagi kelulusan beroperasi semasa PKP yang berkaitan dengan syarikat anda iaitu:
- SOP dan Protokol yang Am
- SOP dan Protokol bagi Perkhidmatan Sains
- SOP dan Protokol bagi Perkhidmatan Sosial Kesihatan
- SOP dan Protokol bagi Sektor Pembuatan
- Tick “Saya telah membaca dan bersetuju dengan SOP yang disebutkan di sebelah. Saya mengesahkan bahawa saya akan memenuhi kesemua SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri”
- Isikan Nama Penuh
- Isikan Email
- Isikan Nombor Kad Pengenalan Baru atau Nombor Passport
- Masukkan Kata Laluan
- Masukkan Kata Laluan sekali lagi
- Pilih salah satu sahaja:
- No Lesen Pengilang
- No Pendaftaran SSM
- No Ahli Badan Profesional / Pesuruhjaya Sukan / ROY / ROS
- Tekan Daftar
- Andai semuanya berjalan lancar, anda akan di bawa ke Dashboard CIMS 3.0 ini
- Untuk maklumat yang lebih jelas, sila rujuk video YouTube di bawah ini
3. Panduan daftar permohonan MITI 3.0 (video)
Berikut ialah cara buat permohonan syarikat untuk meneruskan operasi bagi yang layak sahaja. Kami sarankan anda buat pendaftaran terlebih dahulu.
Untuk memudahkan lagi proses pendaftaran dan permohonan, boleh rujuk video rasmi dari MITI seperti di bawah. Cara mohon surat MITI dalam bentuk video ini lebih mudah difahami.
4. Login MITI untuk hantar permohonan untuk beroperasi
- Layari semula laman web https://www.miti.gov.my
- Atau boleh juga terus klik ke https://application.miti.gov.my/login
- Kini anda berada di bahagian Log Masuk Pemohon
- Kami andaikan anda sudah mendaftar untuk Log Masuk. Jika belum, ikuti cara daftar seperti di atas.
- Masukkan Emel
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Log Masuk
- Akan ada paparan untuk buat permohonan.
5. Senarai industri yang perlu buat permohonan syarikat untuk meneruskan operasi
Berikut ialah senarai perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi
Harus diingatkan, sebelum anda buat permohonan syarikat untuk meneruskan operasi, sila buat semakan samada anda berada dalam industri yang dibenarkan untuk beroperasi.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengumumkan beberapa industri atau sektor tambahan yang dibenarkan untuk beroperasi secara berperingkat semasa tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0).
Senarai sektor yang dibenarkan dan diluluskan adalah seperti di bawah:
A. Pengilangan dan Pembuatan
1. Aeroangkasa termasuk MRO;
2. Makanan, minuman dan rantaiannya;
3. Pembungkusan dan percetakan;
4. Produk barangan rumah, barang penjagaan diri (FMCG – sabun, pembersih diri dan lain-lain) dan bahan pencuci termasuk rantaiannya;
5. Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet;
6. Peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan peralatan keselamatan kebakaran;
7. Komponen untuk alat perubatan;
8. Elektrikal dan elektronik;
9. Minyak dan gas (Oil and Gas);
10. Petrokimia dan produk petrokimia;
11. Produk kimia;
12. Mesin dan peralatan;
13. Seramik (seramik sebagai acuan bagi pembuatan sarung tangan);
14. Besi dan keluli;
15. Tekstil (yang melibatkan pengeluaran PPE);
16. Sektor perabot; dan
17. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir.
B. Pembinaan
18. Pembinaan:
i. Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kritikal;
ii. Kerja-kerja pembinaan infrastruktur awam yang utama; dan
iii. Kerja-kerja pembinaan bangunan yang menyediakan penginapan pekerja
yang lengkap di tapak bina atau pekerja yang ditempatkan di Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ).
C. Perkhidmatan
19. *Automotif (Pembaikan dan Penyelenggaraan sahaja)
20. Perkhidmatan Kewangan dan rantaiannya:
i. Institusi Kewangan (Perbankan, Insurans, Takaful dan entiti-entiti lain yang dilesen, diilulus atau didaftar oleh Bank Negara Malaysia); dan
ii. Entiti-entiti pasaran modal yang dilesen, didaftar atau dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
21. Perkhidmatan perbandaran dan kerajaan tempatan:
i. Pajak gadai/kredit komuniti (syarikat peminjam wang berlesen);
ii. Pengurusan sisa pepejal/ pembetungan;
iii. Pembersihan awam; dan
iv. Pembersihan premis dan sanitasi.
22. Infrastuktur telekomunikasi dan digital termasuk perkhidmatan ICT dan perkhidmatan perniagaan global (GBS);
23. E-Dagang dan rantaiannya termasuk perkhidmatan e-marketplace, pembayaran digital dan pusat internet e-dagang setempat;
24. Hotel dan penginapan;
25. Sektor pertanian, perikanan dan penternakan termasuk perkhidmatan veterinar:
i. Pengurusan ladang/ sarang burung walit/ kuda/ loji pemprosesan haiwan/ rumah sembelihan/ ternakan/ kilang makanan haiwan ternakan/pembekal spt vaksin/pengurusan ternakan/kedai haiwan kesayangan (operasi pemindahan ternakan adalah pada waktu malam);
ii. Kawalan penyakit dan dikawalselia pengeluaran ternakan hidup, input ternakan dan produk berkaitan industri ternakan (termasuk eksport dan import); dan
iii. Pengurusan kesihatan, diagnosa penyakit dan rawatan haiwan.
26. Utiliti (air dan tenaga);
27. Perkhidmatan profesional (termasuk akauntan/ peguam/ auditor/ jurutera/ arkitek), saintifik (termasuk R&D) dan teknikal (termasuk penyenggaraan);
28. Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (Security Services);
29. Keselamatan dan Pertahanan;
30. Pengangkutan melalui darat, air dan udara;
31. Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan dan pemindahan kargo, pemaliman, penyimpanan atau pemukalan komoditi.
D. Perdagangan Pengedaran
32. Penggudangan dan Logistik;
33. Perkhidmatan/ Penjualan/ Penghantaran Makanan dan Minuman; dan
34. Peruncitan/ Pengedaran/ Pemborongan.
E. Perladangan dan Komoditi
35. Pertanian, perikanan dan penternakan serta rantaiannya; dan
36. Perladangan dan komoditi serta rantaiannya.
F. Lain – Lain
37. Apa-apa perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Kesihatan selepas berunding dengan pihak berkuasa yang mengawal selia perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan itu.
6. Senarai ralat semasa buat permohonan surat CIMS MITI 3.0
Berikut ialah beberapa ralat yang mungkin ada lihat ketika buat permohonan untuk terus beroperasi:
Ralat 500
- CIMS 3.0 sedang menerima aliran trafik yang tinggi pada waktu ini. Kerjasama dan kesabaran dari pihak anda amatlah dihargai”. Ini bermakna line jammed.
Error 503 Backed fetch failed
- Error 503 Backed fetch failed. Guru Meditation: XID: 739737615 Varnish cache server. Ini juga mungkin sebab terlalu ramai yang cuba masuk ke dalam sistem CIMS MITI 3.0
Transaksi tidak sah
- Ralat “Transaksi tidah sah” ini berlaku jika anda klik Papar
- Kami tiada maklumat kenapa ini berlaku
Pendaftaran tidak berjaya
- No Kad Pengenalan / Passport 800101-01-XXXX telah berdaftar
- Email telah berdaftar
- Jadi, anda perlu gunakan email asal semasa pendaftaran dahulu. Jika tidak, sila reset password CIMS 3.0
Apa perlu buat?
Memandangkan ramai sangat yang cuba register untuk mendapatkan kebenaran, tidak boleh buat apa-apa.
Cuba mohon lagi semasa waktu kurang sesak.
Kami cadangkan, jam 12 malam dan ke atas.
7. Kementerian & agensi kerajaan lain di bawah MITI CIMS 3.0
Ada beberapa sektor yang secara asasnya di bawah seliaan kementerian atau agensi tertentu. Walau bagaimanapun, untuk PKP 3.0 ini, semua proses permohonan akan diuruskan secara bersama dengan MITI menggunakan sistem CIMS 3.0
Berikut ialah senarai penuh:
Kementerian / Agensi | Sektor |
MITI | Sektor Pembuatan |
KPDNHEP | Sektor Peruncitan, Pemborongan, Pengedaran dan Premis Makanan |
KKKM / MCMC | Sektor Komunikasi, Teknologi Maklumat, E-Dagang dan Industri Kreatif |
MPIC | Sektor Agrokomoditi |
KKR | Sektor Pembinaan dan CIDB |
CIDB | Sektor Pembinaan dan CIDB |
KBS | Sukan dan Rekreasi |
KKM | Sektor Kesihatan |
KPKT | Sektor Kebersihan, Keselamatan, Pembinaan dan Pengurusan Strata |
KETSA | Sektor Tenaga dan Sumber Asli |
KPN | Rukun Tetangga, Rumah Ibadat Selain Islam serta Pengurusan Pengebumian Selain Orang Islam |
KDN | Kawalan Keselamatan Swasta |
PKWKM | Taksa, Pusat Jagaan Termasuk Warga Emas |
BHEUU | Perkhidmatan Guaman |
MOSTI | R&B dan Makmal Ujian |
KASA | Sektor Alam Sekitar |
BNM | Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN dan Institusi Kewangan |
8. Apa maksud status permohonan dalam CIMS 3.0?
Ini adalah beberapa status yang anda akan dapat lihat semasa mendaftar dan memohon:
Status | Penerangan |
Draf | Anda masih lagi mengisi borang dan belum hantar. Sila lengkapkan borang permohonan. |
Baharu | Anda sudah hantar permohonan melalui CIMS 3.0, tapi belum ada respon dari MITI |
Lulus | Tahniah, permohonan anda sudah mendapat kelulusan |
Rayuan | Maaf, permohonan anda tidak diluluskan. Sila buat rayuan untuk mendapat pertimbangan pihak MITI |
9. Kenapa permohonan CIMS 3.0 saya ditolak?
Ada banyak sebab. Yang pertama, mungkin sektor anda bukan essential. Dokumen tidak lengkap juga mungkin antara sebab gagal permohonan.
Selain itu, anda boleh rujuk komen dari pihak MITI dalam sistem CIMS 3.0. Sila sertakan dokumen sokongan yang diperlukan sekiranya permohonan ditolak.
Sila baca cara mohon surat MITI betul-betul seperti yang diterangkan di atas.
10. Apa itu PBT?
PBT ialah singkatan untuk Pihak Berkuasa Tempatan. Permohonan anda akan ditolak sekiranya tidak mempunyai lesen PBT. Ini adalah salah satu dokumen sokongan yang diperlukan oleh pihak MITI.
Contohnya:
- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
- Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
- Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
- Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)
- Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
- Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
- Majlis Bandaraya Alor Setar
- Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam
- Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
- Majlis Bandaraya Seremban
- Majlis Bandaraya Kuantan
- Majlis Bandaraya Pulau Pinang
- Majlis Bandaraya Ipoh
- Majlis Perbandaran Kangar
- Majlis Bandaraya Kuala Terengganu
- Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
- Dewan Bandaraya Kuching Utara
- Dewan Bandaraya Kuching Selatan
11. Apa maksud tarikh diperbadankan?
Di dalam permohonan ini, ada satu ruangan tarikh diperbadankan yang anda perlu isi.
Ini adalah tarikh syarikat anda mula didaftarkan dengan SSM.
Jika semak sijil pendaftaran SSM atau hubungi SSM Contact Centre di talian 03-7721 4000
Akhir kalam
Oleh kerana terlalu banyak syarikat yang memohon untuk beroperasi, sistem MITI menjadi sangat perlahan. Ada kalanya, tidak dapat diakses.
Jika anda mengalami masalah seperti yang dinyatakan di atas, sila berehat seketika dan cuba lagi pada waktu bukan puncak seperti tengah malam.
Sementara itu, sebagai majikan anda juga boleh mohon Program Subsidi Upah dari PERKESO. Sekurang-kurangnya, boleh kurangkan beban kita sebagai peniaga.
Diharapkan agar perkongsian cara mohon surat MITI CIMS 3.0 ini akan memudahkan lagi urusan perniagaan anda. Teruskan jaga SOP.
Semoga bermanfaat.
Salam, Ada satu tertinggal di situ. Masa daftar MITI ada minta nombor pengilang. Kami kontraktor pembinaan. So nak bagi nombor apa ye?
hi, good evening,
for Permohonan untuk syarikat meneruskan operasi sepanjang PKP, after I clicked the button , it has no acknowledgement, may I know how sure it has been uploaded / submitted? Or, is there any website for checking? Kindly please advise. Thanks
salam,
kenapa yer setiap kali selepas sy isi cims 2.0 dan akan click daftar dia akan terus nyatakan masa saya sudah taman kembali ke laman utama…
Bolehkah saya meneruskan pembimaan rumah kampung yg sudah 50 peratus yg terbengkala sejak pkp ni
Adakah saya kena buat permohonan beroperasi dgn MITI? Perkerja x ramai cuma 3 orang saja
saya masukkan semua data semalam, tapi sampai hari data tu tidak disimpan dan hilang.. kita memcuba beberapa kali pon masih tidak disimpan. minta respon daripada mana-mana pihak berkaitan
“Maaf, sesi anda telah luput. Sila cuba sekali lagi.
Kembali ke laman Utama”
lepas daftar …ini saja keluar
bila klik daftar terus naik ‘maaf, sesi anda telah luput. Sila cuba sekali lagi.’
Syarikat kami adalah syarikat perkhidmatan Kawalan Keselamatan. Perlukah saya daftar syarikat kami di miti. Bolehkah beri pendapat tuan, adakah perlu saya daftar syarikat kami.
Kenapa Saya masukkan di bahagian nombor SSM seperti JM0814697P keluar popup Isi maklumat yang betul dalam kotak ini. Adakah Syarikat kami tidak layak memohon.
keyin di kotak no ssm lama…huruf P tu ltak dalam kotak kedua
hi, saya cuba sudah, tapi tak boleh juga, pun keluar Isi maklumat yang betul dalam kotak ini
same here…ape kene tah…..dah mcm2 style dah dok try nk key on No.SSM lama tu
Saya key in nombor ssm nain indikator isi maklumat yang betul
Bagaimana nak isi AS0223549-T, SSM baru dan lama tak boleh
SAYA BUAT PUN TAK BOLEH..MCMNER EK
Sama Dengan saya, Dah 2 hari buat.. Masih tergendala di bahagian No SSM..?
sama juga… tak bole nak save pun, stuck kat SSM, u dah dapat solution?
sama juga. stuck kat situ. da dapat solution ke?
Salam sejahtera.
Tuan,
Bagaimana saya boleh tahu status permohonan saya ?
Tq
Sudah tahu caranya kah tuan…. saya cuba berkali kali masih gagal
I have keyed in the new SSM no. & also the old SSM no. correctly,
but the CIMS system keep prompting error in the old ssm no.
unable to submit!! What do I do now?
Any MITI hotline no to call untuk bantuan!!
we have submitted the application . after submitted the replied berjaya but i have problem 3 area we can not attached as below :
1. Kewajaran Pernohonan
2. Rantaiaian Bekalan
we cant find this fielf to fill in
Can we update this and how to re update this information
thank you
we have submitted the application . after submitted the replied berjaya but i have problem 3 area we can not attached as below :
1. Kewajaran Pernohonan
2. Rantaian Bekalan
we cant find this fielf to fill in
Can we update this and how to re update this information
thank you
tak boleh daftar asyik keluar password format salah.. padahal dah masuk kan huruf nombor dan simbol.. mcm mn tu..??
samalah kita .. macam mna nak buat erk ?
Saya wakil syarikat, telah berjaya mendaftar. Masalahnya sekarang apabila saya hendak menyemak status permohonan saya…saya sudah key email add….key kata laluan yg saya gunakan sebelum ini tetapi apabila saya klik ‘log masuk’ akan keluar ‘tidak sepadan’…macam mana ni encik, tolonglah saya.
haa sama macam saya berkali cuba berhari dah cuba
Hi..
bila saya klik daftar, kenapa asyik terus naik perkataan
‘maaf, sesi anda telah luput. Sila cuba sekali lagi.’
boleh minta tolong tak??
Jika permohonan gagal atas kerana tersalah isi jadual pekerja, masih boleh mohon ke?
Salam..
Nak tanya …kenapa selepas upload workers name list akan keluar masalah seperti yang dibawah ini
Pendaftaran permohonan tidak berjaya.
Maklumat JADUAL PECAHAN PEKERJA SEMASA adalah maklumat wajib
Minta pendapat…Terima kasih.
apabila simpan & terus tertera paparan :
Pendaftaran permohonan tidak berjaya
. Maklumat JADUAL PECAHAN PEKERJA adalah maklumat wajib.
terima kasih
Nak tanya …kenapa selepas upload workers name list akan keluar masalah seperti yang dibawah ini
Pendaftaran permohonan tidak berjaya.
Maklumat JADUAL PECAHAN PEKERJA SEMASA adalah maklumat wajib
Minta pendapat…Terima kasih.
Hi, sampai name list, sudah download tetapi tak boleh fill up workers name
Saya juga menghadapi masalah yg sama
Saya juga menghadapi masalah yg sama tidak boleh key-in senarai nama pekerja.
macam mane saya nk semak status permohanan?
Saya juga ada masalah key in No SSM lama juga keluar key in format requested. Selepas semua siap, tekan save dan teruskah?
Jgn msukkan JM kat box register tu…
kenapa bila login utk masuk dalam CIMS guna username email kita n password tidak boleh open sedangkan semuanya betul..apabila kita pergi kepada lupa kedua duanya dia minta email kita tapi bila dah masukkan..email kita pulak tiada dalam sistem.
mohon pencerahan.
terima kasih
SAMA ..dah berhari cuba tetap jadi macam tu jugak
SAMA LAA.pelik.
Bagaimana cara untuk menyemak jika sesebuah syarikat itu telah mendapat kelulusan untuk operasi semasa pkp? Ini adalah kerana majikan mengarah pekerja datang ke pejabat tetapi syarikat bukan bidang ‘essentials’
Hi
My name is Gloria from N2 Success and the registration no is O-00024611 and I would like to know the status of the application
apakah format untuk No.pendaftaran SSM baru?
Saya key in SA0414131-X tapi asyik keluar guna format yang betul.. pls help..
Jgn msukkan SA…
Tuan, bagaimana saya nak semak sama ada permohonan untuk kilang saya beroperasi diluluskan atau tidak. Saya dah daftar sejak 13hb April tetapi belum menerima apa2 jawapan lagi.
Dokumen sedang dijana dan akan di muat turun secara automatik.
Saya cuba download attachment lepastu keluar ayat yang berikut:
Dokumen sedang dijana dan akan di muat turun secara automatik.
Saya juga tak boleh nak isi senarai nama pekerja
Mcm mna nk apply miti?
Documen ap jer yg di perlulan?
Surat akur janji to pihat syarikat ke yg kena buat?
tuan/puan, ( Rujukan no permohonan : 0-00053780 )
Permohonan saya telah ditolak atas alasan iaitu maklumat pekerja tidak lengkap padahal saya telah mengikut arahan muat turunkan format excel yang dinyatakan untuk melengkapkan butiran pekerja-pekerja yang berjumlah 50 orang adalah seperti berikut :-
1) Nama Penuh
2) Warganegara
3) No IC/Passpot
Saya telah gagal menghubungi pihak tuan melalui talian telefon. Di sini ,saya berharap pihak tuan dapat membalas email / menelefon saya secepat mungkin untuk saya membuat rayuan permohonan lagi.
Sekian, terima kasih.
Salam sejahtera ,
Yap
012-5201860
Tuan,
Syarikat kami adala sub-contractor di dalam projek pembinaan, permohonan saya telah ditolak dengan nota:” maklumat projek tidak ada. Sila pastikan maklumat projek diisytihar”. saya telah mengisi ruangan:
i. Alamat beroperasi
ii) No. lesen PBT
iii) Nama PBT
Maklumat apakah yg perlu saya kemukakan di dalam rayuan permohonan di ruangan ‘justifikasi rayuan’. serta dokumen sokongan attachment.
terima kasih
KENAPA NO REGISTER LAMA DAH ISI DI PETAK YG BETUL,TAPI MASIH SALAH
Telah berjaya pendaftaran.
Kenapa bila login utk masuk dalam CIMS guna alamat emel & kata laluan tidak boleh – “Emel dan kata laluan tidak sepadan”.
Pergi kepada lupa kata laluan – “Sistem tiada rekod pengguna yang memiliki e-mail diberi”.
Apa langkah boleh dibuat sekarang.
same problem here.hmm
Kedai Saya adalah membuat dan menjual kek dan roti.Perlukah saya buat permohonan beroperasi dengan MITI ?
Kenapa Saya masukkan no ssm syarikat kami seperti 023092 – U keluar pop up isi maklumat yang betul dalam kotak ini. Tak faham lah!
saya dah isi borang permohonan dan hantar..PERMOHONAN ANDA TELAH DI TERIMA..saya nak tanya,selepas permohonan saya di terima,apakah langkah seterusnya? permohonan lulus hantar melalui email ke?
Selepas 5 hari log in semula we web CIMS MITI tu, nanti akan dipaparkan kat bahagian permohonan.
Syarikat saya adalah sebuah kilang memproduk barangan dapur dan restoran, adakah syarikat boleh mohon kerja masa PKP?
saya dah daftar tapi macamana nak teruskan yg lain..
tak pandai laaa complicated sangat..
Salam,
borang x fowrd minta isikan no, ssm dengan betul.
bagaimana cara nak isi no. ssm ? pening
Salam..macamana nak semak kelulusan operasi kerja masa PKP ni.. Tolong ya
hmm kenapa ya. dah download dah senarai pekerja mengikut format yang diberikan dan sudah isi. tp bila daftar , akan keluar format file tidak mengikut format yang diberikan.. padahal dah ikut. tak lepas dekat worker list je ni.
saya dah banyak kali download senarai nama pekerja ikut format yang diberikan, tapi tetap juga bagitahu format tidak betul. Boleh selesai masalah ini?
SSM kena isi no ssm yg baru. 12 digit. ex : 199301012235 ( no depan sekali tahun perniagaan diperbadankan)
Saya dah penat muat naik files pekerja. asik2 cakap format tak betul bla bla..lepas tu bile senarai pekerja je yang tak complete yg lain pun tak boleh save. dah seminggu duk belek nui je sampai sakit kepale saya. tolong la. call tak dapat2.
boleh ajar macam mana buat ? saya pn hadapi masalah yg sama
saya dah daftar pada PKP pertama bulan mei, kini bila hendak log in tak dapat ascess dan sentiasa keluar ayat ini Whoops, looks like something went wrong. minta bantu sebab saya masih pakai yang lama dan kini dah sampai ipoh sbb esok kena pi sg petani lawatan tapak dan lusa ke pengkalan hulu juga lawatan tapak untuk mula projek fasa dua, minta bantu please
Permohonan saya telah diluluskan tapi tiada surat dari MITI. Adakah saya kena tunggu beberapa hari?
kedai perabot perlu ke apply miti?
saya tidak dapat buka akaun saya.
dia tulis..anda telah mencuba banyak kali..sila cuba lepas 15minit..tapi bila try lagi dia tunjuk sama je
untuk senarai pekerja ,adakah had(limit) untuk meletakkan senarai pekerja?
bagaimana hendak membuat penyemakan surat pengesahan pendaftaran syarikat di sistem mit – covid 19
Kebenaran Beroperasi digantung bagi subsektor ekonomi Premis Perumahan dan Operasi…
kena tunggu ke macam mana ya?
Info : bagi yang susah create password macam saya juga. Guna 8 item sahaja ye. Tak boleh lebih, tak boleh kurang.
Contoh : baby123!
(4huruf 3no 1aksara)
Semoga dapat membantu 🤗
sangkut kt formal worker list name xlepas2 dh 2 hari
saya nak tanya saya dah lulus tapi bila nak frip borang ada tulisan peehidamatan darat di gantung saya mengnakan lory untuk mehantar barang.apa beza lulus dengan dengan tidak boleh beroparasi tanya ja..saya tak boleh kerja sekarang ni..polis hanya bagi 2..3 hari perjalanan rentas negeri dan saya berkerja pusing satu malaysia
Permohonan saya telah diluluskan tapi ada tulisan Kebenaran Beroperasi digantung bagi subsektor ekonomi Warehousing. Apa beza lulus dengan kebenaran Beroperasi digantung. Ape yg sepatutnya saya kena buat. Bagaimana nak kemaskini balik semua ni? tlg bagi guideline utk kemaskini semua maklunmat..
Syarikat saya adalah pendandan rambut. Perlukah saya daftar syarikat saya di miti. Harap balas. Terima kasih.
SALAM… berkenaan borang pekerja,hampir banyak kali cuba uplaod,tapi gagal… ( fail dimuatnaik tidak berdasarkan templat diberikan.Mime type dimuat naik : application/octet-stream)…..boleh bagi tipd macam mane nak selesaikan?
Rasa menyampah pulak buat surat2 ni,tman dah la buta it nak kerja pun susah,miti2.
Saya isi SSM NO : AS10113488-W, tetapi sudah gagal, ianya tunjuk kena isi 12 character ?
tapi no ini memang begini sahaja , sila advice saya .
Thank You
Salam Sejahtera,
Saya minta penerangan untuk kenyataan dibawah;
“Status Permohonan / Application Status
Lulus
Kebenaran Beroperasi digantung bagi sektor ekonomi Darat”
Semua sektor ekonomi dibuka tetapi kenyataan merah masih ada. Kami pun ada kelulusan dari MoT.
Cuba call pun tak jawab talipon dan online chat pun tak dapat jawapan….tunggu sampai 1 jam pun tak dapat balasan. 😒
Terima Kasih
Salam Sejahtera,
Saya cuba masuk tapi tak dapat masuk untuk login dan boleh saya tahu adakah system anda ada masalah?
Salam Sejahtera,
syarikat saya adalah menjual spare-part,hardware dan lain-lain kenapa sekarang saya tak boleh print surat untuk 1.6-14.6.2021total lockdown
untuk membuka kedai ,tuan tolong advice .sekarang pun tak boleh login.
SSM1072243A
Salam sejahtera.
Tuan/puan
Permohonan saya telah lulus.tapi..masalah disini saya tersalah masuk kluster aktiviti ekonomi.tersalah sektor.macam mana saya nak buat pembatalan.harap ada yang membantu saya.
terima kasih.
Tuan,
Kami Syarikat Tallahesse Sdn Bhd adalah pembekal bakanan haiwan terutama haiwan kuda, lembu dan kambing atau pun binatang peliharaan seperti kuncing dan anjing. Saya telah nyatakan dalam permohonan saya animal feed, tetapi pihak MITI telah meletakkan operasi company saya sebagai barang bukan keperluan, sedangkan kami adalah pembekal terbesar kepada Kuda pihak PDRM/DBKL/TENTERA BERKUDA dan sebagainya. Minta MITI lihat semula permohonan dan membenarkan kami beroperasi
miti ohhh miti….sakit pale mcm ni…login tak lepas2..boleh mati stress aku mcm ni!
Pemehonan miti
Assalamualaikum dan Selamat Petang. Saya Nak Semak Semula… Permohonan Saya Dah Lulus Cuma Sijil Kelulusan Yang Ada QR Code Tersebut Belum Saya Terima. Nama Syarikat ND Bersepadu Enterprise (PC0020832-X)
email dan no pengenalan telah berdaftar(permohonan tidak berjaya)
permohonan miti saya lulus ..tetapi perkhidmatan bukan keperluan ..bagaimana tu ya ..mohon penjelasan . ..
sudah daftar tiga hari bila permohonan boleh approve ? PKP dah 3 hari ?
salam sejahtera,
Saya dari AK NATIONWIDE SDN BHD , kami dah buat permohonan MITI 3.0 sejak 01/06/2021 , tetapi belum dapat response dari pihak berkenaan. Miti yang kita gunakan sekarang hanya sampai 03/06/2021 . Jika masih kita tak dapat response hingga besok bagaimana ?
Syarikat kami gudang makanan juga mengahantar produk makanan . Sales Reprensentative , Driver dengan kakitangan syarikat kami juga menuggu untuk surat Miti. Saya harap pihak berkenaan akan membantu kami .
Terima Kasih
salam sejahtera. mohon bantuan.
apabila saya login untuk masuk cims guna username email dan password yg kita dah daftar. tapi sistem jawab salah.tapi bila buat forget password ..dia minta email..dan bila masukkan email..email kita tiada dalam sistem.
Mohon Pencerahan..
sbb bila nk daftar baru memang tak boleh lagi..sistem bagitau no ic telah didaftarkan.
Fail dimuat naik tidak berdasarkan templet diberi.mime type dimuat naik:application/zip
Hai..status permohonan saya DRAF..apa maknanya ya?Tqvm
Maksud tarikh diperbadankan tu apa?
Salam sejahtera..perlukah perniagaan runcit pks yg ada pendaftaran ssm tapi tiada pendaftaran cukai memohon kebenaran utk beroperasi atau tidak perlu..sekiranya perlu permohonan itu perlu diajukan kemana.. pihak berwajib yg mana satu..mohon pencerahan..
sudah daftar,tapi bila masuk email n login..terus bagitau pasword n email tak sepadan.
Saya punya permohonan pun bertukar jadi DRAF apa maksudnya ni.
status-baharu,bila akan lulus ?
Salam Sejahtera,
Syarikat saya adalah Jualan barang-barang sembahyang , Senarai PKP sudah dibenarkan beroperasi untuk barang sembahyang .
kenapa sampai sekarang syarikat saya masih tak terima surat dari MITI . Terima kasih .
SSM – 009505-A
No. Permohon – O-00297074
same problem here
Hi, I try to apply Miti letter on 2-Jun-2021 for my restaurant, but the application is rejected due to the following reason : “Maklumat tidak lengkap. Sila masukkan Nama PBT dan No. PBT.”.
May I know this PBT No is that we must get approval from KWP first? or this is referring to which authority?
Tuan , puan yang dihormati ,
No. Pemohonan : O-01000370
Tarikh : 01 Jun 2021
Status Permohonan : Ditolak
Nota : Permohonan tidak lengkap, sila masukkan no lesen MBSP
Tuan , Puan masalah kita silah muat turun SSM , sekaarang jika kita nak muat turun Lesen MBSP , cara untuk minta rayuan lagi sekali , apa cara kita yang boleh gunakan
Sekian ribuan terima kasih .
Salam Tuan/Puan,
Pihak syarikat sekarang dlam sektor peruncitan tapi kami ingin tambah sektor ke dalam E-Dagang, adakah perlu daftar baru atau boleh tambahan dari surat yang ada sekarang. Mohon pemcerahan.
Salam Tuan/Puan,
Pihak syarikat sekarang dlam sektor peruncitan tapi kami ingin tambah sektor ke dalam E-Dagang, adakah perlu daftar baru? Sebab saya tak dapat tambah dari daftar saya yg lama
salam sejahtera. mohon sesesiapa yang boleh membantu saya.
apabila saya login ke CIMS menggunakan email dan password yg kami dah daftar untuk menyemakkan status, tapi sistem jawab salah, bila buat lupa password, sistem minta email.Bila pihak kami masukkan email yang berdaftar ia keluar email kami tiada dalam sistem.
“Emel dan kata laluan tidak sepadan”.
Pergi kepada lupa kata laluan – “Sistem tiada rekod pengguna yang memiliki e-mail diberi”.
Apa langkah boleh dibuat sekarang.
Sala sejahtera ,
Saya telah menghantar permohonan sebanyak 2 kali, tetapi tidak ada apa-apa balasan daripada pihak tuan. Saya adalah pembekal barangan alat ganti dan ekzos kenderaan, setiap hari saya ditanya oleh workshop yang dibenarkan beroprasi tentang bekalan, mereka mengatakan barang bekalan tidak dibekalkan mereka tidak dapat beroperasi seperti biasa, banyak kenderaan yang telah rosak tersidai di workshopnya sementara menunggu barang gantinya.
Saya harap pihak tuan dapat menimbang semula permohonan saya.
Sekian. Terima kasih.
Salam Sejahtera,
Saya yang tolong kawan mohon miti 3.0,saya telah key in salah email. macam mana nak buat?…..
salam. macam mana nak buat pembatalan sebab saya tersalah pilih sektor.
Salam & Hi , sy Azlina nak tanya kenapa saya cuba buat pemohonan buka kedai gambar pada tarikh 7/7/2021 (PKP Fasa 2) dlm system Portals MITI keluar : Permohonan untuk beroperasi di CIMS 3.0 bagi PKP bertarikh 1 hingga 14 Jun 2021. Sedangkan saya hendak buat pemohonan untuk tarikh 7/7/2021 (PKP Fasa 2) Sila bantu untuk cara buat pemohonan ini . Ramai pelanggan minta buat certak gambar passport untuk pemohonan kerja, niklah, universiti, ahli keluarga meninggal dunia …. mereka amat perlu dapatkan perkhidmatan ini , tetapi kerana PKP kedai gambar tidak dapat beroperasi , jadi mereka hadapi banyak masaalah , sila luluskan pemohonan untuk beroperasi semula .sekian .terima kasih
Salam. Bagaimana saya boleh membatalkan permohonan? maklumat no ssm yang keluar salah…tq
Permohonan saya sudah lulus, tetapi saya silap masuk kluster aktiviti ekonomi yang salah. Bagaimana saya dapat buat pembetulan. Terima kasih.
Permohonan saya telah lulus, tapi saya masuk kluster aktiviti ekonomi yang salah. Bagaimana saya buat pembetulan. Sekian terima kasih.
salam dan hai.. saya dalam proses membuat permohonan pembukaan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) baru. pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat meminta saya mendapatkan surat dari pihak MITI bagi membolehkan pihaknya datang ke premis saya untuk membuat lawatan. soalan saya bagaimana untuk mendapatkan surat dari pihak MITI untuk dihantar kepada pihak bomba?
permohonan saya utk Kontraktor binaan (G2) rumah persendirian ditolak dgn alasan:
1. alamat surat menyurat dan alamat operasi tidak boleh sama – adakah tempat operasi maknanya alamat tapak binaan?
2. perlukan pendaftaran CIMS CIDB – saya memang berdaftar dgn CIDB, akah ini bermakna projek tersebut perlu didaftarkan pada CIMS CIDB terlebih dahulu
teruima kasih