Pengeluaran BPN di BSN (Status Tiada Akaun / Gagal Kredit)

Jika anda adalah golongan B40 yang menerima Bantuan Prihatin Nasional, berikut ialah antara soalan lazim berkenaan pengeluaran BPN di BSN (Bank Simpanan Nasional).

Saya telah membuat semakan dan maklumat pembayaran yang dipaparkan adalah Tiada Akaun. Apa perlu saya buat?

Sekiranya paparan di Portal Bantuan Prihatin Nasional menunjukkan Tiada Akaun, pembayaran akan dilakukan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja. 

Saya telah membuat semakan dan maklumat pembayaran yang dipaparkan adalah Tiada Akaun. Apa perlu saya buat?

Sekiranya paparan di Portal Bantuan Prihatin Nasional menunjukkan status Gagal Kredit, pembayaran akan dilakukan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja. 

Apa dokumen yang perlu dibawa untuk buat penunaian Bantuan Prihatin Nasional di Bank Simpanan Nasional?

Penunaian boleh dibuat oleh penerima dengan membawa MyKad dan Nombor Siri yang dipaparkan pada Maklumat Pembayaran.

Bagaimana mahu buat semakan dan dapatkan Nombor Siri?


Semakan Nombor Siri boleh dibuat di Portal Bantuan Prihatin Nasional, https://bpn.hasil.gov.my

Bilakah tarikh yang dibenarkan untuk buat pengeluaran BPN di BSN di kaunter bank?

Duit BPN boleh diambil atau penunaian boleh dibuat di mana-mana kaunter BSN mulai 17 April 2020.

Sila ambil maklum, penerima hanya boleh hadir ke kaunter BSN setelah Nombor Siri wujud pada paparan Maklumat Pembayaran.

Selagi belum ada Nombor Siri, tidak perlu hadir ke BSN.

Bilakah tarikh akhir tuntutan bayaran secara tunai BPN boleh dibuat?


Penerima yang layak perlu membuat penunaian di Kaunter BSN selewat-lewatnya pada 31 Disember 2020.

Bolehkah suami ambilkan duit BPN bagi pihak isteri?

Perintah Kawalan Pergerakan hanya membenarkan ketua keluarga sahaja untuk keluar membuat urusan tertentu yang dibenarkan.

Justeru, dalam situasi begini, suami dibenarkan untuk hadir ke BSN semasa tempoh PKP bagi membuat buat pengeluaran BPN di BSN berdasarkan prosedur di Bank Simpanan Nasional.

Pastikan suami ada membawa Nombor Siri yang wujud dalam portal BPN isteri.

Pihak BSN ada membuat semakan berkaitan Maklumat Suami melalui portal BPN.

Bolehkah wakil atau waris ambilkan duit BPN bagi pihak penerima yang Tiada Akaun / Gagal Kredit / sudah meninggal dunia / sakit uzur / kurang upaya / sakit berpanjangan atau mempunyai halangan untuk membuat penunaian di BSN?


Ya, boleh.

Wakil atau waris dibenarkan untuk membuat pengeluaran BPN di BSN bagi pihak penerima di mana-mana kaunter dan cawangan Bank Simpanan Nasional yang berdekatan.

Siapakah yang dibenarkan untuk menjadil wakil atau waris?


Wakil atau waris yang dibenarkan untuk membuat penunaian duit BPN adalah wakil atau waris yang telah didaftarkan semasa permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Selain itu, wakil atau waris mestilah terdiri daripada hubungan berikut:
Ibu / Bapa
Pasangan
Anak
Adik-Beradik
Cucu

Bagi pembayaran BPN secara pengkreditan ke akaun bank, prosedur pengeluaran adalah tertakluk kepada terma dan syarat bank penerima yang telah didaftarkan.

Apa dokumen yang wakil atau waris perlu bawa untuk buat penunaian Bantuan Prihatin Nasional di Bank Simpanan Nasional?


Dokumen yang perlu dikemukakan oleh wakil atau waris yang berdaftar bagi pembayaran BPN secara tunai adalah seperti berikut:

Sijil Kematian (asal atau salinan) penerima; atau
Kad pengenalan (asal atau salinan) penerima; dan
Kad pengenalan (asal) wakil; dan
Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan wakil atau waris.
Dokumen sokongan yang mana berkaitan:
a)  Surat Pengesahan daripada Penjara / Pusat Serenti (jika penerima berada di Penjara
atau Pusat Serenti); atau
b)  Surat Pengesahan Majikan sebagai bukti penerima berada di luar negara kerana
menjalankan tugas; atau
c)  Surat pengesahan hospital jika penerima menerima rawatan di hospital; atau
d)  Surat pengesahan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) / Pengusaha Rumah
Jagaan; atau
e)  Surat kebenaran / pengesahan daripada hospital / klinik / Ketua Kampung / Ketua
Kawasan dan ke atas bagi penerima yang uzur (tidak berdaya untuk bergerak); atau
f)  Kad OKU asal.

Suami adalah penerima BPN. Bolehkan saya sebagai wakil atau waris layak untuk menerima duit BPN?


Ya, layak.

Dalam situasi ini, suami ialah seorang penerima Bantuan Prihatin Nasional yang telah lulus tetapi telah meninggal dunia.

Oleh hal yang demikian, wakil atau waris yang berdaftar dalam permohonan yang diisi dalam Maklumat Waris boleh hadir ke BSN untuk penunaian duit BPN.

Sila buat kemaskini BPN jika perlu.

Saya bukan warganegara Malaysia tetapi menetap di Malaysia. Adakah saya boleh menjadi wakil untuk ambilkan duit BPN?

Ya, boleh.

Jika anda bukan warganegara Malaysia tetapi menetap di Malaysia, anda layak menjadi wakil untuk buat pengeluaran BPN di BSN.

Namun, hanya sekiranya hubungan anda dan penerima adalah terdiri daripada hubungan berikut:
Ibu
Bapa
Pasangan
Anak
Adik-beradik
Cucu

Adakah wakil atau waris dibenarkan membuat penunaian bagi penerima yang sakit, uzur atau merupakan warga emas yang tidak boleh berjalan dan menghadirkan diri ke BSN?

Ya, boleh.

Wakil atau waris yang berdaftar boleh hadir ke BSN untuk membuat penunaian dengan membawa bersama dokumen yang berkaitan.

Sila rujuk senarai dokumen yang perlu dibawa untuk pengesahan.

Adakah wakil atau waris dibenarkan membuat penunaian bagi penerima Bujang?


Ya, boleh.

Namun, dengan syarat penerima Bujang ini tidak mempunyai wakil atau waris yang didaftarkan semasa permohonan.

Mana-mana wakil yang dimohon oleh penerima untuk membuat penunaian bagi pihak Bujang boleh membuat penunaian di mana-mana kaunter BSN mengikut prosedur di BSN.

Wakil atau waris perlu mengemukakan dokumen berikut Kad Pengenalan (asal) penerima BPN.

Adakah wakil atau waris dibenarkan membuat penunaian bagi penerima OKU?


Ya, boleh.

Namun, dengan syarat penerima OKU ini tidak mempunyai wakil atau waris yang didaftarkan semasa permohonan.

Mana-mana wakil yang dimohon oleh penerima untuk membuat penunaian bagi pihak OKU boleh membuat penunaian di mana-mana kaunter BSN mengikut prosedur di BSN.

Wakil atau waris perlu mengemukakan dokumen berikut Kad Pengenalan OKU (asal) dan Kad OKU (asal) penerima BPN.

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian mengenai pengeluaran BPN di BSN ini dapat memudahkan lagi hidup anda.

Pastikan berhati-hati dengan scammer yang semakin bijak menipu semasa wabak dan krisis Coronavirus COVID-19 ini.

Sila ikuti laman Twitter LHDN untuk maklumat yang terkini dan sahih.

Semoga bermanfaat.

15 thoughts on “Pengeluaran BPN di BSN (Status Tiada Akaun / Gagal Kredit)”

  1. hi,
    keputusan bpn lulus tetapi gagal kredit…saya sudah terkini kemaskini 5.4.2020…bila kah saya blh tunai wang bpn

    Reply
  2. Saya dah bercerai… Boleh kh Saya minta bekas suami jadi wakil untuk Saya mengambil duit bpn tersebut… Sebab Saya tiada transport untuk kluar.. Lagipun Sekarang pkp… Tak dibenarkn kluar berdua..

    Reply
  3. Semenjak bantuan sara hidup menggantikan brim kerajaan PH tiba-tiba membuat akaun bsn atas nama isteri saya. Sebelum kerajaan PH bantuan brim terus dikreditkan ke akaun saya. Semasa PKP ini bolehkah saya wakil ambil bantuan ini di kaunter BSN?

    Reply
    • Sya nak tnya kwn sya ni kad pengenalan nya hilang dan status bpn nya lulus dan no baucer nya da ada ble ka mak nya wakil dgan membawa salinan kad pengenalan

      Reply
  4. Hai, saya tiada akaun bank, bolehkah saya menggunakan akaun bank ibu saya untuk mengeluarkan duit bpn… Dan saya telah pun mengisi borang dan didapati lulus…. Tolong beri pencerahan.. Terima kasih

    Reply

Leave a Comment