Permohonan MY30 Rapid KL Malaysia (myrapid.com.my)

Antara inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam PENJANA ialah memperkenalkan program MY30. Program ini memberikan pas perjalanan tanpa had dengan harga RM30 sebulan. Ini bakal  mengurangkan kos perbelanjaan harian rakyat yang menggunakan pengangkutan awam terutamanya ke tempat kerja. Persoalannya, bagaimana untuk buat permohonan MY30?

Sedikit mengenai program MY30

Program MY30 ini hanya sah untuk pengangkutan awam di bawah seliaan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) di Lembah Klang sahaja.

Ini termasuk perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), bas Rapid KL dan KL Monorel.

Inisiatif MY30 ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan tidak sah untuk bukan warganegara Malaysia.

Permohonan MY30 Rapid KL

Setakat ini, masih belum ada apa-apa pengumuman dari Prasarana berkenaan permohonan MY30 ini secara online.

Walaupun kami sudah menulis mengenai cara pendaftaran di My Rapid, kami tidak pasti adakah prosedurnya sama dengan cara daftar kad Rapid KL melalui laman web myrapid.com.my.

Segala maklumat mengenai pendaftaran dan permohonan akan dikemaskini sebaik sahaja maklumat diterima.

 

Kelayakan MY30

Izinkan juga untuk kami maklumkan, bahawa masih lagi belum keluar mengenai syarat kelayakan program MY30 ini.

Selain syarat kewarganegaraaan Malaysia, masih belum ada kriteria yang lain.

Kami akan kemaskini sebaik sahaja menerima maklumat.

 

Bila program MY30 bermula?

Program MY30 ini akan berkuatkuasa selama enam bulan bermula 15 Jun 2020. Program ini akan berakhir pada 31 Disember 2020.

Ini bermakna, bayaran RM30 sebulan tanpa had ini bukanlah sah untuk selama-lamanya. Ia hanya boleh digunakan selama 6 bulan sahaja.

 

Akhir kalam

Walau cara mohon MY30 masih lagi belum dikemaskini, kami menyambut baik dengan langkah kerajaan melalui inisiatif PENJANA yang memahami beban rakyat yang bergantung kepada pengangkutan awam untuk bergerak dari destinasi A ke destinasi B.

Bagi yang menggunakan pengangkutan awam untuk pergi kerja, ini adalah satu berita yang cukup baik. Diharapkan agar bantuan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban kita semua.

Cuma, kami berharap agar program MY30 ini diperluaskan lagi ke seluruh Malaysia dan bukan hanya di Lembah Kelang sahaja.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment