EPSA ialah kependekan untuk E-Pembelajaran Sektor Awam yang disediakan oleh INTAN. Bagi kakitangan kerajaan, anda digalakkan untuk terus buat pembelajaran berterusan dan sepanjang hayat. Jadi, mesti perlu tahu bagaimana cara login EPSA dan daftar untuk menggunakannya.
Langkau artikel ini untuk baca tentang SPLKPM.
Cara daftar EPSA
Sebelum boleh login EPSA, anda perlu buat pendaftaran terlebih dahulu.
Berikut ialah langkah untuk daftar EPSA.
- Layari laman web rasmi EPSA di sini: https://www.epsa.gov.my
- Lihat di bahagian atas kanan
- Terdapat dua pilihan bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English
- Pilih Bahasa Melayu
- Anda akan dibawa ke sini: https://www.epsa.gov.my/?language=ms
- Tekan butang Daftar di bahagian atas kanan
- Sila ambil perhatian bahawa mana-mana pengguna yang ingin mendaftar dalam sistem EPSA dikehendaki menggunakan e-mel rasmi jabatan. Jika pengguna tidak mempunyai e-mel rasmi jabatan, pengguna perlu memuat naik surat pengesahan yang telah disahkan oleh penyelia.
- Sila muat turun Surat Pengesahan Majikan jika perlu untuk daftar EPSA
- Jika anda tidak perlukan Surat Pengesahan Majikan, teruskan pendaftaran untuk pengguna baharu
- Pilih pengenalan diri samada MyKad atau Tentera/Polis
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Tentera/Polis
- Masukkan nama penuh mengikut Kad Pengenalan
- Masukk email rasmi
- Tekan butang Daftar pada papan kekunci
- Anda akan menerima pautan untuk mengaktifkan akaun melalui email yang telah didaftarkan
- Link tersebut perlu diaktifkan dalam masa 24 jam sebelum ia luput
- Anda dikehendaki untuk mengaktifkan akaun dengan kadar segeran untuk mengelakkan sebaran kesulitan
Cara login EPSA
Setelah selesai proses daftar EPSA, berikut ialah cara untuk login EPSA pula.
- Layari laman web rasmi EPSA di sini: https://www.epsa.gov.my
- Lihat di bahagian atas kanan
- Terdapat dua pilihan bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English
- Pilih Bahasa Melayu
- Anda akan dibawa ke sini: https://www.epsa.gov.my/?language=ms
- Klik Log Masuk
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan / Tentera / Polis di ruangan yang diberikan
- Masukkan Kata Laluan
- Tekan butang Log Masuk untuk login EPSA
- Kini anda sudah berjaya masuk ke dalam EPSA
- Jika anda terlupa Kata Laluan, sila klik Lupa Kata Laluan
- Sila ambil maklum bahawa akaun anda akan dikunci selama 6 minit sekiranya gagal memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang betul sebanya tiga (3) kali berturut-turut
Pertama kali Log Masuk EPSA
Apabila anda berjaya Log Masuk EPSA buat pertama kali, sistem akan memaparkan borang soal selidik. Anda perlu lengkap borang soal selidik yang mengandungi tiga (3) skrin.
Anda boleh sahaja tekan butang Langkau untuk tidak menjawab soal selidik ini.
Walau bagaimanapun, borang ini akan dipaparkan semula setiap kali anda login EPSA, sehingga anda selesai menjawab kesemuanya sekali.
EPSA untuk guru KPM
Golongan guru juga digalakkan untuk memanfaatkan EPSA atas tujuan melengkapkan Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan yang juga dipanggil SPLKPM.
Ini adalah sistem yang digunakan oleh guru untuk mendaftarkan kursus dan latihan.
Akhir kalam
Diharapkan dengan perkongsian cara login EPSA ini akan memudahkan lagi proses pendaftaran anda.
Dengan adanya EPSA, besar harapan kami untuk melihat anda mempelajari perkara-perkara baru. Jangan stress selalu kerana perlu isi PAJSK atau APDM. Itu memang kerja kita, untuk pelajar.
Dengan ilmu di dada, pasti kita boleh berjaya.
Semoga bermanfaat.
Carian dari Google:
- epsa
- epsa gov my
- epsa login
- bagaimana hendak memuat naik surat pengesahan majikan epsa
- epsa pdrm
- https://www epsa gov my
- www epsa gov my
Saya Banyak Kali daftar epsa, tetap gagal
saya sudah complete course creative thinking. masih menunjukkan incomplete bahagian problem solving tools. saya sudah cuba banyak lagi.masih tak selesai kursus. markah 96.55 %. harap puan bantu saya. ini menyebabkan saya sudah boring buat kursus ini. saya cuba langkah satu demi satu.
ok
Bagaimana nak guna EPSA guna telefon bimbit? banyak kali nak masuk laman web ni guna telefon bimbit tapi masuk web lain pastu cari atas kanan untuk bahasa pun takde.
BAGAIMANA UNTUK BATAL KEAHLIAN DAN UNTUK BUAT BARU
saya sudah buat beberapa kali pada minggu ini tahun 2021 tetapi masih menunjukkan incomplete.saya cuba juga tajuk yang lain tetap incomplete.mohon bantu saya selesaikan masalah ini . terima kasih.