Kenaikan Gaji Pekerja 2023 Dijangka Meningkat 2% – 30%

Menurut laporan bertajuk 2023 Job Market and Salary Trends Report yang dikeluarkan oleh Randstad Malaysia pada hari ini, para pekerja di Malaysia bakal menikmati peningkatan gaji sebanyak 3% hingga 20% pada tahun ini.

Industri yang mempunyai pertumbuhan yang tinggi seperti teknologi dan pembuatan akan memberikan perubahan yang lebih memberangsangkan dalam struktur gaji mereka pada tahun 2023.

Menurut Randstad, aktiviti pengambilan pekerja pada tahun 2022 adalah pada paras tertinggi sepanjang masa, dengan syarikat-syarikat yang terus berusaha dalam meningkatkan dan memperluas pasukan mereka dengan calon pekerja terbaik yang ada di Malaysia.

Syarikat Randstad itu juga menjangkakan trend ini akan berterusan pada tahun 2023, meskipun dengan kadar yang sedikit perlahan dan lebih tertumpu kepada jawatan yang lebih khusus dengan kepakaran tertentu.

Randstad menyatakan bahawa syarikat-syarikat yang bertapak di Malaysia hanya akan berjaya dalam strategi pengambilan pekerja mereka jika langkah-langkah diambil untuk mengurus harapan bakat-bakat baru dan meningkatkan kemahiran pasukan tempatan.

Ini berlaku selari dengan ekonomi global yang agak suram, di mana banyak syarikat global yang mengurangkan aktiviti pengambilan pekerja kerana inflasi yang tinggi.

Ini secara tidak langsung memberi impak kepada kawalan perbelanjaan sesuatu syarikat.

Walau bagaimanapun, Randstad menyatakan bahawa kemelesetan ekonomi ini mungkin akan memberi keuntungan kepada pasaran kerja Malaysia kerana syarikat ada kemungkinan syarikat-syarikat besar akan memindahkan unit-unit perniagaan dan kakitangan mereka dari Eropah ke negara-negara Asia Tenggara.

Jika ini berlaku, ini akan membuka peluang pekerjaan yang untuk warga tempatan. Bukan itu sahaja, ia juga akan menarik lebih banyak tenaga mahir luar yang bertaraf global untuk berpindah ke Malaysia.

Dalam hal berkaitan teknologi, Randstad menyatakan bahawa teknologi akan menjadi titik fokus pertumbuhan di Malaysia dalam tahun-tahun akan datang.

Industri teknologi digital dijangka akan memberikan sumbangan sebanyak 22.6% GDP pada tahun 2025.

Syarikat itu juga menyatakan bahawa kekosongan kerja digital telah bertambah tiga kali ganda dari 19,000 ke 56,000 dalam tempoh setahun dan pembangunan teknologi 5G akan mencipta 750,000 kerja pada 2023 di Malaysia sahaja.

Sumber: The Edge

Leave a Comment