foodpanda Malaysia Bantu Mangsa Banjir

foodpanda Malaysia, platform penghantaran makanan terkemuka di negara ini, menghulurkan bantuan kepada mereka yang terjejas akibat bencana banjir di Pantai Timur baru-baru ini dengan menyumbangkan barangan keperluan harian bernilai RM50,000. Ini adalah tahun kedua berturut-turut di mana foodpanda Malaysia bekerjasama dengan Kementerian Pertahanan dalam usaha menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Mengulas mengenai inisiatif sumbangan dan amal kebajikan ini, Pengarah Operasi foodpanda Malaysia, Kelvin Chan berkata sifat terpuji yang dimiliki oleh rakyat Malaysia ialah semangat perpaduan dan kebersamaan kita, terutama sekali sewaktu rakyat menghadapi kesukaran. “Bersama-sama dengan Kementerian Pertahanan, kami berharap dapat membawa perubahan kepada masyarakat dalam setiap perkara yang kami lakukan. Walaupun kecil, kami yakin bahawa usaha kami ini sedikit sebanyak dapat membantu mangsa menangani kesan selepas banjir.”

Antara barangan yang disumbangkan oleh foodpanda Malaysia ialah berangan keperluan harian seperti air mineral, biskut, tuala wanita dan banyak lagi. Semua barangan tersebut akan diserahkan dan diagihkan oleh Kementerian Pertahanan ke kawasan-kawasan yang terjejas di seluruh negara, di mana kebanyakannya disasarkan untuk kawasan-kawasan kritikal di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Kami memilih untuk bekerjasama dengan Kementerian Pertahanan kerana pada ketika ini mereka mempunyai keupayaan logistik yang mantap untuk masuk ke kawasan-kawasan yang terjejas. Kami amat menghargai kerja keras dan dedikasi wira-wira yang tidak didendangkan ini kerana usaha mereka membantu kami menghantar barangan bantuan tersebut kepada mangsa banjir yang memerlukan,” tambah Kelvin.

 

ABOUT FOODPANDA

foodpanda is a leading delivery platform in Asia Pacific dedicated to bringing consumers a wide range of food, groceries and more, quickly and conveniently. Powered by technology and operational excellence, foodpanda is spearheading the growth of quick-commerce (q-commerce) across the region with its network of retail partners, as well as pandamart cloud stores to provide more on-demand options beyond the millions of food delivery options. foodpanda operates in more than 300 cities across 11 markets in Asia Pacific – Singapore, Hong Kong, Thailand, Malaysia, Pakistan, Taiwan, Philippines, Bangladesh, Laos, Cambodia, and Myanmar. foodpanda is a subsidiary of Delivery Hero, a global leader of the food delivery industry. For more information, visit www.foodpanda.com

ABOUT DELIVERY HERO

Delivery Hero has a strong presence in 39 out of the 45 countries in which it operates across Europe, Latin America, Asia, the Middle East and North Africa. Delivery Hero also operates its own delivery service primarily in over 600 cities around the globe. Headquartered in Berlin, Germany, the group has more than 27,000 employees. Delivery Hero is listed on the Frankfurt stock exchange and became part of the leading index DAX (Deutscher Aktienindex) in 2020. For more information, please visit www.deliveryhero.com

Leave a Comment