Melalui inisiatif PENJANA yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, kerajaan bermurah hati untuk memberikan kredit e-Wallet sebanyak RM50. Walau bagaimanapun, pemberikan kredit ini hanya layak kepada sesiapa yang telah memuat turun aplikasi dan daftar MySejahtera sahaja. Izinkan kami berkongsi cara download MySejahtera, seterusnya proses untuk pendaftaran pula.
Duit percuma, siapa yang tak nak kan?
Jika anda seorang usahawan yang mempunyai premis perniagaan, langkau artikel ini untuk baca cara buat QR Code My Sejahtera.
Sedikit mengenai MySejahtera
MySejahtera mmerupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia. Ia adalah bertujuan untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di Malaysia.
MySejahtera membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan sendiri.
Pada masa yang sama, dengan download MySejahtera dan menggunakannya, ini dapat membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.
Dengan kata lain, MySejahtera boleh bantu Kerajaan Malaysia untuk bantu kita semua dalam melindungi diri dan keluarga dari Coronavirus COVID-19. Ia bertujuan untuk:
- Menilai tahap kesihatan terhadap risiko COVID-19 untuk diri kita dan keluarga
- Mendapatkan panduan kesihatan terkini berkaitan COVID-19
- Mendapatkan panduan tindakan yang perlu diambil berdasarkan kategori risiko COVID-19
- Mendapatkan maklumat lokasi fasiliti kesihatan yang berdekatan
- Menerima maklumat yang terkini dan panduan mengenai COVID-19 dari sumber yang sahih
Semua premis perniagaan adalah digalakkan untuk mendaftar MySejahtera bagi memudahkan KKM mendapatkan maklumat awal sekiranya berlakunya penularan COVID-19 di kawasan terbabit.
Cara download MySejahtera (iPhone, Android, Huawei)
Berikut ialah cara download MySejahtera.
Ada beberapa cara untuk muat turun atau download aplikasi MySejahtera yang melibatkan jenis peranti berbeza.
- Jika anda pengguna Android, klik sini untuk download melalui Google Play
- Jika anda pengguna Apple iPhone yang dikuasakan dengan sistem operasi iOS, klik sini untuk download melalui App Store
- Jika anda pengguna Huawei pula, klik sini untuk muat turun melalui Huawei AppGallery
Kalau ada masalah untuk login, sila ikuti panduan untuk reset password MySejahtera.
Register MySejahtera app
Berikut ialah langkah dan cara daftar MySejahtera seperti yang dikongsikan dalam laman web rasmi mysejahtera.malaysia.gov.my
Walaupun kami sudah tulis mengenai cara pendaftaran MySejahtera sebelum ini, kami akan ulang sekali lagi.
- Ikut cara download MySejahtera seperti pautan di atas
- Install sehingga selesai
- Klik aplikasi MySejahtera untuk buka
- Tunggu sehingga habis loading kesemuanya
- Klik Daftar Di Sini
- Daftar dengan nombor telefon atau email
- Masukkan OTP yang diterima melalui SMS
- Klik pautan pengesahan dalam email
- Anda kini berada dalam langkah 1 untuk claim MySejahtera eWallet sebanyak RM50
- Masukkan atau kemaskini butiran pendaftaran
- Nama pengguna
- Nama penuh
- Nombor telefon
- Nombor Kad Pengenalan atau Passport
- Umur
- Jantina
- Bangsa
- Alamat semasa
- Anda kini berada dalam Langkah 2 dalam proses daftar MySejahtera
- Tetapkan Kata Laluan
- Tekan butang Sahkan
- Pendaftaran MySejahtera anda telah berjaya
- Anda akan menerima mesej “Terima kasih! Hampir selesai. Sila klik pautan di bawah untuk memuat turun aplikasi MySejahtera. ID Pengguna anda ialah [email protected]. Kata laluan anda adalah seperti yang dimasukkan dalam halaman sebelumnya”
- Tekan Tutup
- Kini anda sudah boleh login MySejahtera
Akhir kalam
Untuk mendapatkan kredit eWallet dari MySejahtera sebanyak RM50 adalah sedikit sukar dan merumitkan. Ramai beranggapan, kalau mahu beri kredit, beri sahaja. Buat apa mahu daftar pula.
Namun, kami berpendapat ini adalah satu tindakan bijak oleh kerajaan. Dengan mewajibkan pendaftaran MySejahtera, kerajaan boleh memantau penularan wabak COVID-19 di Malaysia dalam tempoh PKPP ini.
Sama-sama kita bantu kerajaan dalam menangani penularan ini.
Semoga bermanfaat.
Saya tak boleh buka bar code utk masuk premis
Maybe system tengah full… Cuba tengah malam
tak boleh log masuk kenapa ya? dah puas saya cuba login masih tak boleh katanya
LOG masuk -ID pengguna atau kata laluan tidak sah … nak tukar kata laluan pun tak boleh apa masaalah dia ni kena jangkitan covid -19 ke? bila nak daftar semula katanya no telefon telah di daftarkan…apa macam ?
Sama juga……cuba log in 2 hri dah msih tak boleh juga…. Kena virus kot
Saya ta boleh claim e wallet sebab dah tukar no. Telefon baru no.tel ama dah tak guna lagi…mcmana nak daftar no.tel baru?
sama sy pun mcm itu..sy tidak dapat login selepas register
OK saya dah dapat cara penyelesaiannya cuba uninstall app Mysejatera tu kemudian install balik ,bila nak login masukan no telefon (jika daftar guna no telefon) tidak perlu letak no 0 didepan (contoh jika no fon kita 013212124 cuma letak 13212124) dan masukan pasword anda saya guna cara ni jika guna no fon untuk daftar
Cuba restart talifon dan buka balik..
takboleh nk masuk sbb tiba2 keluar id penguna atau kata laluan tidak sah…nk reset password balik pun tidak ada respon….kenapa degan program ni….
OK saya dah dapat cara penyelesaiannya cuba uninstall app Mysejatera tu kemudian install balik ,bila nak login masukan no telefon (jika daftar guna no telefon) tidak perlu letak no 0 didepan (contoh jika no fon kita 013212124 cuma letak 13212124) dan masukan pasword anda saya guna cara ni jika guna no fon untuk daftar
mcm mana nk claim ny…da login tp xde pon bhgian claim…
Sama mcm sy
korg kena scam je ngn kerajaan..diorg pancing supaya korg dftar jgak bnda alah ni..mcm pundek
lawak la ko ni..haha…baca link ni ya https://kerjaya.co/info-mysejahtera-apps/…#membacaamalanmulia
kepala toya kau nak claim bulan 7 nanti
Sama la bro…nak claim camner plak?
SAMA BAHAGIAN E WALLET TAK ADA
Tunggu la woi..inisiatif ni baru nak start bulan Julai nnt…ni mesti kes x membaca ni.. ni ha linknye…https://kerjaya.co/info-mysejahtera-apps/…..#membacaamalammulia
Saya dah daftar tapi payah nak login
Tak memiliki ewallet
Tak boleh log in walau pendaftaran terima kasih berjaya bila buka fail mysejahtera dia muka depan laman check in klip pada check tak apa respon diatas ada perkataan “tutup” apa sebab tak tahu
saya hadapi masalah yang sama…solutionnya uninstall apps…kemudian install semula, x perlu daftar semula…guna login dan password yang telah berjaya register
Bagaimana kalau sy hendak daftar utk dptkan ewallet bg ibu sy dan ibu mertua yg tiada kemudahan telefon pintar
Dah slmt mndftar tapi tak boleh nk login…berkali2 cuba..yg asyik Kuar id pngguna/no tel xsah je…wat mcm2 cra tetap x boleh…sah..dh kna virus covid ni…
so maksudnye, kita kena download e-wallet tu juga lah ye? duit rm50 pendaftaran my sejahtera akan debit ke sana?… warga asing pun akan dapat ke rm50 tu kalau daftar my sejahtera ni?
Tak ade button pun nak claim RM 50 … Yang Ade bagi code tu pun msg Dari no yg bank selalu hantar…pelik jugak asal Dari no bank nie..
tak dapat login juga…nak reset password xdapt…no dah daftar…mcm mana ni
Kalau guna email macamana
woi x baca berita ke..kita cuma bole claim RM5O tu bulan Julai nanti…..#banyakkanmembaca #membacaamalanmulia
saya tak paham.. daftar sudah, log in segala sudah… yang x takde kesudahannya… mana rm50 nye..
Macamana nk claim RM50.. Kata bulan julai.. Dah berapa hb
Bos yazid cashier and hawa.