Cara Daftar ePerolehan Sebagai Pembekal (eperolehan.gov.my)


Bagaimana cara daftar ePerolehan sebagai pembekal dari Kementerian Kewangan Malaysia? Mudah sahaja, ikuti panduan seperti di bawah.

Jika sudah register, boleh terus login ePerolehan sebagai pembekal.

Sedikit mengenai ePerolehan

ePerolehan merupakan sistem perolehan online, yang membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada kerajaan Malaysia secara atas talian.

ePerolehan juga berperananan sebagai salah satu cara untuk para pembekal mendaftar dan memperbaharui Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Sistem ePerolehan secara “paperless” ini sebenarnya lebih mudah, serta menjimatkan kos, masa dan tenaga.

Cara daftar ePerolehan

Cara daftar ePerolehan (Pendaftaran Pembekal Online)

Sebelum boleh login ePerolehan dan masuk tender kerajaan, anda perlu mendaftar terlebih daulu.

Mana-mana syarikat yang berkelayakan, memang boleh masuk ePerolehan tender.

Jadi, anda perlu buat permohonan pendaftaran pembekal baru terlebih dahulu:

  1. Layari laman web rasmi ePerolehan di sini: https://www.eperolehan.gov.my/online-registration
  2. Pilih jenis akaun iaitu Akaun Asas, Akaun MOF dan Akaun G2G.
  3. Untuk maklumat lanjut, sila baca penerangan mengenai jenis akaun pembekal untuk daftar ePerolehan
  4. Kami andaikan anda mahu buat pendaftaran untuk Akaun Asas
  5. Pilih Akaun Asas
  6. Sila baca PENGENALAN AKAUN PEMBEKAL sebelum meneruskan cara daftar ePerolehan
  7. Selesai baca, tekan butang Seterusnya
  8. Baca TERMA DAN SYARAT dengan teliti
  9. Masukkan nombor dan aksara Captcha yang dikehendaki
  10. Klik Seterusnya
  11. Klik pada Saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat di atas dan mengesahkan bahawa maklumat Pentadbir Pembekal yang dilantik adalah tepat dan benar
  12. Di bahagian MAKLUMAT AKAUN, masukkan:
    • Jenis Perniagaan / Syarikat
    • Nombor Pendaftaran Perniagaan
  13. Masukkan Nombor Kad Pengenalan jika dipinta
  14. Tekan butang Seterusnya
  15. Selesaikan hingga habis semuanya

 

Jenis akaun pembekal untuk daftar ePerolehan

Akaun Asas

  • Akaun ini adalah khas bagi pembekal yang ingin daftar ePerolehan yang bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan (Bukan Perunding) tidak melebihi RM20,000.00.
  • Tiada bayaran dikenakan untuk permohonan Akaun Asas.

Akaun MOF

  • Akaun ini adalah untuk pembekal yang ingin daftar ePerolehan yang bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan sehingga nilai RM20,000 dan juga yang melebihi had nilai RM20,000. Pembekal akaun MOF terbahagi kepada dua iaitu:
    • Kontraktor:
      • bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Perolehan Bekalan & Perkhidmatan bukan perunding; atau
      • bertransaksi dengan Lain-lain (Kerajaan Negeri, Badan Berkanun, Syarikat Berkaitan Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan)
    • Perunding – bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Perolehan Perkhidmatan Perunding.

Akaun G2G

  • Bagi Agensi Kerajaan bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan menggunakan kaedah pembelian terus tanpa had nilai di sistem ePerolehan.
  • Agensi Kerajaan bermaksud Badan Berkanun Persekutuan/Negeri, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Pendaftaran ePerolehan Guna GMail

Jika anda seorang pembekal yang ingin mendaftar, anda dinasihatkan untuk menggunakan

Jangan guna perkhidmatan e-mel Yahoo iaitu @yahoo.com, @ymail.com dan @rocketmail.com dalam urusan Pendaftaran Pembekal bagi mengatasi masalah penerimaan notifikasi e-mel daripada Sistem ePerolehan.

 

Akhir kalam

Mudah-mudahan, selepas membaca cara daftar ePerolehan ini, anda diberikan semangat untuk terus bekerja keras untuk anak-anak dan keluarga.

Yang penting, selepas mendapat kelulusan, silakan masuk mana-mana tender dan sebut harga. Jika ada rundingan terus, itu lebih baik.

Cuma ingin diingatkan, jangan terlibat dengan rasuah. Biar tak kaya di dunia, tapi kaya di akhirat. Hanya jika terdesak, buatlah pinjaman MARA atau pinjaman perniagaan dari bank di Malaysia.

Semoga bermanfaat.


1 thought on “Cara Daftar ePerolehan Sebagai Pembekal (eperolehan.gov.my)”

  1. Salam tuan..kod bidang jenis perniagaan yang dibenarkan utk didaftarkan bg permohonan mof ni adalah 30 jenis kan?apakah kite perlu kemaskini dahulu semua kod bidang ini di dlm ssm sebelum daftar mof atau boleh saja kalau kita kemaskini dalam ssm selepas pendaftaran mof ini?terima kasih..

    Reply

Leave a Comment