Check Saman Polis Melalui No Plat (Guna SMS & Cek Online)

Kepada anda yang tertanya-tanya tentang kaedah untuk semak saman PDRM yang tertunggak atau yang belum sempat anda lunaskan, jangan risau. Ini kerana kami akan berkongsi tentang cara check saman polis melalui no plat yang cukup ringkas.

Ini kerana pada masa kini, segala informasi dan maklumat amatlah mudah untuk diakses. Segala yang perlu kita ketahui hanyalah di hujung jari sahaja. Kecanggihan teknologi memudahkan kita semua.

Kini kita boleh menyemak saman Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dengan hanya menggunakan nombor plat kenderaan kita melalui kaedah online di laman web ataupun melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Jadi, sebelum anda dikenakan sebarang tindakan keras, ada baiknya anda check saman PDRM online dan selesaikan saman yang tertunggak dan belum sempat dilunaskan.

Izinkan kami berkongsi.

1. Check saman polis melalui no plat (Guna SMS)

PDRM menyediakan saluran dan keadah mudah untuk anda menyemak saman melalui pesanan khidmat ringkas sahaja.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

Maklumat saman no plat ringkas

  • Taip POLIS <jarak> SAMAN <jarak> (Nombor kad pengenalan atau nombor plat kenderaan)
  • Hantarkan SMS tersebut kepada talian 32728 atau 12888.

Contoh:

  • POLIS SAMAN 881111105465
  • POLIS SAMAN WWW1234

 

Maklumat saman no plat yang terperinci

Sekiranya anda menginginkan jawapan yang lebih terperinci, sila ikuti langkah di bawah:

  • POLIS <jarak> SAMAN <jarak> (No Kad Pengenalan atau nombor plat kenderaan) <jarak> (email)
  • Email dan hantarkan kepada 32728

Contoh:

 

Caj SMS yang dikenakan untuk semak saman

Perlu diingat caj sebanyak 15 sen akan dikenakan ke atas setiap SMS yang dihantar.

 

2. Check saman polis melalui no plat online (Guna MyBayar)

Ada beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk buat semakan saman polis secara atas talian:

Portal MyBayar

Sila pastikan anda sudah buat pendaftaran di portal MyBayar terlebih dahulu.

  1. Layari laman web rasmi MyBayar di sini: https://mybayar.rmp.gov.my
  2. Masukkan ID Pengguna
  3. Masukkan Kata Laluan
  4. Tekan butang Log Masuk
  5. Anda kini sudah masuk ke dalam sistem My Bayar Saman
  6. Lihat paparan berapa Saman Belum Jelas
  7. Lihat Jumlah Kompaun dalam nilai Ringgi Malaysia
  8. Pilih saman yang anda ingin buat pembayaran
  9. Jika tidak mahu bayar semua, pilih mana yang penting dahulu
  10. Teruskan dengan buat pembayaran secara FPX atau kad kredit
  11. Teruskan sehingga selesai
  12. Selepas siap semuanya, anda boleh download resit
  13. Anda juga akan menerima resit pembayaran melalui email

 

Portal SSO PDRM

Sila pastikan anda sudah buat pendaftaran di portal SSO PDRM terlebih dahulu.

  1. Layari portal rasmi SSO PDRM di sini: https://sso.rmp.gov.my
  2. Klik Login di bahagian atas, sebelah kanan
  3. Masukkan ID pengguna
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Setelah berjaya login, klik pada ikon Status Saman
  6. Anda boleh semak dengan menggunakan nombor MyKad
  7. Anda juga boleh buat semakan saman dengan menggunakan nombor plat kenderaan.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian pada hari ini akan dapat memudahkan urusan anda untuk menyemak baki saman anda dan sekaligus memudahkan urusan anda untuk meneyelesaikan saman anda yang tertunggak.

Semoga bermanfaat.

47 thoughts on “Check Saman Polis Melalui No Plat (Guna SMS & Cek Online)”

  1. Salam dan Selamat Sejahtera,
    Bagaimanakah cara untuk bayar saman online berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan. Kenderaan tersebut bukan milik saya. Berdasarkan web2 PDRM untuk saman, hanya untuk login berdasarkan No. IC pengguna. Tolong berikan panduan.

    terima kasih,

    Reply
  2. Selamat Petang. Mohon kerjasama untuk buat semakan jika terdapat saman keatas kenderaan-kenderaan rasmi pejabat kami seperti berikut :-

    Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)
    No. Badan Berkanun : 143820 (BDN)

    Terima kasih.

    Reply

Leave a Comment