Cara Topup Prepaid (Maxis, Celcom, Digi, UMobile, TuneTalk)

Semua sedia maklum pelan rangkaian telekomunikasi terbahagi kepada dua iaitu pascabayar (postpaid) dan prabayar (prepaid).  Jadi pada hari ini kami akan berkongsi dengan anda tentang cara topup prepaid.

Cara topup prepaid

Postpaid dalam erti kata lain ialah sistem bil. Berbeza dengan prepaid, pelan ini adalah menggunakan nilai tambah. Maksudnya jika pengguna membeli nilai tambah RM10 dan menggunakannya sehingga habis, pengguna perlu membeli lagi nilai tambah untuk menggunakan perkhidmatan telekomunikasi.

 

Bagaimana top up prepaid?

Bagaimana pelan prepaid ini berfungsi? Bagaimana mahu tambah nilai (top up) prepaid apabila sudah habis kredit digunakan?

Tetapi yang paling utama ialah anda mesti membeli kad prabayar terlebih dahulu. Kad prabayar ini ada dijual di kebanyakkan kedai serbaneka dan runcit di negara ini.

Kami akan menerangkan kepada anda cara topup prepaid mengikut jenis telco.

 

1. Maxis

– Taip *111* diikuti dengan 14 digit PIN yang diperolehi daripada kad prabayar yang dibeli dan diikuti tanda #.

– Untuk menyemak baki anda selepas membuat tambah nilai, boleh dail *122#

 

2. Celcom

– Taip *122* diikuti 16 digit PIN dan ditutup dengan #

– Untuk menyemak baki selepas membuat tambah nilai, boleh dail *124#

 

3. Digi

– Taip *123* dan masukkan 16 digit PIN diikuti dengan tanda #.

– Untuk menyemak baki selepas tambah nilai, dail *126#

Cara sos topup Digi, sekiranya anda inginkan panduan klik sahaja pada pautan tersebut.

 

4. UMobile

– Taip *138* dan masukkan 14 digit PIN diikuti #

– Untuk semak baki, dail *118#

 

5. TuneTalk

– Taip *122* dan masukkan 16 digit PIN diikuti

– Untuk semak baki selepas tambah nilai, dail *133#

 

Secara umumnya, cara topup prepaid bagi semua telco adalah serupa dengan pengguna perlu memasukkan digit PIN yang dibeli. Yang membezakannya hanyalah kod pembukaan dan nombor digit serta jumlahnya. Perlu diingatkan kad prabayar Maxis tidak boleh digunakan kepada Celcom, begitu juga sebaliknya dan turut melibatkan syarikat telco lain.

 

Akhir kalam

Diharapkan perkongsian ini memberi manfaat. Mungkin kebanyakkan pengguna sudah fasih dengan maklumat ini tetapi mungkin ada juga yang tidak tahu.

Misalnya pengguna baharu ataupun pengguna yang sudah lama menggunakan postpaid dan ingin beralih arah kepada prepaid atau pun pengguna yang menukar talian telco.

Semoga maklumat ini membantu anda.

1 thought on “Cara Topup Prepaid (Maxis, Celcom, Digi, UMobile, TuneTalk)”

Leave a Comment