Cara Setting Remote Astro (Dan Sambung Dengan TV)

Cara Setting Remote Astro (Dan Sambung Dengan TV)


Kepada pengguna setia Astro, anda mungkin pernah mengalami situasi di mana alat kawalan Astro anda terjatuh lalu ianya sudah tidak boleh digunakan lagi kerana mengalami kerosakan . Memang sukar untuk membaiki remote Astro anda yang telah rosak. Namun pada hari ini izinkan kami berkongsi dengan anda cara setting remote Astro anda sekiranya anda telah membuat keputusan untuk membeli yang baru.

Perlu diingat bahawa bukan semua model remote Astro anda mempunya kod pengaktifan yang sama. Lain jenis model remote anda, lain nombor kod pengaktifannya nanti. Kami akan kongsikan juga dalam artikel ini nombor kod untuk anda berdasarkan model remote anda dan jenis TV anda.

Cara setting remote Astro

  1. Keluarkan dan pasangkan bateri remote Astro anda.
  2. Letakkan remote Astro anda menghadap dengan dekoder Astro anda dan tv anda agar dapat memudahkan proses pembacaan signal oleh dekoder Astro anda.
  3. Setelah itu anda perlu mencari butang yang ada tertera ”TV” dan butang yang tertera “OK”, dan anda perlu klik pada kedua-dua butang tersebut secara serentak.
  4. Anda perlu tekan dua butang tersebut sehingga lampu LED pada remote Astro anda mengeluarkan kelip sebanyak 2 kali.
  5. Selepas itu anda perlu masukkan 4 kod nombor pengaktifan seperti yang dijelaskan di atas.
  6. 4 kod ini berbeza mengikut jenis model TV anda dan juga remote Astro anda.
  7. Kami akan kongsikan kod-kod di bawah.
  8. Setelah memasukkan 4 kod, lampu LED pada remote Astro anda akan berkelip sebanyak 2 kali lagi menandakan kod yang anda masukkan boleh diterima dan betul.
  9. Selesai sudah proses setting remote Astro anda.

 

Kod-kod mengikut jenama TV anda

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web rasmi Astro pada pautan ini.

SAMSUNG
0060 0812 0618 0178 0587 0009 0093 0556 1235 0108 0037 0217 0264 0370 0072 0156 1208 0766 0814 0216 0290 0821 0163

SONY
1825 1505 0011 1651 0036 0650 1010 0037 0056 0093 0170 0074

PHILIPS
0037 0556 1744 0772 1246 1304 0178 0108 0195 0087 0374 0760 0343 0595 0009 0200 0361 1521

PANASONIC
0650 0226 1650 1636 0108 1310 0037 0556 0163 1208 0508 0896 0361 0853 1335 0367 0516 0548 0001

TOSHIBA
1508 0508 0060 0009 0714 0036 0156 1656 0070 0093 2060 0264 1935 0412 1164 0618 1582 0650 0821 1704 0217 0109 1457 1916 1908 0698 0037 0736 1556 1037

LG
1423 0001 0178 0037 0556 0876 0370 1768 0377 0009 0714 0060 0217 0108 0216 0290 0163 0606 0109 0689 0715 0823 0829 1556 1191 0247 0367 1681 1539

PIONEER
1260 0760 0011 1070 1457 0698 0109 0037 0287 0556 0428 0370 0343 0361 0486 0512

SHARP
0093 0009 1393 0036 0491 0818 0256 1819 0650 0294 0653 0412 0516 0200 0760 2214

JVC
0653 1818 0036 1153 0606 1653 0371 0508 0731 0683 0192 0218 0418 0093 0650

HISense
0848 0208 0009 0145 0156 0227 0508 0696 0748 0753 0821 1170 0780

Haier
0698 0869 0264 0768 0779

 

Sekiranya kod yang anda masukkan buat pertama kali tidak berjaya, tukar sahaja kepada kod lain yang disediakan di dalam kategori yang sama.

Kepada pengguna Astro yang ingin melanggan kepada Astro On The Go, kami ada sediakan artikel tentang cara daftar Astro On The Go.

 

Akhir kalam

Diharapkan perkongsian ini dapat memudahkan urusan anda untuk setting remote Astro anda.

Semoga bermanfaat.


Artikel Berkaitan

Cara Setting Remote Astro (Dan Sambung Dengan TV)

Leave a Comment