Jika anda masih tertanya-tanya tentang apakah sebenarnya nombor SOCSO atau PERKESO anda. Kami ada jawapannya. Pada artikel kali ini, kami akan menjelaskan kepada anda tentang cara semak nombor SOCSO anda dengan cepat dan mudah.
Apa itu SOCSO/PERKESO dan fungsinya?
Sebelum anda pergi dengan lebih lanjut, ketahui dahulu serba sedikit mengenai SOCSO atau PERKESO dan fungsinya.
- PERKESO iaitu Pertubuhan Keselamatan Sosial ditubuhkan sebagai sebuah Jabatan Kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia bagi mentadbir, melaksana dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969.
- Pertubuhan PERKESO adalah berteraskan konsep tanggungjawab bersama menerusi sumber terkumpul, perkongsian risiko dan penggantian pendapatan.
- Fungsi utama PERKESO adalah untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungannya menerusi skim-skim perlindungan yang diperkenalkan.
Itulah antara ringkasan maklumat mengenai SOCSO atau PERKESO. Mari teruskan dengan mengetahui cara-cara semak nombor SOCSO.
Izinkan kami berkongsi.
3 cara semak nombor SOCSO/PERKESO
Berikut merupakan beberapa cara semak nombor SOCSO atau PERKESO anda.
1. Cara check nombor SOCSO melalui nombor kad pengenalan
Berdasarkan jawapan kepada soalan-soalan lazim yang dikemukakan oleh pihak PERKESO. Nombor ahli SOCSO atau PERKESO adalah nombor kad pengenalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
Sebagai contoh, nombor 678910015111 yang tertera pada nombor kad pengenalan anda itu adalah nombor SOCSO anda.
Jika anda masih belum pasti dengan jawapan kami, anda boleh rujuk laman soalan lazim portal PERKESO di sini https://www.perkeso.gov.my.
2. Hubungi bahagian Khidmat Pelanggan PERKESO
Anda boleh menghubungi bahagian Khidmat Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000 bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang, isnin sehingga jumaat untuk mendapatkan nombor SOCSO anda.
Sekiranya anda ingin menggunakan cara ini, pastikan anda bersedia untuk memberikan maklumat peribadi tentang diri anda seperti nombor kad pengenalan dan nama penuh.
3. Cara mengetahui nombor SOCSO dengan merujuk slip gaji
Kebiasaannya, slip gaji untuk yang sudah lama bekerja akan disertakan dengan nombor SOCSO dan juga nombor EPF. Jadi, sila rujuk slip gaji anda untuk semak nombor SOCSO.
Walau bagaimanapun, sekiranya ini merupakan kali pertama anda bekerja dan dalam waktu yang singkat. Sila rujuk ke Jabatan Sumber Manusia atau HR di syarikat anda untuk mendapatkan nombor SOCSO anda.
Anda ada soalan lain atau aduan untuk diajukan mengenai SOCSO/PERKESO?
Sekiranya anda ada soalan atau aduan untuk diajukan mengenai SOCSO atau perkara berkaitan PERKESO.
Anda boleh melayari laman web rasmi PERKESO di sini htpps://www.perkeso.gov.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai PERKESO atau cara lain untuk menghubungi pihak mereka.
Anda juga boleh menghantar faks ke nombor 03-42567798 atau emel kepada [email protected].
Akhir kalam
Diharapkan penjelasan ini mampu memberikan panduan kepada anda yang ingin tahu cara semak nombor SOCSO atau PERKESO anda. Caranya mudah untuk dilakukan. Tahu atau tidak sahaja.
Sekadar berkongsi, untuk anda yang mengalami kemalangan serius semasa bekerja dan perlu membuat tuntutan PERKESO. Jangan lupa claim SOCSO anda. Ikut prosedur dan cara yang betul untuk dapatkan hak anda.
Semoga bermanfaat.