Cara Renew CIDB Green Card (Kad Hijau Pekerja Asing)

Jika anda seorang kontraktor atau bekerja di syarikat pembinaan yang menguruskan pekerja tempatan dan juga pekerja asing, ini adalah untuk anda. Sila baca cara renew CIDB Green Card betul-betul, bagi mengelakkan dari dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

Izinkan kami berkongsi.

Sedikit mengenai CIDB

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan atau lebih dikenali dengan nama singkatannya iaitu CIDB merupakan sebuah badan yang ditubuhkan untuk mengawal selia pematuhan piawaian bagi mutu kerja binaan dan bahan binaan.

Ia juga berfungsi untuk memajukan dan menggalakkan jaminan kualti dalam industri pembinaan di Malaysia.

Di antara tugas utama CIDB adalah mendaftar dan mengakreditasi kontraktor, mengenakan sebarang syarat pendaftaran, pembaharuan lesen CIDB dan akreditasi kontraktor.

Ia juga mempunyai bidang kuasa untuk membatalkan, menghalang pembaharuan lesen CIDB dan menggantung lesen kontraktor sekiranya didapati gagal mematuhi piawaian dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh CIDB serta mengembalikan semula pendaftaran dan akreditasi kontraktor.

Klik sini untuk mengetahui cara renew lesen CIDB secara online. Untuk majikan yang mempunyai pekerja asing, sila baca can fahamkan cara renew CIDB Green Card.

Apa itu Kad Hijau CIDB?

Green Card atau Kad Hijau CIDB juga dikenali sebagai Kad Personel Binaan.

Ia adalah perakuan bagi pekerja binaan yang telah menjalani kursus & latihan keselamatan di tapak pembinaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia atau juga dikenali sebagai Construction Industry Development Board (CIDB) Malaysia.

Setiap pekerja binaan samada pekerja tempatan atau pekerja asing WAJIB berdaftar sebagai Personel Binaan dan memiliki Kad Hijau yang sah selaras dengan Seksyen 33, Akta CIDB 520.

Berkuatkuasa mulai 15 Oktober 2019, CIDB Malaysia memperkenalkan Kad Pintar Pendaftaran Personel Binaan baharu yang telah dinaiktaraf seiring dengan kemajuan teknologi.

Kad Pintar ini iaitu EMV Green Card programme yang direkabentuk dengan meningkatkan ciri-ciri keselamatan serta penggabungan Kad Pintar ini bercirikan transaksi perdagangan.

Personel binaan yang telah memiliki Kad Pintar CIDB hanya perlu memperbaharui pendaftaran personel binaan secara atas talian.

Kad Pintar hanya akan dicetak semula sekiranya personel binaan membuat permohonan gantian kad hilang atau rosak.

 

Cara renew CIDB Green Card

Terdapat cara yang mudah untuk anda renew Kad Personel Binaan (Kad Hijau/Green Card) anda.

Sila ikuti langkah di bawah:

  1. Mula-mula, layari laman web https://cims.cidb.gov.my/smis/regcontractor/index.vbhtml.
  2. Anda akan dibawa ke portal rasmi CIDB.
  3. Pada laman web ini, pergi ke bahagian login, dan login akaun anda dengan memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan.
  4. Setelah berjaya login, ada terpapar menu untuk anda pilih.
  5. Pilih Construction Personnel.
  6. Kemudian, pilih Construction Personnel Module, dan pilih pula Personnel Card.
  7. Akan ada ruangan untuk anda mengisi maklumat yang diperlukan.
  8. Isi kesemuanya.
  9. Kemudian, anda diberi pilihan untuk membayar secara online banking, atau anda hanya perlu hadir ke kaunter CIDB di daerah yang menjadi pilihan anda.
  10. Anda juga diberi pilihan, sama ada untuk mendapatkan green card anda secara pos terus ke alamat surat menyurat anda, atau anda boleh mengambil kad anda di kaunter CIDB.
  11. Anda berjaya renew green card anda.
  12. Walau baagimanapun, proses renew green card ini akan mengambil masa minimum sebulan. Jadi, anda boleh cetak green card yang sementara di laman web rasmi CIDB. Anda akan dimaklumkan sekiranya green card anda telah siap dikemas kini.

 

Akhir kalam

Berniaga kena jujur. Buat kerja elok-elok. Jangan sesekali makan rasuah.

Paling penting, utamakanlah warga tempatan kita.

Tidak salah untuk ambil pekerja asing. Namun, apa salahnya kita membantu ekonomi kita dengan mengambil pekerja tempatan yang tidak kurang juga hebatnya.

Sama-sama kita cari rezeki.

Semoga bermanfaat.

3 thoughts on “Cara Renew CIDB Green Card (Kad Hijau Pekerja Asing)”

  1. Assalamualaikum, saya ingin bertanye, bagaimana nk ubah email dan nombor handphone dlm sistem cidb, saya nk renew lesen ppk dan spkk, biler saya Reset , cidb akan hantar id dan password ke email yang lama, boleh minta bantuan dari pihak cidb. bagaimana cara nk masok email baru dan handphone baru.

    Reply

Leave a Comment