Cara Print Statement Bank Islam Online (bankislam.biz)

Pasti ramai yang menggunakan Bank Islam, bukan? Tapi, pada masa yang sama, kami percaya ramai kurang faham dan arif dengan cara print statement Bank Islam. Jadi, izinkan kami untuk kongsikan cara print statement Bank Islam.

Cara Print Statement Bank Islam

Berikut merupakan panduan print penyata mini anda melalui ATM dan secara online.

#1 Cara print statement Bank Islam di ATM.

Kunjungi ATM Bank Islam yang berdekatan dan ikut seperti cara di bawah. Jika anda mempunyai bank selain daripada Bank Islam, sila baca semakan penyata bank di ATM.

  1. Masukkan kad ATM Bank Islam ke slot kad.
  2. Tunggu hingga disahkan.
  3. Klik Bahasa Melayu pada skrin bagi memulakan proses print penyata mini Bank Islam
  4. Masukkan PIN ATM dengan menekan pada butang keypad ATM.
  5. Klik Bank Islam.
  6. Klik Khidmat Penyata.
  7. Klik Penyata Mini bagi meneruskan cara print penyata mini Bank Islam anda.
  8. Klik Cetak.
  9. Penyata mini yang keluar diambil.
  10. Klik Ya sekiranya ada transaksi untuk dibuat.
  11. Klik Tidak untuk selesaikan transaksi dan mengambil semula kad anda.

#2 Panduan print statement secara online.

Jika tidak mahu susah-susah ke ATM, boleh gunakan cara online. Pastikan anda ada online banking Bank Islam. Tapi sekiranya, anda belum mohon untuk dapatkan penyata bank,sila mohon terlebih dahulu. Sebab, permohonan ini akan mengambil masa selama sebulan. Panduan print statement Bank Islam adalah seperti di bawah.

Sekiranya anda mempunyai online banking Maybank2u tapi tidak tahu cara print statement, sila baca print statement Maybank.

  1. Layari laman web https://www.bankislam.biz/
  2. Klik INTERNET BANKING LOGIN.
  3. Masukkan USER ID.
  4. Klik Login.
  5. Sahkan Private Word anda.
  6. Klik pada kotak I acknowledge this is my Private Image and Private Word.
  7. Masukkan PASSWORD.
  8. Klik Login bagi melancarkan proses print statement anda.
  9. Klik My Accounts yang berada di sebelah kanan atas skrin.
  10. Klik E-Statement.
  11. Klik Maintenance.
  12. Pada laman E-Maintenance (Step 1 of 3), klik pada kotak I agree and acknowledge the following upon accepting electronic statement “E Statement Services”.
  13. Klik Proceed.
  14. Pilih akaun anda.
  15. Masukkan e-mel anda supaya proses print penyata mini Bank Islam berjalan dengan lancar.
  16. Klik Proceed bagi tujuan meneruskan cara print statement ini.
  17. Klik link Request i-Access Code. Kod dihantar ke nombor telefon anda.
  18. Masukkan kod yang diterima di nombor telefon anda pada ruangan i-Access Code.
  19. Klik Confirm.

#3 Cara print statement secara online setelah sebulan

Selepas sebulan, anda boleh akses dan download penyata anda. Cara print statement Bank Islam secara online seperti di bawah.

  1. Layari laman web https://www.bankislam.biz/
  2. Klik INTERNET BANKING LOGIN.
  3. Masukkan USER ID.
  4. Klik Login bagi memulakan proses print statement bank anda.
  5. Sahkan Private Word anda.
  6. Klik pada kotak I acknowledge this is my Private Image and Private Word.
  7. Masukkan PASSWORD.
  8. Klik Login 
  9. Klik My Accounts yang berada di sebelah kanan atas skrin.
  10. Klik E-Statement.
  11. Klik Download.
  12. Pilih Savings Account anda agar proses print statement anda berjalan dengan lancar.
  13. Klik Submit.
  14. Pilih dan klik pada link penyata bulanan yang diingini.
  15. Penyata akan disimpan dalam bentuk pdf.
  16. Anda boleh cetak penyata tersebut.
  17. Klik Logout yang berada di sebelah kiri atas skrin sekiranya tiada urusan lain. Selesai cara print statement.

Akhir kalam

Diharapkan perkongsian cara print statement Bank Islam dapat memudahkan lagi urusan anda.

Sekiranya anda pencarum KWSP tapi tidak tahu membuat semakan secara online, sila baca cara semak penyata KWSP dan semakan baki guna i-Akaun.

Semoga bermanfaat.

6 thoughts on “Cara Print Statement Bank Islam Online (bankislam.biz)”

  1. Tidak membantu utk ce5ak e stetment utk 6 bulan..penyata yg di minta dari bank..sangat2 lambat.4 hari bekerja..cuba perbaiki sistem ini..maaf skadar pandangan..saya telah mencubanya…perkataan “not found” yg keluar.

    Reply

Leave a Comment