6 Cara Nak Fix Relationship (Selamatkan Percintaan Sebelum Terlambat)

Dalam kita menjalinkan hubungan percintaan, mesti akan ada pasang surutnya. Tetapi kalau hubungan kita dengan si dia jadi bertambah tegang dan semakin renggang. Apa yang kita perlu buat dan bagaimana cara nak fix relationship itu supaya jadi lebih baik dari sebelum ini?

Jawapannya ada di sini.

Melalui artikel ini, kami ingin mengajarkan cara-cara nak fix relationship sebelum terlambat. Kalau kita sayangkan hubungan itu, kita mesti kena usaha lebih sikit untuk pertahankannya dan buatkan hubungan itu terasa seperti masa kita mula-mula jatuh cinta.

Kalau kita biarkan hubungan itu hancur macam itu sahaja. Bimbang kita yang akan menyesal satu hari nanti kerana terlalu cepat menyerah sebelum mencuba. Jadi, tunggu apa lagi.

Jemput baca perkongsian kami.

Cara nak fix relationship

Berikut merupakan beberapa cara nak perbaiki hubungan yang anda boleh lakukan.

1. Cara nak fix relationship dengan berbincang secara ‘slow talk

Tidak pasti kalau ada yang masih tidak pernah dengar mengenai term ofslow talk‘. Sebenarnya slow talk ini maksud dia sama sahaja dengan berbincang, cuma menggunakan cara yang lebih halus. Slow talk ini berbeza dari segi cara perbualan yang lebih deep dan soft.

Tetapi, mesej tetap sampai. Orang kata macam cakap dari hati ke hati lah.

Nak fix relationship ini kita boleh selesaikan dengan bawa berbincang. Kalau ada masalah apa-apa macam tidak suka itu, tidak suka ini. Tolong jelaskan secara terus-terang. Jangan pendam apa yang tidak puas hati dan cari penyelesaian bersama yang terbaik untuk atasi masalah dalam hubungan itu.

So, dah tentulah cara berbincang yang paling sesuai sekali kita guna ialah slow talk. Kalau kita cakap baik-baik, hati pun jadi tenang dan fikiran lebih terbuka untuk menerima pandangan pasangan kita.

 

2. Fix relationship dengan sentiasa terokai aktiviti baru bersama-sama

Kadang-kadang, hubungan jadi semakin hambar ini adalah sebab tidak pernah ada kejutan atau benda baru yang kita lakukan dengan si dia. Kita hari-hari ulang rutin hubungan yang sama sehinggalah salah seorang jadi bosan untuk teruskan hubungan itu.

Sebenarnya, dalam percintaan ini kena ada fresh start. Tidak kiralah kita dah bercinta 10 tahun ke atau baru 1 bulan ke. Kita kena selalu cuba benda yang baru dalam hubungan itu. Sebagai contoh, kalau keluar dating tiap-tiap minggu itu cubalah bawa pergi main ice skating ke, cuba kelas buat tembikar ke dan macam-macam lagi lah.

Nak-nak pula zaman sekarang ini dah ada macam-macam benda baru yang boleh kita teroka bersama-sama. Jadi, ambillah peluang itu untuk fix relationship dan buat aktiviti yang dapat menambah keseronokkan dan seri dalam hubungan itu. Kalau boleh, cuba buat benda baru yang kita tak pernah try tetapi apa yang si dia minat dan kita pun minat.

Barulah hubungan itu jadi lebih erat.

 

3. Memberikan jaminan mengenai hubungan tersebut

Salah satu cara nak fix relationship yang kita boleh cuba adalah dengan memberikan jaminan dalam hubungan kita. Sebagai contoh, jika kita ini lelaki. Bersikaplah lebih matang dengan menyatakan kepada si dia yang kita ini menjalinkan hubungan untuk menikahi si dia. Bukan bercinta untuk suka-suka sahaja.

Lebih bagus lagi kalau kita ini mempercepatkan proses hubungan itu dengan bertukar ke fasa baru iaitu pertunangan atau perkahwinan. Selalunya kalau kita tahu seseorang itu memang letak effort yang tinggi dalam hubungan kita dengan dia. Mestilah kita rasa dia betul-betul serius dengan kita.

Jadi bila dah ada jaminan yang hubungan itu bukannya main-main, kita yang selalu macam anjing dengan kucing ini pun boleh berbaik semula tak sampai 1 saat.

 

4. Selalu buat suprise untuk ceriakan si dia

Cuba bagitahu siapa sahaja yang tidak suka bila ada orang buat suprise untuk dia? Mestilah semua orang termasuk diri kita sendiri pun suka. Orang yang sememangnya hati dia keras macam ais pun boleh berubah jadi cair kalau selalu dapat kejutan.

Suprise ini pun sebenarnya bukan kena buat waktu hari jadi atau pada tarikh-tarikh tertentu sahaja. Sebaliknya untuk memperbaiki hubungan itu, suprise ini boleh dibuat pada bila-bila masa dan di mana jua. Nak buat suprise ini pula tidak perlu pun benda-benda yang mewah atau dekat tempat-tempat yang cantik sahaja.

Cukup sekadar kita belikan sahaja apa yang kita mampu dan dia suka asalkan benda itu dapat mengubah situasi hubungan kita dengan si dia jadi lebih ceria dari sebelum ini. Soal tempat itu, dekat depan rumah pun boleh buat suprise. Apa yang penting adalah keihklasan dan usaha kita untuk fix relationship itu dengan cara yang istimewa.

 

5. Fix relationship dengan mengamalkan give and take.

Give and take ini boleh disamaertikan sebagai memberi dan menerima. Peranan ini harus diterapkan apabila kita berbeza pandangan dengan si dia tetapi kita belajar menerima perbezaan itu dengan sudut pandangan yang terbaik.

Namun, cara ini haruslah diamalkan oleh kedua-dua belah pihak. Kalau sebelah pihak sahaja yang mainkan peranan ini. Kesefahaman dalam mencapai sesuatu keputusan itu tidak mungkin mampu dicapai dengan sama-rata.

Sebenarnya, ini adalah antara cara yang paling bagus untuk kita cuba apabila nak fix relationship. Ini kerana, dari peranan inilah kita dengan si dia sama-sama dapat meluahkan apa sahaja pendapat secara terbuka.

Meskipun kenyataan yang dikeluarkan itu mungkin tidak berada di tahap yang sama. Namun, kita akan dapat menyelesaikannya apabila kita mampu menerima perbezaan itu dan menyelaraskannya mengikut sudut pandangan yang mampu mencapai keputusan yang diinginkan kedua belah pihak.

Tambahan lagi, cara ini tidak mempunyai had masa. Kita boleh menggunakannya dalam apa sahaja situasi yang memerlukan kita untuk menjadi seseorang yang memahami perbezaan orang lain.

 

6. Cara nak fix relationship dengan berdoa kepada Allah

Seperti yang kita sedia tahu. Doa adalah senjata yang boleh kita gunakan di kala kita susah ataupun senang. Doa jugalah yang mampu menyelesaikan sesuatu kesulitan yang kita hadapi dalam hidup kita sehari-harian. Salah satu cara untuk memulihkan hubungan yang kita boleh cuba adalah dengan berdoa kepada Allah.

Mohonlah pada Allah agar urusan kita dipermudahkan dan diberikan petunjuk tentang hubungan itu. Kalau betul kita sayangkan dia, mintalah pada Allah untuk jodohkan kita dengan dia dan hubungan kita dengan dia berkekalan.

Andai kata sebaliknya pula yang terjadi, mohonlah supaya Allah jauhkan kita dari seseorang yang tidak ditakdirkan untuk kita. Percayalah dengan keajaiban doa kerana apabila Allah berkehendakkan sesuatu, maka terjadilah ia.

Tiada perkara yang mustahil apabila kita mohon pertolongan dari Allah.

 

Akhir kalam

Kesimpulannya, banyak lagi cara nak fix relationship yang kita boleh cuba dengan cara kita yang tersendiri. Jangan pula takut untuk berusaha demi selamatkan hubungan itu. Lakukan apa sahaja yang boleh sedaya-upaya kita supaya satu hari nanti kalau ditakdirkan dia tetap bukan jodoh kita.

Kita akan mampu terima dengan hati yang terbuka kerana kita telah memberikan yang terbaik sepanjang hubungan kita dengan si dia.

Sebelum kami akhir penulisan ini, kami nak pesan sikit dekat kaum perempuan di luar sana. Bercinta memang seronok tetapi elakkanlah bercinta dengan suami orang. Bukan apa, bila ada hubungan dengan orang yang sudah berkahwin ini sebenarnya banyak lagi pahit dari manisnya.

Kalau tak percaya, boleh selidik sendiri.

Untuk kaum lelaki pula, jangan ganggu isteri orang. Berdosa ya. Banyak lagi anak dara dekat luar sana yang boleh dijadikan isteri.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment